MyMy menyokong komuniti seni Malaysia dengan Kempen #MyMalaysia

MyMy menyokong komuniti seni Malaysia dengan Kempen #MyMalaysia

Industri seni Malaysia antara yang paling terjejas akibat pandemik Covid-19. Tiada lagi persembahan muzik secara langsung, manakala pelbagai hiburan seni dan galeri ditutup, mengakibatkan ramai anak seni berdepan masalah kewangan.

Oleh sebab itu, MyMy – singkatan daripada “My Malaysia” tampil ke hadapan dengan memperkenalkan  kempen #MyMalaysia bagi membantu artis-artis yang terkesan ini untuk supaya mereka dapat meneruskan aktiviti kesenian yang mereka sukai. Melalui #MyMalaysia, MyMy mendorong artis-artis dan anak seni untuk berkongsi tentang Malaysia dari sudut pandang mereka (dalam hal ini, melalui lensa) dan ganjaran wang akan diberikan kepada entri terbaik dan dipamerkan di laman Instagram MyMy. Para pengguna Instagram boleh melihat sendiri beberapa karya terbaik yang telah dihantar melalui @mymy, atau menggunakan #MyMalaysia, di Instagram.

“MyMy melihat industri seni tempatan sebagai simbol kemajuan negara kita. Berbekalkan semangat #KitaJagaKita, kami ingin memainkan peranan dalam membantu anak-anak seni tempatan yang berbakat ini untuk terus bertahan dan berkembang, sambil berkongsi karya mereka untuk mengingatkan rakyat Malaysia betapa indahnya negara kita,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MyMy, Kishore Samuel. “Tahun ini amat sukar buat kita semua, namun rakyat Malaysia tetap tabah dan semangat cintakan negara kita tetap kuat. Kami berharap dengan #MyMalaysia, kita akan sentiasa mengingati keajaiban negara kita, kekuatan rakyat kita dan keunikan budaya tempatan kita”.

“Bermula dengan insentif #MyMalaysia, MyMy ingin memperkasakan semua rakyat Malaysia untuk melihat negara ini dari lensa dan perspektif yang baru, dan menjadi sebahagian daripada kemajuan negara. Itulah sebabnya kami sedang mengusahakn satu produk untuk semua rakyat Malaysia. Sesuatu yang intuitif, mudah diakses dan mempunyai nadi Malaysia sebagai terasnya,” kata Pengasas Bersama MyMy, Joe McGuire.

MyMy ingin menyaksikan bagaimana rakyat Malaysia melihat keindahan negara mereka, dan mengalu-alukan sebarang penyertaan daripada mereka yang ingin berkongsi karya seni yang mempamerkan keindahan Malaysia. Ikuti dan jangan lupa tag @MyMy di Instagram dan hashtag #MyMalaysia. Penyertaan terpilih akan diberi ganjaran.

Anda juga boleh membuat pra-pendaftaran untuk mendapat akses awal ke MyMy dan menjadi salah seorang penguji Beta di www.my-my.com/#RegisterNow.

Scroll to Top