MyMy Bersedia untuk Ujian Beta & Memperkenalkan Inovasi Produk Diinspirasikan oleh Malaysia

MyMy bakal memasuki Fasa Ujian Beta pada Januari 2022
MyMy prihatin tentang keinginan rakyat Malaysia yang mahukan ciri-ciri keselamatan yang berupaya untuk mengurangkan kes-kes penipuan sekaligus memperkenalkan tawaran produk baru
MyMy tekad untuk menjadi peneraju inovasi Teknologi Kewangan

Kuala Lumpur, 15 Disember 2021 – MyMy, syarikat Teknologi Kewangan dan penyedia e-dompet tempatan yang sedang meningkat naik di Malaysia, hari ini memperkenalkan ciri-ciri kad dan aplikasinya yang maju dan terkini, selari dengan kesediaannya untuk memasuki fasa Ujian Beta yang dijadualkan pada Januari 2022.

Disokong oleh permintaan hasil daripada kajian pasaran yang mendalam, penawaran utama MyMy termasuklah kad prabayar tiada nombor yang meningkatkan lagi tahap keselamatan bagi transaksi pembayaran fizikal. Bagi transaksi dalam talian pula, MyMy memperkenalkan ciri-ciri biometrik untuk mengesahkan transaksi – satu elemen sekuriti yang menggantikan risiko-risiko yang berkait dengan kaedah pengesahan lain yang merumitkan.

“Kami mendengar apa yang rakyat Malaysia mahukan dan memberikan perhatian yang sangat serius terhadap peningkatan kes penipuan bagi pembayaran digital dan secara dalam talian. Sebab itulah kami telah mengenal pasti keperluan untuk menggunakan ciri-ciri biometrik sebagai sebahagian daripada langkah keselamatan kami, dan tidak lama lagi, keupayaan pengecaman wajah juga akan turut diperkenalkan. Kad prabayar tiada nombor kami turut menambah kepada tahap keselamatan bagi menghalang sebarang tipu helah dan pembelian tanpa kebenaran,” kata Pengasas Bersama MyMy, Joe McGuire.

Memandangkan sektor pelancongan di seluruh dunia dijangka akan kembali rancak mulai 2022, beliau menambah bahawa kad prabayar tiada nombor MyMy bukan sahaja menjadi alternatif lebih murah berbanding kad debit atau kredit, tetapi ia juga diterima di peringkat global di lebih 80 juta premis perniagaan dan ATM di seluruh dunia, tidak seperti kod QR yang terhad penggunaannya dan hanya diterima di Malaysia. Pengguna MyMy juga akan lebih selesa dengan keupayaan kawalan pantas tambahan di dalam aplikasinya seperti kunci kad, set semula pin, kawalan buka dan tutup untuk luar negara, transaksi dalam talian dan pembayaran tanpa sentuh, serta penetapan had dan jumlah yang dibenarkan untuk pengeluaran ATM.

Selaras dengan wawasan Bank Negara Malaysia (BNM) ke arah mewujudkan sistem kewangan yang lebih cekap dan selamat, MyMy terus berinovasi dengan teknologi dan dijangka akan mengumumkan lebih banyak lagi penawaran produk baru dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Pada September 2020, MyMy telah memperoleh suntikan modal RM10 juta daripada Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (Koperasi Tentera), dan pada awal April tahun ini, MyMy juga telah menerima kelulusan bersyarat untuk lesen wang elektronik daripada BNM. Terbaru pada Oktober, ianya telah muncul sebagai salah satu syarikat pemula Malaysia pertama yang mengalu-alukan keahlian utama daripada Mastercard.

“Pasukan kami ketika ini sedang bekerja keras ke arah menyempurnakan aplikasi dan penawaran produk MyMy,” kata Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai eksekutif MyMy, Kishore Samuel. “Rancangan kami untuk memulakan tahun baru dengan fasa Ujian Beta juga sedang berjalan lancar dengan sokongan dan semangat daripada para pengguna kami yang telahpun membuat pra pendaftaran. Kami sentiasa merancang untuk berkembang, dan akan ada banyak lagi inovasi serta peluang baru daripada MyMy di masa depan,” tegas Kishore.

Mulai 15 hingga 25 Disember 2021, MyMy memulakan musim perayaan Krismas dengan memberikan kredit sebanyak RM100 melalui Peraduan 10-Hari Menjelang Krismas. Ianya merupakan kempen istimewa selama 10 hari sahaja, di mana mereka yang mengambil bahagian akan dikira berjaya melalui cara mengumpul mata dengan merujuk sekurang-kurangnya 10 orang rakan-rakan secara minimum untuk mendaftar di www.my-my.com, dan mengikuti platform media sosial MyMy di Instagram, Facebook, LinkedIn dan Twitter.

© 2024 BlackButterfly DesignArts