MyCreative Anjur Forum Ekonomi Kreatif 2021 bagi Menggalakkan Ekonomi Kreatif Mampan dan Melonjakkan KDNK

Kuala Lumpur, 6 Oktober 2020 – MyCreative Ventures, CENDANA dan RIUH buat julung kalinya menganjurkan Forum Ekonomi Kreatif 2021: Industri Kreatif, Seni dan Budaya diberi nafas baharu yang dipancarkan secara penstriman hari ini dari Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur (KLPAC).

Forum tersebut adalah satu daripada dua bahagian acara yang wujudkan sebagai sebuah platform yang memandang kehadapan bagi menggalakkan perkongsian dan usaha mengembleng idea yang telah berjaya mengumpul semua pihak berkepentingan, Kementerian-kementerian berkaitan, sektor swasta serta pada aktivis dan pengamal kreatif, seni dan budaya.

Acara yang diadakan sempena Belanjawan 2021 yang bakal dibentangkan tersebut mencerminkan kesinambungan langkah konsultatif Kerajaan melalui penyediaan peluang kepada industri kreatif untuk berkongsi input dan maklum balas mereka.

Acara ini menampilkan Menteri Kewangan, Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang menyampaikan ucaptama beliau bertajuk “Membayangkan Ekonomi Kreatif yang Berjaya, Saling Bekerjasama dan Mampan untuk Malaysia”.

MyCreative Anjur Forum Ekonomi Kreatif 2021
YB Senator Tengku Dato Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Minister of Finance and Mohd Naguib Razak, Chairman, MyCreative Ventures Sdn Bhd

Bahagian kedua Forum tersebut yang bertajuk Forum Ekonomi Kreatif 2021: Tumpuan terhadap Seni dan Budaya dijadual akan diadakan pada 20 Oktober 2020.

Forum Ekonomi Kreatif 2021 ini bermatlamat untuk memperkenalkan cara memajukan ekonomi kreatif sebagai tindak balas terhadap COVID-19. Menurut Persidangan Bangsa Bangsa Bersatu mengenai laporan Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) 2018, Ekonomi Kreatif merupakan sektor paling pantas bekembang dalam ekonomi dunia dengan penjanaan hasil tahunan sebanyak RM 9.34 trilion dan eksport global berjumlah lebih RM 1.04 trilion. Sektor ini dijangka akan menjana kira-kira 10% daripada KDNK dunia pada tahun-tahun mendatang.

Ini membuka peluang keemasan bagi Ekonomi Kreatif Malaysia untuk mendorong pertumbuhan ekonomi serta menzahirkan potensi menjadi kuasa Ekonomi Kreatif penting di persada dunia.

Selain daripada melonjakkan pertumbuhan ekonomi, Ekonomi Kreatif juga perlu diberi perhatian kerana berperanan mencipta nilai-nilai berteraskan kemanusiaan dan memupuk pembangunan mampan.

MyCreative Anjur Forum Ekonomi Kreatif 2021
Opening Performance by Hands Percussion

Di Malaysia, industri-industri kreatif menyumbang kira-kira 1.9 peratus atau RM 28.7 bilion daripada jumlah KDNK negara dan merangkumi guna tenaga seramai kira-kira setengah juta orang. Apabila kembali ke landasan pertumbuhannya kelak dan melihat kepada kapasitinya untuk berubah dan menerima pakai inovasi, industri kreatif berpotensi tinggi untuk mencipta
banyak peluang pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguran dalam usaha kita untuk memulihkan negara daripada kesan pendemik yang melanda.

Pengerusi MyCreative, Mohd Naguib Razak berkata, “Forum sehari tersebut adalah sebuah acara utama yang dianjurkan oleh MyCreative untuk merangsang industri berkenaan. Walaupun COVID-19 terus mengancam kesihatan awam serta menjejaskan sumber ekonomi dan kerajaan kita, namun kita yakin masanya sudah tiba untuk mengebleng buah fikiran dan usaha serta mengguna pakai langkah-langkah baharu dan meraih peluang yang ada, termasuk yang ditawarkan oleh pendigitalan.”

MyCreative Anjur Forum Ekonomi Kreatif 2021
Mohd Naguib Razak, Chairman, MyCreative Ventures Sdn Bhd

“Saya berharap Forum ini akan meniup semangat semua pihak yang terlibat dalam ekosistem kreatif di Malaysia untuk bergabung dan berhubung antara satu sama lain serta bertukar-tukar wawasan dan perpektif. Di MyCreative, kami berhasrat dan terus memainkan peranan melangkah ke hadapan untuk memungkin dan memangkin peningkatan usaha sama di kalangan penggiat seni dan para pengamal kreatif lain di pelbagai sektor dalam industri kreatif, seni dan budaya,” ujar Mohd Naguib.

Forum tersebut turut mengenengahkan contoh-contoh Ekonomi Kreatif peringkat antarabangsa yang berjaya seperti United Kingdom yang merupakan antara negara terawal menerima pakai Agenda Ekonomi Kreatif. Pengalaman yang dilalui oleh negara tersebut memberi wawasan cukup bernilai tentang cara untuk Malaysia melonjakkan ekonomi kreatifnya ke tahap yang lebih tinggi.

MyCreative Anjur Forum Ekonomi Kreatif 2021
Creative Economy Forum 2021

Semasa forum tersebut, Profesor Martin Charter, Pengarah Pusat Reka Bentuk Mampan dan Profesor dalam bidang Inovasi dan Kemampanan, University of Creative Arts telah berkongsi hasil yang beliau peroleh daripada kajian terkini beliau tentang Creative Industries Foresight 2030.
Satu sesi “fire-side chat” turut diadakan dengan Ed Vaizey, bekas Menteri Teknologi Penggandaan Pertumbuhan Ekonomi Industri Kreatif United Kingdom.

Agenda interaktif dan kolaboratif yang dihasratkan oleh forum ini telah diketengahkan sepanjang sesi sehari tersebut menerusi pelbagai perbincangan panel yang menampilkan para profesional kreatif tempatan serta wakil-wakil daripada sektor korporat, berhubung topik-topik seperti memberi nafas baharu kepada industri kreatif, seni dan budaya atau mempertingkatkan usaha sama dengan sektor swasta.

MyCreative Anjur Forum Ekonomi Kreatif 2021
Virtual Presentation by Chairman of MyCreative Ventures
© 2023 BlackButterfly DesignArts