MyClaaz.com: Platform digital yang menyokong tenaga pengajar dengan pelbagai peluang untuk menjana pendapatan

MyClaaz.com: Platform digital yang menyokong tenaga pengajar dengan pelbagai peluang untuk menjana pendapatan

Pasaran dalam talian untuk pendidikan ini menawarkan pelbagai kelas bimbingan oleh guru dan pelatih bertauliah

Kuala Lumpur, 25 Julai 2021 – Pertama seumpamanya di Asia, platform digital pendidikan ini tidak hanya memberi kemudahan kepada golongan tenaga pengajar dan pelajar malah membolehkan janaan pendapatan lumayan penggunanya.

Sehingga kini, MyClaaz.com, platform di web dan aplikasi Android dan Apple mempunyai lebih daripada 15,000 ribu pengguna dan 600 mata pelajaran berdaftar.

Sejak pelancaran platform berkenaan pada Jun 2020, kini terdapat lebih 14,000 transaksi pengguna daripada 20 negara. Menariknya, terdapat kira-kira 100 pengguna yang membuat transaksi lebih daripada 10 kali dalam tempoh setahun berkenaan.

Founder and Managing Director, Adjunct Professor Dr. Zaharuddin A. Rahman

Berdasarkan perkembangan yang memberangsangkan ini, Pengasas Myclaaz.com Dr Zaharuddin Abd Rahman, menyifatkan ia suatu peluang untuk menjana pendapatan dan ilmu serta kemahiran tambahan secara digital buat kalangan tenaga pengajar di platform berkenaan. Malah, pengguna turut berpeluang belajar secara berstruktur kemas dengan harga berpatutan dan mendapat sijil professional melalui platform mycourse.my (iaitu sub portal myclaaz) bagi meningkatkan peluang karier mereka

“Pendaftaran tenaga pengajar diberikan secara percuma bagi membolehkan mereka menikmati pelbagai faedah. Malah, perkhidmatan pengajaran dan produk pendidikan seperti e-buku, e-nota, soalan ramalan dan video pengajaran mereka boleh dibeli dengan mudah dari seluruh dunia menerusi platform ini,” jelasnya.

MyClaaz®️ adalah platform padanan antara pelajar-tenaga pengajar secara automatik yang memanfaatkan teknologi berasaskan pengenalpastian jarak lokasi serta turut menyediakan ruang digital sebagai pasaran dalam talian untuk sebarang produk pendidikan.

Menurutnya, pembangunan teknologi pendidikan ini bertujuan mempelbagaikan cara golongan pendidik berhubung dengan pelajar tanpa mengira lokasi dengan menawarkan ciri serta perkhidmatan yang inovatif.

Pakar dalam pelbagai bidang profesional serta pencipta modul kursus seharusnya mengambil kesempatan dengan mendaftarkan diri di platform ini tanpa sebarang pembayaran, seterusnya memanfaatkan semua kemudahan Myclaaz.com.

“Golongan sasaran ini boleh mencipta sendiri kerjaya mereka sebagai pengajar, tutor atau pensyarah. Malah kini MyClaaz®️ mempunyai beberapa tenaga pengajar yang mampu menjana sehingga RM300,000 nilai jualan hanya dalam tempoh tiga bulan melalui penjualan tiket pelbagai program pendidikan, e-buku dan bahan pembelajaran mereka,”jelasnya.

Selain itu, platform MyClaaz®️ menyediakan ruang untuk pembayaran kelas secara sekali bayaran dengan harga serendah RM10.

Justeru, golongan daripada pelbagai latar belakang sosio-ekonomi boleh menyertai kelas tanpa komitmen bayaran yang tinggi seperti kelaziman oleh pusat tuisyen atau tutor yang mengenakan syarat kepada pelajar untuk mengikuti pengajian mereka bagi tempoh yang lama.

Ini sekaligus dapat membantu pelajar yang memerlukan bantuan tambahan semasa pandemik untuk memilih subjek tertentu di samping meminta sesi daripada pelbagai tenaga pengajar yang mereka selesa dan yakin.

Platform ini menyediakan pelbagai kemudahan seperti perkhidmatan pengaturan kelas individu, kelas dalam talian serta penjualan produk termasuk nota, ujian, peperiksaan dalam talian dan tiket acara. Myclaaz.com juga memberi kemudahan kepada tenaga pengajar menjalankan sesi pembelajaran dengan cekap melalui persidangan video berserta ciri tambahan yang membolehkan pelajar merakam sesi pembelajaran dengan lancar.

Bukan itu sahaja, MyClaaz menyediakan platform pembelajaran khusus untuk perniagaan, universiti dan badan pensijilan profesional dalam bentuk kursus pendek melalui laman sesawang sub (mycourse.my) dengan harapan ia akan digunakan sebagai platform inovatif untuk menjalani pembelajaran dalam talian pada harga mampu milik.

Penawaran mata pelajaran yang diluluskan di platform ini dibahagikan kepada empat bahagian iaitu mata pelajaran sekolah, mata pelajaran universiti, mata pelajaran umum dan subjek kemahiran profesional.

“Kami telah menggunakan myclaaz untuk membuat lebih daripada 20 transaksi dalam beberapa bulan terakhir dan itu termasuk membuat tempahan untuk kelas peribadi dalam talian, membeli tiket untuk acara pendidikan dan banyak lagi. Kami mendapati platform ini menarik dan ia menjadikan proses pembelajaran lebih mudah. Ini adalah sesuatu yang anda mesti cuba. Terima kasih myclaaz! ” kata Suhaidah, pengguna MyClaaz dari Singapura

Myclaaz®️ juga diiktiraf antara pemenang bantuan permulaan Cradle Fund yang membuktikan integriti, reputasi dan kepercayaan pihak kami dalam pemudahan sektor pendidikan.

Selain itu, pengasas syarikat ini yang dikenali sebagai ahli akademik dan tokoh awam terkemuka, Profesor Adjung Dr Zaharuddin Abd Rahman, juga menganggotai beberapa majlis penasihat seperti Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Bermatlamat untuk menjadikan pendidikan lebih inklusif dan fleksibel, Myclaaz®️ juga membantu proses pembelajaran dan penyebaran pengetahuan kepada masyarakat tempatan dan luar negara.  Untuk maklumat lanjut, layari https://www.myclaaz.com,  hubungi 01158530774 atau [email protected].

Scroll to Top