Mural Marrybrown Menghidupkan Suasana ‘Red House’ Di Jalan Tan Hiok Nee

Restoran Makanan Segera pertama di lokasi kebudayaan yang berkonsepkan seni bina Nyonya dengan wajah baharu! 

Johor Bahru, 28 Januari 2022 – Sebagai penghargaan warisan yang penuh makna bagi Marrybrown, Restoran Makanan Segera Halal Tempatan yang terbesar tampil dengan pembukaan cawangannya di lokasi kebudayaan yang terkenal di Malaysia iaitu di bangunan bersejarah ‘Red House’ di Jalan Tan Hiok Nee. ‘Red House’ adalah spot penggambaran yang mempamerkan keindahan bangunan bersejarah yang paling digemari oleh para pelancong yang datang ke bandar lama Johor Bahru. Untuk menandakan keunikkan cawangan terbaru mereka di lokasi bersejarah ini, Marrybrown menampilkan keindahan lukisan mural yang berwarna-warni berkonsepkan sempena Ulang Tahun mereka yang ke-40.

Ditubuhkan pada tahun 1981 dengan permulaan kedai yang kecil di Johor Bahru, Marrybrown telah mengukir nama sebagai rangkaian restoran makanan segera halal tempatan terbesar di Malaysia. Setelah 40 tahun menyediakan standard pemakanan dan perkhidmatan yang tertinggi khas buat rakyat Malaysia, Marrybrown diberi peluang dan penghargaan untuk membuka cawangannya di bangunan bersejarah ‘Red House’ di Jalan Tan Hiok Nee yang terkenal serta kaya dengan warisan kebudayaan.

Pengasas dan Pengarah Urusan Marrybrown, Datin Nancy Liew berkata bahawa Jalan Tan Hiok Nee adalah destinasi tumpuan pelancong yang masih lagi mengekalkan nilai-nilai sejarah seiring dengan proses transformasi pembangunan di bandaraya itu. Dengan gabungan kedai-kedai baru dan tradisional, keindahan seni bina ini dapat mengimbau kembali fungsi sesebuah bangunan dari dahulu sehingga sekarang.

“Kami sangat teruja apabila diberi peluang untuk membuka cawangan Marrybrown di Jalan Tan Hiok Nee. Ini merupakan satu pencapaian dan penghargaan yang sangat istimewa. Mengimbau kembali permulaan kami di Johor Bahru pada 40 tahun yang lalu, bandar inilah yang memberi kami peluang yang kini berkembang maju sebagai francais bagi restoran makanan segera yang pertama untuk membuka cawangan di lokasi warisan ini. Peluang ini sememangnya sangat bermakna buat kami kerana ia menggamit memori bersama penduduk tempatan sejak dahulu lagi. Sokongan berterusan dari dulu sehinggalah sekarang yang menjadi pendorong kuat untuk kami untuk kekal maju dalam menyediakan  makanan dan perkhidmatan buat penggemar kami yang Memang Best,” kata Datin Nancy.

Mural Marrybrown Menghidupkan Suasana ‘Red House’ Di Jalan Tan Hiok Nee

Sehubungan dengan itu, Marrybrown telah bekerjasama dengan artis mural tempatan, Sam Lim yang mengetengahkan sejarah dalam lukisannya berkongsi kegembiraan dengan pengunjung Marrybrown. Sempena Ulang Tahun Marrybrown ke-40, mural ini berilustrasikan kereta api yang membawa hidangan enak Marrybrown kepada rakyat Malaysia di seluruh negara dan antarabangsa dengan memperkenalkan hidangan tempatan ke seluruh dunia.

“Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan beliau dalam penghasilan mural yang berjaya menghidupkan suasana baharu bagi ‘Red House’, dengan wujudnya gabungan harmoni antara sejarah dan gaya moden dalam pelbagai warna-warna ciptaannya. Ciptaan ini melambangkan perjalanan kami selama 40 tahun – daripada permulaan yang sederhana sebagai jenama Malaysia di Johor Bahru kepada rangkaian restoran dalam memperkenalkan makanan tempatan ke seluruh dunia. Kami menghargai sokongan penggemar kami demi menegakkan misi dan objektif untuk membawa hidangan inovatif dan perkhidmatan terbaik khas buat rakyat Malaysia,” kata Datin Nancy.

Marrybrown kini melayani berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard kualiti, servis, kebersihan, dan nilai tertinggi untuk pengalaman pemakanan yang sempurna.

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi mereka dan perkhidmatan penghantaran, sila layari:

Facebook: MarrybrownMalaysia

Instagram: Marrybrownmy

Youtube: MarrybrownTV

Delivery: https://marrybrown.com/mb-delivery/

© 2023 BlackButterfly DesignArts