Moovby Lancar “Moovby For University” Bersama MMU Untuk Transformasi Mobiliti Kampus

Moovby Lancar "Moovby For University" Bersama MMU Untuk Transformasi Mobiliti Kampus

Cyberjaya, 29 Oktober 2024 – Moovby, platform perkongsian kereta peer-to-peer (P2P) terkemuka di Malaysia, dengan sukacitanya memperkenalkan Moovby for University melalui kerjasama dengan Universiti Multimedia (MMU). Program ini merupakan langkah penting dalam meningkatkan mobiliti di kampus dengan menawarkan platform yang selamat dan terjamin bagi pelajar untuk menyewa kenderaan di dalam dan sekitar kampus.

Moovby for University menyediakan penyelesaian mobiliti yang lebih mudah dan berpatutan bagi pelajar, selain memberi mereka peluang untuk menjana pendapatan sampingan dengan menyewakan kenderaan peribadi mereka ketika tidak digunakan. Dengan memperluas akses kepada kenderaan dalam komuniti pelajar, Moovby membantu mengatasi cabaran mobiliti di kampus dan mempromosikan budaya perkongsian kereta yang lebih lestari.

Program ini memperkenalkan kenderaan yang dilengkapi ciri khas dengan Moovbip, sistem pengesanan dan sistem tanpa kunci yang canggih. Moovbip menyediakan maklumat masa nyata tentang lokasi kenderaan, penggunaan bahan api dan tahap kesihatan bateri serta memastikan keselamatan dan prestasi yang dipertingkatkan. Ianya juga mampu mengumpul data telematik, corak pemanduan, kondisi kenderaan serta membantu mengoptimumkan penyelenggaraan dan memberikan pengalaman perkongsian kereta yang lebih lancar dan efisien.

Sebagai sebahagian daripada komitmen ke arah kemampanan, Moovby turut memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) dalam inisiatif ini. Langkah ini selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR), yang membolehkan pelajar merasai pengalaman mobiliti hijau secara langsung, seterusnya menggalakkan penggunaan EV dan menyokong pengangkutan yang lebih mampan di kampus seluruh negara.

Prof. Ir. Dr. Hairul Azhar Abdul Rashid, Naib Presiden, Explorasi Pemasaran, Jaringan dan Pengurusan Pelanggan MMU, mengulas, “Di MMU, kami sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan pelajar kami. Kerjasama dengan Moovby membolehkan kami menyediakan pilihan pengangkutan yang selamat, sambil mendidik pelajar tentang kebebasan dan tanggungjawab kewangan. Kami yakin inisiatif ini akan meningkatkan pengalaman pelajar dengan menyediakan penyelesaian mobiliti yang praktikal dan berasaskan komuniti, sejajar dengan komitmen kami untuk membina persekitaran kampus yang selamat dan positif.”

Moovby Lancar "Moovby For University" Bersama MMU Untuk Transformasi Mobiliti Kampus
Nik Muhammad Amin, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Moovby

Nik Muhammad Amin, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Moovby, berkata, “Program ini merupakan satu transisi penting dalam usaha kami untuk meluaskan akses kepada mobiliti bagi pelajar. Kami yakin ia mampu menyediakan penyelesaian pengangkutan yang lebih mudah, selamat, dan berasaskan komuniti, sambil mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan peribadi di kampus.”

Beliau turut menyatakan, “Kami kini giat berusaha untuk memperluaskan Moovby for University ke seluruh universiti di Lembah Klang, termasuk universiti awam dan swasta, agar lebih ramai pelajar dapat merasai manfaat inisiatif ini. Pengenalan kenderaan elektrik di kampus adalah sebahagian daripada usaha kami untuk mempromosikan mobiliti hijau dan menyokong matlamat kelestarian di Malaysia.”

Perkongsian kereta atau car-sharing semakin mendapat perhatian di Malaysia. Moovby, yang kini mempunyai lebih 500,000 pengguna dan lebih 14,000 kenderaan tersedia untuk disewa, berada di hadapan perubahan ini. Sebagai syarikat pemula tempatan, Moovby terus berkembang sebagai peneraju dalam industri perkongsian kereta, memacu inovasi dalam mobiliti di peringkat nasional dan antarabangsa.

© 2024 BlackButterfly DesignArts