MOG Mencetus Semangat Pergerakan Berwawasan Melalui Karnival Larian Bertemakan Visi Yang Pertama Di Malaysia

MOG Group of Companies menerajui usaha mempromosikan kesedaran kesihatan mata melalui pengalaman karnival yang menakjubkan dan komitmen terhadap kesejahteraan penglihatan para rakyat.

KUALA LUMPUR, 12 SEPTEMBER 2023 – MOG Group of Companies (MOG), salah satu perintis penjagaan mata terkemuka dan berprestij di Malaysia, telah merevolusikan konsep mempromosikan kesihatan penglihatan mata dengan menganjurkan karnival “Fun Run” bertemakan kesedaran kesihatan mata julung kali diadakan baru-baru ini. Berlatarbelakangkan suasana meriah Setia City Mall di Shah Alam, acara ini menyaksikan kehadiran sebanyak 2000 peserta. Pencapaian yang memotivasikan ini menandakan satu langkah bermakna ke arah memupuk kesejahteraan holistik.

Sempena Hari Penglihatan Sedunia 2023, karnival Fun Run MOG telah menakrif semula landskap berkenaan kesedaran kesihatan mata di Malaysia. Lebih daripada sekadar karnival larian, ia menyampaikan gabungan pendidikan dan hiburan interaktif seperti permainan berasaskan visual yang memukau, trek larian interaktif, dan pelbagai aktiviti yang berfokuskan kesedaran penjagaan kesihatan mata. Setiap aspek karnival ini menekankan kepentingan peranan penglihatan yang jelas dalam kehidupan seharian, di samping memberi penerangan dan pendidikan secara proaktif kepada peserta tentang langkah pencegahan awal dalam melindungi penglihatan mata.

MOG Mencetus Semangat Pergerakan Berwawasan Melalui Karnival Larian

Karnival Visi “Fun Run” MOG mempamerkan permainan visual yang mensimulasikan gejala masalah kesihatan mata tertentu yang kian meruncing seperti simptom-simptom masalah Miopia, Katarak, Glaukoma, AMD (degenerasi macula umur), sensitiviti kepada cahaya, dan koordinasi mata-tangan. Acara ini menjanjikan pengalaman mendalam yang melampaui alam penyelesaian optik.

Datin Bernice Low, Ketua Pegawai Eksekutif MOG Eyewear menyatakan bahawa karnival ini adalah satu platform berteraskan kekeluargaan. Ianya memainkan peranan penting kerana dapat menyatukan jarak antara generasi untuk sama-sama komited membina tabiat penglihatan yang lebih sihat.

“Misi kami melampaui penyelesaian optikal semata-mata; ianya adalah berkenaan membina pemahaman yang lebih mendalam tentang penjagaan kesihatan penglihatan mata sebagai aspek penting dalam kehidupan. Oleh itu, dengan mengadakan acara seperti ini, ia mampu memberi kesedaran secara efektif dan pantas berkenaan penjagaan kesihatan mata, iaitu organ penting yang kurang diberi perhatian dikalangan masyarakat. Kami di MOG bertekad untuk membawa perhatian ini semula kepada rakyat melalui acara dan aktiviti seperti ini dan aktiviti-aktiviti yang akan datang.”

Kejayaan acara ini berpunca daripada sokongan dan usaha sama rakan korporat MOG yang dihormati termasuk rakan kongsi optik dan FMCG. Meraikan 27 tahun penuh dedikasi dan komitmen, MOG terus menyinari mercu tanda perubahan dan meluaskan impaknya terutama kepada masyarakat yang kurang bernasib baik seperti rumah anak yatim Ti-Ratana dan Persatuan Penyayang Kanak-Kanak Padmasambhava yang memerlukan sebanyak mungkin sumbangan dan akses kepada bantuan penglihatan mata yang baik. Rakyat Malaysia juga boleh menantikan inisiatif iCare4Kids akan datang, khusus untuk memperkasakan kanak-kanak kurang bernasib baik, dengan penawaran penyelesaian penglihatan dari pakar demi memastikan mereka menerima hadiah pengalaman penglihatan yang jelas dan dapat merangkul peluang yang tidak terbatas.

“Memperkasakan kedua-dua yakni orang awam dan Syarikat-syarikat korporat dalam membentuk masa depan yang lebih cerah untuk kanak-kanak telah menjadi misi utama kami. Seiring kemajuan, komitmen kami terhadap penambahbaik penglihatan global terus berkekalan, dan kami berbesar hati menjemput semua pihak untuk turut sama dalam gelombang perubahan ini,” kata Datin Bernice.

Untuk maklumat lanjut atau maklumat terkini tentang jenama dan produk MOG, anda boleh layari laman web rasmi MOG (https://www.mog.com.my/), Facebook (https://www.facebook.com/mogeyewearMY/) atau Instagram (https://www.instagram.com/mogeyewear/).

© 2024 BlackButterfly DesignArts