You are currently viewing <strong>MOG Eyewear Memperkenalkan <em>6-In-1 Vision Experience </em>Untuk Menjaga Kesihatan Mata Rakyat Malaysia</strong><em></em>

MOG Eyewear Memperkenalkan 6-In-1 Vision Experience Untuk Menjaga Kesihatan Mata Rakyat Malaysia

Penyedia cermin mata terkemuka menggesa rakyat Malaysia untuk mula menjaga penglihatan mereka dengan melakukan pemeriksaan mata dan berunding dengan pakar yang menawarkan penjagaan mata yang lengkap.

Kuala Lumpur, 8 Ogos 2022 – MOG Eyewear (MOG), salah satu penyedia penjagaan mata terkenal dan diyakini di Malaysia mengumumkan pelancaran MOG 6-in-1 Vision Experience pada hari ini, yang merupakan penyelesaian inventif terperinci yang akan membantu melindungi dan mengoptimumkan kesihatan mata rakyat Malaysia melalui teknologi penjagaan mata yang canggih dan perundingan peribadi yang disesuaikan untuk setiap pelanggan.

Berpegang kukuh pada visi mereka iaitu ‘Help the World See Better’, MOG sentiasa berusaha untuk menawarkan perkhidmatan dan produk penjagaan mata yang terbaik bagi memenuhi permintaan dan keperluan visual yang semakin meningkat. Dato’ Frankie Ng, Pengerusi dan Pengasas MOG Eyewear menjelaskan bahawa pelancaran MOG 6-in-1 Vision Experience adalah untuk mendidik rakyat Malaysia tentang kepentingan kesihatan mata, sambil meningkatkan lagi usaha mereka untuk sentiasa memberikan pengalaman penjagaan mata yang terbaik dengan konsultasi terperinci menggunakan alat dan teknologi penjagaan penglihatan yang optimum.

“Perubahan norma sejak 2 tahun lalu telah menyedarkan kita untuk lebih cakna tentang penjagaan kesihatan. Namun, kami menyedari bahawa kebanyakan individu mengabaikan kesihatan mata berbanding organ badan yang lain. Ramai pelanggan tidak menjalani pemeriksaan mata secara berkala untuk memastikan keperluan visual terbaharu mereka dipenuhi. Pengabaian ini juga menyebabkan pencegahan awal untuk sesetengah kes penyakit mata lambat dilakukan,” ujar Dato’ Frankie.

“Sebagai perintis dalam industri penjagaan mata yang profesional, fokus kami bukan sahaja mengenai penjualan produk, tetapi untuk sentiasa meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mata dengan menjadi yang pertama untuk menyampaikan perkhidmatan dan perundingan profesional, terperinci dan mendalam kepada masyarakat. Justeru pada hari ini, kami amat teruja untuk memperkenalkan MOG 6-in-1 Vision Experience, pertama dalam industri yang pastinya akan memberi manfaat kepada kesihatan mata dan penglihatan rakyat Malaysia dalam jangka masa panjang,” kata Dato’ Frankie.

Pengalaman Penglihatan ini membolehkan pelanggan untuk merasai sendiri 6 proses unik iaitu Konsultasi Peribadi, Penilaian Kesihatan Mata, Pembetulan Penglihatan Tepat, Preskripsi Kanta Peribadi, Pengukuran Digital dan Perlindungan Penjagaan Lanjut. Dikenali sebagai penanda aras tertinggi dalam penjagaan mata profesional dalam industri optik, 6-in-1 Vision Experience bukan sekadar memastikan pengguna memperoleh penglihatan dan penampilan yang terbaik, malah pemahaman lebih mendalam tentang mata yang sihat. Semua ini mampu dicapai melalui penggunaan teknologi penjagaan mata yang terkini dan penyesuaian khusus setiap pelanggan- yang akan kekal berharga untuk tempoh masa yang lama.

Untuk memenuhi misi mereka dalam memastikan penjagaan mata yang terbaik tidak mengira latar belakang masyarakat, MOG sentiasa menyokong segala usaha yang mampu menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia terutamanya golongan yang kurang berkemampuan untuk lebih cakna berkaitan penjagaan mata. Mereka percaya, setiap individu berhak mendapat keperluan asas penting dalam memastikan kesejahteraan masyarakat terjaga. Untuk memastikan kesihatan mata masyarakat sentiasa berada pada tahap optimum, MOG melancarkan barisan kempen kemasyarakatan contohnnya untuk kanak-kanak daripada keluarga B40. Golongan ini akan turut mendapat manfaat daripada 6-in-1 Vision Experience. MOG akan menaja para pelajar daripada pelbagai sekolah dan kini sedang dalam proses perbincangan bersama agensi kerajaan untuk mengenalpasti mereka yang turut memerlukan.

“Di MOG, kami ingin memastikan kesihatan mata anda sentiasa terjaga secara terbaik untuk setiap peringkat umur. Keperluan stamina penglihatan yang tinggi dalam kalangan orang dewasa dan program pengurusan myopia khusus untuk kanak-kanak menjadi prioriti kami di MOG. Menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan kanak-kanak mendapat akses penjagaan mata yang menyeluruh supaya perkembangan dan pendidikan mereka tidak terjejas,” kata Dato’ Frankie.

“Kami amat berbangga untuk menggunakan kepakaran kami dalam menyediakan servis dan konsultasi terbaik yang mampu memanfaatkan masyarakat.  Kami sentiasa berpegang teguh pada 3 dasar iaitu pencegahan, perlindungan dan penambahbaikan dalam memastikan keperluan penglihatan anda dipenuhi secara optimum. In eye care, we care more.”

Sempena pelancaran itu, MOG kini menganjurkan roadshow selama 10 hari di salah satu cawangan utama mereka, MOG Boutique di Pavilion Bukit Jalil. Rakyat Malaysia dialu-alukan untuk datang dan merasai sendiri pengalaman 6-in-1 Vision Experience mulai hari ini hingga Ahad, 14 Ogos 2022, dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Sebagai alternatif, pelanggan juga digalakkan untuk menempah slot mereka untuk mendapatkan pengalaman tersendiri secara  percuma melalui penjagaan mata profesional norma baharu melalui https://www.mog.com.my/6-in-1-vision-experience/, yang kini boleh didapati di semua cawangan MOG Eyewear di seluruh Semenanjung Malaysia.

Untuk maklumat lanjut atau info terkini tentang jenama dan produk, sila lawati laman web rasmi MOG, halaman Facebook atau halaman Instagram.