
Pusat Beli-Belah ini Menjemput Para Pengunjung untuk Hadir Memeriahkan Sambutan Perayaan dengan Pelbagai Diskaun, Promosi, dan Aktiviti Menarik!
SEPANG, 17 Mac 2025 – Menjelang sambutan Hari Raya tahun ini, Mitsui Outlet Park KLIA Sepang (MOP KLIA), pusat beli-belah berjenama terulung Jepun, menjemput para pengunjung untuk meraikan perayaan yang bertemakan ‘Glittery Raya’. Pengunjung boleh menikmati pengalaman yang tidak dapat dilupakan dengan pelbagai diskaun hebat, promosi dan aktiviti-aktiviti menarik.
Diinspirasikan oleh keunggulan budaya Islam, pusat beli-belah ini dihiasi dengan bulan sabit dan bintang yang berkilauan, satu dekorasi yang melambangkan keamanan dan keindahan. Sepanjang tempoh kempen yang berlangsung selama sebulan ini, para pengunjung akan disambut dengan hiasan bertemakan perayaan menakjubkan di Sunshine Square, dihiasi dengan perincian unik bagi mencipta pengalaman yang mempesonakan.
“Hari Raya adalah masa untuk kebersamaan, kegembiraan, dan juga kesempatan untuk memberi kembali kepada orang yang memerlukan. Dengan tema ‘Glittery Raya’ pada tahun ini, kami berhasrat untuk menambah sentuhan kilauan dan kegembiraan menjelang sambutan Hari Raya di MOP KLIA. Daripada dekorasi raya yang mempesonakan, persembahan yang mengasyikkan hinggalah ke promosi jualan yang menarik sehingga 80%, kami berusaha untuk mencipta perayaan yang benar-benar tidak dapat dilupakan,” menurut TJ Cheah, Timbalan Pengarah Urusan Pembangunan MFMA.
Sambil menikmati dekorasi yang memukau, pengunjung juga boleh singgah di pop-up Kate Spade di Sunshine Square, bermula dari 14 Mac 2025 hingga 6 April 2025, untuk mendapatkan tawaran eksklusif sehingga 80% dan aksesori bergaya di musim perayaan ini.
Bagi memeriahkan suasana, sebuah persembahan Tarian Melayu Tradisional yang mempesonakan juga akan berlangsung di Sunshine Square dari 29 Mac hingga 1 April 2025, 3:30 petang berdekatan Sunshine Square. Para pengunjung boleh menyelami warisan budaya sambil mengamati tarian anggun mengikut rentak irama.
Selain itu, MOP KLIA juga menawarkan ‘Cabutan Bertuah Raya’ bagi para pengunjung. Pelbagai hadiah menarik menanti untuk dibawa pulang termasuk hadiah utama yang merupakan sebuah motosikal elektrik, dan hadiah premium yang lain seperti periuk tekanan, gelombang mikro retro, pembersih udara serta vakum tanpa wayar. Untuk menyertai cabutan tersebut, pembeli hanya perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM300 dalam satu resit, kemudian lengkapkan borang dalam talian dan menyerahkan resit melalui kod QR yang disediakan bermula dari 7 Mac sehingga 13 April 2025.
Seterusnya, MOP KLIA juga menawarkan tebusan hadiah Raya eksklusif untuk pembeli yang berbelanja sekurang-kurangnya RM800 dalam gabungan dua resit bermula dari 14 Mac sehingga 23 Mac 2025. Antara barangan yang ditawarkan adalah Tuala Mandi Akemi dan Periuk Seramik Objet yang boleh ditebus di Kaunter Maklumat, Sunshine Square. Penebusan ini terhad kepada 100 pelanggan pertama setiap hari. Tempoh penebusan bagi tuala mandi Akemi adalah dari 14 Mac hingga 18 Mac 2025, manakala untuk periuk seramik Objet adalah dari 19 Mac hingga 23 Mac 2025.
Bukan sekadar itu, MOP KLIA juga memperkenalkan ganjaran tambahan untuk musim perayaan iaitu kempen ‘Pulangan Tunai Eksklusif Ramadhan’ yang menawarkan penebusan baucar tunai sehingga RM50 maksima. Untuk kelayakan, pembeli hanya perlu memuat turun Aplikasi Mitsui Shopping Park MY dan berbelanja sekurang-kurangnya RM300 dalam dua resit antara 7 Mac dan 16 Mac 2025. Penebusan ini adalah sah untuk pembelian seterusnya dan terhad kepada 100 pelanggan pertama setiap hari.
Tambahan pula, pembeli yang mempunyai Aplikasi Mitsui Shopping Park MY juga boleh menebus E-baucar yang bernilai RM20 dengan menggunakan 500 mata ganjaran. Penebusan ini akan berlangsung pada bulan Mac (15hb, 16hb, 22hb, 23hb, 29hb, 30hb) termasuk Hari Raya Aidilfitri (31hb Mac dan 1hb April 2025) dan terhad kepada 500 pengguna aplikasi yang pertama setiap hari. Penebusan E-baucer ini boleh dibuat di Kaunter Informasi, Sunshine Square.
Kepada pengumpul sampul duit raya, pastikan anda menebus paket hijau beredisi terhad bagi perbelanjaan minimum sebanyak RM400 dalam dua resit maksimum di mana-mana kedai yang mengambil bahagian!
Dengan begitu banyak tawaran hebat yang menanti di MOP KLIA, jangan lepaskan peluang untuk singgah di pusat beli-belah ini dan menikmati sambutan ‘Glittery Raya’. Nikmatilah promosi eksklusif, persembahan kebudayaan dan ganjaran hebat dalam sambutan tradisi bertemu keanggunan moden!
Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran, promosi dan pelbagai lagi acara menarik yang akan datang di MOP KLIA, lawati mitsui-shopping-park.com.my/MOPKLIA/ atau http://www.facebook.com/MOPKLIA.