MILO Rentak Aktif: Norma baharu gaya hidup aktif milik semua

Strim semula sesi senam aerobik dalam talian untuk kekal aktif bersama selebriti kegemaran

PETALING JAYA, 20 Oktober 2020: Alah bisa tegal biasa. Agar serasi dengan rentak kehidupan norma baharu, pelbagai penyesuaian dibuat untuk memastikan kebiasaan terdahulu dapat diteruskan.

Dalam meneruskan usahanya membudayakan gaya hidup aktif, MILO melangkah jauh lagi dengan mempersembahkan MILO Rentak Aktif sebagai pemudah cara rakyat kekal aktif dalam norma baharu.

Program gaya hidup aktif terbaharu dalam talian yang pertama seumpamanya di bawah gerakan MILO Aktif Negaraku ini bertujuan untuk memupuk kebaikan gaya hidup aktif dengan cara yang paling asas dan mudah untuk semua, iaitu melalui senam aerobik.

Dilancarkan pada 15 Ogos lalu secara penstriman langsung menerusi saluran Youtube MILO Malaysia, MILO Rentak Aktif mengajak penonton bergerak aktif mengikut koreografi mudah yang sesuai diikuti seisi keluarga dari semua peringkat usia yang dipimpin oleh empat jurulatih kecergasan.

Menurut Ahmad Fadhly Shah, Pembantu Pengurus Pemasaran Sukan MILO, Nestlé (Malaysia) Berhad, selaku peneraju pembangunan sukan akar umbi dan gaya hidup aktif di Malaysia, pihaknya amat teruja dan berbangga dengan sambutan rakyat yang amat menggalakkan.

“MILO Rentak Aktif telah menarik lebih 250,000 tontonan di saluran Youtube MILO Malaysia. Malah, angka itu dijangka semakin meningkat kerana mereka yang tidak berkesempatan sebelum ini masih boleh mengikuti semula mana-mana sesi pilihan pada bila-bila masa sahaja, terutamanya sekarang sedang kita semakin berwaspada menjaga keselamatan dan penjarakan sosial antara satu sama lain.”

Tambah beliau, “Kami komited untuk memperkenalkan inovasi gaya hidup aktif baharu serta menyuntik semangat rakyat untuk kekal aktif, lebih-lebih lagi ketika berhadapan dengan cabaran situasi semasa.”

Selebriti semarakkan MILO Rentak Aktif

MILO Rentak Aktif diilhamkan melalui aktiviti senam aerobik yang popular ketika Hari Sarapan Malaysia MILO sejak beberapa tahun yang lalu. Koreografinya pula dipadankan dengan bait-bait lirik lagu tema kempen Aktif Negaraku nyanyian Jaclyn Victor.

Lebih istimewa, setiap sesi turut menampilkan selebriti serta personaliti jemputan khas seperti Anas Tahir, Hasnida Hanim, Azim Wahab, Izzat Zin, Nadia Heng dan Radin ERA serta ratu gimnastik kebangsaan Izzah Amzan.

Sesi kelima yang juga merupakan kemuncak MILO Rentak Aktif telah berlangsung pada 10 Oktober lalu dengan penampilan khas Jaclyn Victor, selaku teraju utama kempen MILO Aktif Negaraku tahun ini. Beliau disertai rakan-rakan selebriti lain seperti Fahrin Ahmad, Aina Abdul dan Mei Yan.

Fahrin Ahmad, selebriti jemputan khas MILO Rentak Aktif.

MILO Aktif Negaraku – Aktif Milik Semua

MILO meneruskan kempen MILO Aktif Negaraku tahun ini dengan fokus untuk membangkitkan semangat aktif dalam diri rakyat Malaysia.

Terdapat pelbagai program sukan dan kecergasan di bawah gerakan MILO Aktif Negaraku sebelum ini seperti MILO Hidup Bola, MILO Champions Clinic dan MILO Activ Jam Senam Aerobik.

Kempen ini kemudiannya diberikan suntikan nafas baru bersesuaian dengan norma baharu melalui pelancaran MILO Rentak Aktif. Ini bagi memastikan setiap program mempunyai kelainan serta menepati minat segenap lapisan masyarakat.

MILO percaya gaya hidup aktif bukan hanya untuk atlet, malah ia harus dimanfaatkan oleh setiap lapisan masyarakat tanpa batasan usia kerana gaya hidup aktif itu mudah, serta memberikan banyak kebaikannya bertepatan dengan mesej yang ingin disampaikan aktif milik semua.

Justeru, ayuh bangkit bersama MILO dan semarakkan gaya hidup aktif. Kesemua lima sesi MILO Rentak Aktif boleh distrim semula menerusi saluran Youtube MILO Malaysia di www.youtube.com/user/MILOMalaysia/

© 2023 BlackButterfly DesignArts