MICHELIN Guide Kuala Lumpur dan Pulau Pinang mengumumkan 14 restoran baharu yang menerima anugerah Bib Gourmand 2024

  • MICHELIN Guide mengumumkan pilihan Bib Gourmand 2024 bagi Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
  • Sebanyak 45 restoran diiktiraf dengan gelaran Bib Gourmand, termasuk 12 restoran yang baru menerima anugerah itu dan 2 restoran dinaiktaraf dari MICHELIN Selected.
  • Senarai penuh, termasuk semua restoran MICHELIN Star, akan diumumkan pada 17 November 2023.

Sementara menantikan senarai penuh restoran pilihan MICHELIN Guide Kuala Lumpur dan Pulau Pinang 2024, MICHELIN Guide terlebih dahulu mengumumkan nama restoran yang mendapat pengiktirafan Bib Gourmand. Restoran ini, yang telah melalui proses penilaian terperinci oleh inspektor MICHELIN Guide yang bebas dan dirahsiakan identitinya, telah dipilih kerana menyajikan hidangan yang berkualiti pada harga yang berpatutan. 

MICHELIN Guide mengumumkan penambahan 14 restoran Bib Gourmand baharu, menjadikan jumlah keseluruhan 45 restoran yang menawarkan pengalaman santapan mengagumkan pada harga berpatutan. Ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding pilihan tahun lepas, yang menampilkan 32 restoran makanan ternama.

Penganugerahan Bib Gourmand menggunakan logo “Bibendum” atau “MICHELIN Man” yang sememangnya tidak asing lagi di kalangan pencinta makanan, mengiktiraf restoran dan gerai jalanan yang dianggap oleh inspektor MICHELIN sebagai penyedia nilai terbaik dari segi wang dan pilihan sajian yang ditawarkan. Restoran Bib Gourmand menawarkan hidangan pada harga antara $ dan $$, yang termasuk dalam kategori “jimat” dan “tidak begitu mahal”.

“45 restoran Bib Gourmand ini merangkumi pelbagai rangkaian pengalaman kulinari, dengan tumpuan terhadap memberikan nilai cemerlang kepada pelanggan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang,” ujar Pengarah Antarabangsa MICHELIN Guide, Gwendal Poullennec. “Restoran yang baru diiktiraf ini memperkaya lagi landskap kulinari tempatan, menampilkan tempat makan yang meriah di kedua-dua kawasan itu. Terutamanya di Pulau Pinang, di mana inspektor kami berasa sangat gembira kerana dapat melihat begitu banyak gerai jalanan dan kedai kecil yang mempunyai personaliti mereka tersendiri, makanan yang enak dan menawarkan pelbagai hidangan tempatan yang berbeza, 

Dalam pemilihan Bib Gourmand tahun ini, 14 restoran adalah yang terbaru menerima pengiktirafan; iaitu 5 di Kuala Lumpur dan 9 di Pulau Pinang. Apa yang menarik ialah, salah dua daripada restoran Pilihan MICHELIN tahun lepas, Sri Nirwana Maju di Kuala Lumpur dan Bibik’s Kitchen di Pulau Pinang, telah mendapat pengiktirafan Bib Gourmand.

Berikut adalah restoran terbaru yang menerima anugerah Bib Gourmand.

Kuala Lumpur: 4 Penyertaan Terbaru dan 1 Dinaiktaraf daripada MICHELIN Selected

Dengan penambahan 5 restoran baharu ini, Kuala Lumpur kini mempunyai 20 restoran Bib Gourmand kesemuanya, yang menawarkan lebih daripada 10 jenis hidangan berbeza.

Hor Poh Cuisine, terletak di kawasan kejiranan yang agak terpencil, kedai biasa ini telah menjual hidangan asli Hakka selama lebih 20 tahun. Antara menu istimewanya ialah Hor Poh lui cha, sup hijau yang dihidangkan dengan nasi kukus. Ladu Hor Pohjuga popular di kalangan pelanggan restoran itu.

MICHELIN Guide Kuala Lumpur dan Pulau Pinang mengumumkan 14 restoran baharu yang menerima anugerah Bib Gourmand 2024

Jalan Ipoh Claypot Chicken Rice telah menjual nasi ayam yang dimasak menggunakan periuk tembikar di atas dapur arang selama lebih 30 tahun. Hidangan ini dihidangkan dengan sosej khinzir Kantonis dan halia serta mempunyai kerak yang rangup di bawahnya.

MICHELIN Guide Kuala Lumpur dan Pulau Pinang mengumumkan 14 restoran baharu yang menerima anugerah Bib Gourmand 2024

Roti by d’Tandoor ialah sebuah jenama restoran India Utara yang diasaskan di Malaysia pada 1990. Sejak itu, ia telah berkembang ke negara-negara lain di seluruh dunia. Ia menawarkan pelbagai masakan India yang lazat, menampilkan gabungan herba dan rempah ratus yang sempurna.

MICHELIN Guide Kuala Lumpur dan Pulau Pinang mengumumkan 14 restoran baharu yang menerima anugerah Bib Gourmand 2024

Sek Yuen kebanyakannya menyajikan hidangan tradisional Kantonis. Dibuka pada tahun 1948, restoran ini masih kekal popular hingga ke hari ini, dan kini telah meluaskan perniagaannya dengan tiga unit kedai di jalan yang sama. Bergantung kepada di mana pelanggan duduk, ruang makan itu mungkin terasa agak klasik dan mengimbau nostalgia, atau tampak ringkas dan cerah.

MICHELIN Guide Kuala Lumpur dan Pulau Pinang mengumumkan 14 restoran baharu yang menerima anugerah Bib Gourmand 2024

Sri Nirwana Maju, yang telah dinaiktaraf daripada restoran Pilihan MICHELIN, berjaya menarik ramai pelanggan dengan pelbagai hidangan uniknya – pilihan hidangan serantau untuk mereka yang mengidamkan rasa asli India.

MICHELIN Guide Kuala Lumpur dan Pulau Pinang mengumumkan 14 restoran baharu yang menerima anugerah Bib Gourmand 2024

Pulau Pinang: 8 Penyertaan Terbaru dan 1 Dinaiktaraf daripada MICHELIN Selected

Dengan penambahan 9 restoran baharu ini, Pulau Pinang kini mempunyai 25 restoran Bib Gourmand kesemuanya, dengan hampir 50% daripadanya adalah gerai jalanan.

Ah Boy Koay Teow Th’ng ialahsebuah kedai makan mesra pelanggan yang dikendalikan oleh keluarga yang kini telah memasuki generasi kedua. Mereka pakar membuat kuetiau th’ng, di mana kuahnya diperbuat daripada tulang ayam dan khinzir.

MICHELIN Guide Kuala Lumpur dan Pulau Pinang mengumumkan 14 restoran baharu yang menerima anugerah Bib Gourmand 2024

Bibik’s Kitchen mempunyai menu yang menampilkan resepi warisan yang beretnik Peranakan yang kurang pedas berbanding tempat lain. Makanan dihidangkan dalam tiga saiz – cuba jiu hu char (keladi goreng dengan sotong parut), dan loh bak (gulungan daging khinzir lima rempah goreng). Laksa hanya disediakan pada hujung minggu.

BM Cathay Pancake ialah sebuah gerai kecil yang terletak di luar Cathay Food Court, yang menjual hanya satu jenis makanan sahaja sejak 1962 iaitu Apam Balik berintikan gula dan kacang. Dibuat segar dan dihidangkan semasa masih panas.

MICHELIN Guide Kuala Lumpur dan Pulau Pinang mengumumkan 14 restoran baharu yang menerima anugerah Bib Gourmand 2024

Ghee Lian menyajikan tiga hidangan mi iaitu mi tom yam hijau istimewa, mi sup dan mi goreng. Tom yam hijaunya yang dimasak segar mempunyai rasa yang seimbang antara masam dan pedas. Toping ikan gorengnya mempunyai kulit yang garing dan isi yang empuk; manakala toping udang besarnya mempunyai rasa umami yang menggugah selera.

MICHELIN Guide Kuala Lumpur dan Pulau Pinang mengumumkan 14 restoran baharu yang menerima anugerah Bib Gourmand 2024

Hot Bowl White Curry Mee ialah sebuah kedai kecil yang menawarkan salah satu menu mi kari terbaik di Pulau Pinang. Mi karinya dihidangkan dalam kuah yang dimasak menggunakan santan kelapa dan diiringi dengan semangkuk kecil pes kari. Selain itu, mi sup kuah jernih dengan bebola ayamnya juga enak untuk dicuba.

MICHELIN Guide Kuala Lumpur dan Pulau Pinang mengumumkan 14 restoran baharu yang menerima anugerah Bib Gourmand 2024

My Own Café ialah sebuah kedai makan menarik milik keluarga yang menyajikan Asam Laksa Pulau Pinang, Laksa Nyonya, dan popia goreng. Kuah Asam Laksa yang kemerah-merahan, tidak terlalu pekat dan menyegarkan memberikan keseimbangan rasa masam dan pedas, dihidangkan bersama hirisan daun pudina dan nanas.

MICHELIN Guide Kuala Lumpur dan Pulau Pinang mengumumkan 14 restoran baharu yang menerima anugerah Bib Gourmand 2024

Penang Road Famous Jin Kor Char Kuey Teow telah beroperasi selama hampir 40 tahun. Kuetiaunya di masak mengikut pesanan dan ditambah dengan udang, kerang, sosej khinzir, dan tauge, menyemarakkan lagi aroma.

MICHELIN Guide Kuala Lumpur dan Pulau Pinang mengumumkan 14 restoran baharu yang menerima anugerah Bib Gourmand 2024

Siam Road Char Koay Teow ialah sebuah kedai kecil yang sentiasa dipenuhi pelanggan yang sanggup beratur panjang, kebanyakan terdiri daripada pelancong dan anak-anak muda tempatan. Mereka hanya menjual satu hidangan sahaja iaitu kuetiau goreng. Kuetiau yang digoreng di dalam kuali yang mengeluarkan aroma arang itu cukup berperisa dan didatangkan dengan ramuan berkualiti serta boleh ditambah pedasnya secukup rasa.

MICHELIN Guide Kuala Lumpur dan Pulau Pinang mengumumkan 14 restoran baharu yang menerima anugerah Bib Gourmand 2024

Sister Yao’s Char Koay Kak dikendalikan oleh tiga adik-beradik perempuan mewarisi kedai yang diusahakan oleh bapa mereka seumur hayatnya, yang dibuka sejak tahun 1963. Hidangan istimewa gerai ini ialah char koay kak, sejenis hidangan ringkas yang berasal dari Teochew, kampung nenek moyang keluarga itu. Nasi himpit digoreng menggunakan kuali sehingga naik aromanya dan ditambahkan dengan kicap secukup rasa, tauge, telur, dan cili. 

MICHELIN Guide Kuala Lumpur dan Pulau Pinang mengumumkan 14 restoran baharu yang menerima anugerah Bib Gourmand 2024

Senarai penuh pilihan Bib Gourmand turut dilampirkan bersama-sama dengan siaran akhbar ini, dan senarai lengkap restoran pilihan MICHELIN Guide Kuala Lumpur dan Pulau Pinang 2024 akan diumumkan pada 17 November 2023, semasa Majlis MICHELIN Guide, dan akan diterbitkan dalam format digital di laman sesawang rasmi MICHELIN Guide dan aplikasi mudah alih MICHELIN Guide (iOS dan Android) pada hari yang sama. Sebelum 17 November 2023, kesemua restoran pilihan (termasuk alamat restoran Bib Gourmand) yang ditunjukkan di dalam laman sesawang dan aplikasi adalah daripada edisi 2023.

© 2023 BlackButterfly DesignArts