You are currently viewing Metrojaya Kini Mendarat Di LaLaport Pertama Di Asia Tenggara!
Mr Andrew Khoo Boo Yeow, Chairman of Metrojaya Department Store (middle) along with Metrojaya's Board of Directors, Mr Ong Hung Meng and Puan Farizon binti Ibrahim officiating the launch of Metrojaya LaLaport.

Metrojaya Kini Mendarat Di LaLaport Pertama Di Asia Tenggara!

Fesyen yang mempesonakan dan produk gaya hidup yang unik menanti pengunjung di Metrojaya LaLaport, cawangan terbaharu di pusat bandaraya Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur, 21 September 2022 – Setelah mengukuhkan reputasi mereka dalam industri peruncitan lebih dari empat dekad, Metrojaya kini kembali untuk memperkenalkan kedai next-gen yang terbaharu mereka khas buat peminat setia gedung ini di LaLaport Bukit Bintang City Centre. Tekad untuk memberi pengalaman membeli-belah yang mengasyikkan untuk semua, gedung terkemuka ini menyediakan barisan produk-produk eksklusif daripada jenama terkenal seperti Bill Keith, Yani Bakhtiar, Cynthia Tang, dan beberapa jenama yang hanya terdapat di LaLaport Metrojaya.

Dengan lokasi yang strategik di pusat bandaraya Kuala Lumpur, Metrojaya membawa pelbagai pilihan menarik daripada fesyen hinggalah kelengkapan rumah untuk memenuhi keperluan peminat mereka. Kedai ini pasti memberi nafas yang baharu dengan trend global terkini untuk membantu pelanggan membina kehidupan yang moden dengan produk gaya hidup berjenama yang terdapat khas di Metrojaya seperti East India Company, Somerset Bay, Cape Cod dan Living Quarters selain daripada koleksi eksklusif Metrojaya yang lain.

Encik Andrew Khoo Boo Yeow, Pengerusi Metrojaya Department Store berkongsi bahawa mereka komited untuk memberikan yang terbaik untuk pelanggan mereka dengan menghasilkan produk memenuhi pilihan dan gaya hidup yang tersendiri. Mementingkan mutu dan kualiti, Metrojaya mengumpulkan koleksi terkini yang boleh didapati di dunia – memberi peluang kepada pelanggan mereka untuk memilih apa sahaja mengikut citarasa mereka.

“Kami sentiasa mengemaskini pilihan kami demi menyediakan produk terkini untuk pelanggan dan memenuhi keperluan gaya hidup mereka,” kata Encik Andrew.

Selain daripada produk gaya hidup yang chic, Metrojaya LaLaport akan menjadi yang pertama untuk menyediakan vendor kopi tersendiri untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah pelanggan. Tambahan unik untuk gedung ini juga termasuk tempat atau sudut Instagrammable untuk mengabadikan momen yang tidak dapat dilupakan.

Encik Andrew tambah bahawa debut Metrojaya di LaLaport yang pertama di Asia Tenggara menandakan satu detik yang penting dalam perjalanan mereka sebagai peruncit kerana ia membolehkan mereka untuk sekali lagi mendekati pelanggan mereka dengan menyediakan pengalaman membeli-belah yang holistik.

“Kami memberi perhatian yang teliti kepada setiap perincian dan bukan sekadar kepada produk yang tersedia malah juga suasana yang dicipta untuk para pelanggan. Kami juga telah memasukkan beberapa ciri-ciri unik di kedai kami yang tidak pernah dibuat lagi di Metrojaya ini,” kata Encik Andrew.

“Vendor kopi yang disediakan bukan sahaja untuk membolehkan pelanggan kami bersantai dengan minuman kegemaran mereka, malah kami juga akan menyediakan bengkel yang menyeronokan untuk mereka yang berminat untuk mempelajari sesuatu yang baharu. Ciri terbaharu ini akan tersedia di Metrojaya tidak lama lagi. Kami mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk mengambil bahagian dalam keseronokan ini sambil meluangkan masa mereka bersama kami.”

Metrojaya LaLaport mudah diakses menggunakan pengangkutan awam melalui LRT Hang Tuah dan stesen Monorel KL, dan hanya mengambil masa lima minit untuk berjalan kaki ke Metrojaya Lalaport dari stesen Merdeka laluan MRT Sungai Buloh-Kajang.

Untuk maklumat lanjut tentang Metrojaya, sila layari www.metrojaya.com.my.