Mesopotamia Express: Laluan Kereta Api Pelancong Terbaru dan Popular di Türkiye

Kuala Lumpur, 13 Jun 2024 -Adakah anda ingin meneroka keindahan Türkiye yang menakjubkan dengan kereta api? Apatah lagi, perjalanan ini ternyata sesuai ketika musim bunga apabila alam mengubah setiap sudut Türkiye berlatarkan pemandangan yang mempesonakan. Mesopotamia Express merupakan salah satu daripada laluan kereta api pelancong terbaru di Türkiye yang membolehkan pelancong menikmati pengalaman yang tidak mampu dilupakan.

Mesopotamian Express yang bermula di Ankara, iaitu ibu kota Türkiye, dan berakhir di Diyarbakır,  bandar utama di bahagian tenggara, menyediakan pengalaman perjalanan serba unik sepanjang 1,051 kilometer yang membolehkan pengunjung meneroka bandar ikonik Anatolia juga pemandangan mengagumkan sepanjang perjalanan di samping menikmati perjalanan jauh mengikut lokasi tertentu.

Mesopotamia Express Laluan Kereta Api Pelancong Terbaru dan Popular di Türkiye
Jambatan Malabadi, Diyarbakır

Mesopotamian Express menempuh perjalanan sejauh 1,051 kilometer dari Ankara, ibu kota Türkiye, ke Diyarbakır, bandar utama di bahagian tenggara yang menyediakan pengalaman perjalanan serba unik kepada para penumpangnya. Penumpang Mesopotamian Express boleh meneroka bandar ikonik Anatolia dan pemandangan mempesonakan sepanjang jalan, dengan perjalanan jauh di lokasi tertentu. Perjalanan dari Ankara ke Diyarbakir mengambil masa keseluruhan selama 24 jam, melalui  Kayseri, Sivas, Malatya, Elazığ dan Bingöl. Laluan tersebut termasuklah masa rehat tiga jam di Kayseri dan Malatya, serta berhenti selama empat jam di Elazığ, sekali gus membolehkan penumpang  berehat serta meneroka seni bina unik kota ini dan citarasa tempatan yang serba menarik. Kereta api berkenaan mempunyai jumlah kapasiti seramai 180 penumpang, 9-katil dan gerabak tempat makan. Ia termasuklah peti ais, pencahayaan dan pemanasan, bilik air dan kabinet penyimpanan barang untuk penumpang.

Laluan unik di laluan budaya Anatolia

Kayseri, terletak di kaki Gunung Erciyes dan salah satu tempat berehat laluan tersebut, telah menyaksikan beberapa tamadun sejak masyarakat kuno Het (Hittites). Selain daripada istana dan kubu pertahanan zaman pertengahan di pusat bandar, pengunjung boleh menyaksikan pelbagai mercu tanda Seljuk, termasuk Döner Kümbet, Masjid Besar (Grand Mosque), dan Gevher Nesibe Madrasa, yang menempatkan Muzium Tamadun Seljuk. Tambahan pula, hidangan masakan terkenal bandar ini khususnya “mantı”, menyajikan pengalaman tempatan yang serba berbeza.

Mesopotamia Express Laluan Kereta Api Pelancong Terbaru dan Popular di Türkiye
Manti Kayseri

Malatya, satu lagi hentian kereta api ekspres berkenaan, merupakan persimpangan perdagangan dan pertukaran budaya antara Mesopotamia dan Anatolia masa kini, seperti mana ketika zaman silam. Arslantepe Mound, yang dicatatkan dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO, menjadi bukti warisan bersejarah bandar tersebut. Semasa waktu rehat, pengunjung boleh meninjau bangunan bersejarah bandar ini seperti Masjid Old Malatya Ulu, serta membeli barangan tembaga buatan tangan di Coppersmiths’ Bazaar dan menikmati aprikot tempatan di Pasar Sire.

Mesopotamia Express Laluan Kereta Api Pelancong Terbaru dan Popular di Türkiye
Arslantepe Mound

Elazığ, hentian seterusnya laluan tersebut, menjadi pusat kepercayaan, budaya dan kesihatan berabad lamanya dengan lokasinya pada laluan perdagangan. Istana, bazar, masjid dan tempat mandian menghiasi kota purba ini yang menjadi kampung halaman sungai Efrat dan Tigris, umpama saksi tersendiri zaman kegemilangan dahulu kala. Tarikan yang wajib dikunjungi termasuklah Istana Harput, Gereja Virgin Mary, salah satu daripada tapak ibadat tertua di Anatolia, dan Masjid Besar Harput yang bersejarah.

Mesopotamia Express Laluan Kereta Api Pelancong Terbaru dan Popular di Türkiye
Istana Elazığ Harput

Diyarbakır, Kota Purba Mesopotamia

Mesopotamia Express membawa pengunjung ke Diyarbakır, nadi budaya Mesopotamia, selepas perjalanan menarik yang dipenuhi dengan pengalaman unik. Diyarbakır, yang mana pembentukan dan pembangunan penting dalam sejarah tamadun berlatarkan budaya bersama 33 tamadun di wilayahnya, menanti untuk diterokai dengan kepelbagaian yang tidak berkesudahan, daripada seni bina kepada makanan, daripada seni tradisional kepada kehidupan kota sebenar. Selepas bersarapan di Hasan Pasha Inn yang bersejarah di bandar, anda harus kunjungi Tembok Diyarbakır dan Kawasan Landskap Budaya Taman Hevsel yang berada dalam Senarai Warisan Budaya Dunia UNESCO. Tarikan lain di bandar berkenaan ialah Masjid Besar (Grand Mosque), Masjid Prophet Süleyman, Muzium Arkeologi İçkale, Istana Zerzevan dan Kuil Mithras. Di bandar pula, anda juga boleh mengunjungi daerah Eğil, yang menyerlah dengan istana, rumah penginapan, gereja dan masjid serta Jambatan On Gözlü (Jambatan Dicle/Jambatan Ten-Eyed) dan Jambatan Malabadi. Cublah rusuk berinti dan pencuci mulut burma kadayıf  sebelum meninggalkan Diyarbakır. Anda juga harus mendengarkan Dengbêj, pencerita epik yang dianggap sebagai Homer zaman moden.

© 2023 BlackButterfly DesignArts