Merubah Industri Kemudahan Sukan: Courtsite dan Perbadanan Stadium Malaysia Mentransformasikan Ekosistem Sukan Malaysia Secara Digital

Usaha bersama bertujuan untuk memberi rakyat Malaysia kebolehcapaian yang lebih
luas kepada perkhidmatan dan kemudahan sukan
Lebih 200,000 pemain melangkaui 1,000 gelanggang sukan berbeza telah termanfaat
setakat ini

Merubah Industri Kemudahan Sukan: Courtsite dan Perbadanan Stadium Malaysia Mentransformasikan Ekosistem Sukan Malaysia Secara Digital

Kuala Lumpur, 2 Januari 2024 – Kerajaan Malaysia mempunyai cita-cita yang jelas dan mendalam bagi menyokong kemudahan sukan di negara ini. Hal ini dikukuhkan lagi dengan peruntukan RM50 juta dalam Bajet 2024 yang dikhususkan untuk penyelenggaraan dan naik taraf kemudahan belia dan sukan. Oleh hal yang demikian, penggiat teknologi sukan Courtsite telah mengambil langkah ke hadapan untuk memperkasakan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dalam bersama-sama memacu perubahan dalam ekosistem sukan di Malaysia.

Usaha ini selaras dengan komitmen PSM untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalanganmasyarakat, terbukti dengan pengumuman bersama Kementerian Belia & Sukan sebelum ini untuk membenarkan sekolah-sekolah mengadakan hari sukan di tiga lokasi yang diuruskan PSM, iaitu KL Sports City, Kompleks Sukan Jalan Duta, dan Kompleks Sukan Bukit Kiara secara percuma bermula Oktober 2023.

Walau bagaimanapun, usaha seperti ini memerlukan perancangan yang teliti, dan di sinilah Courtsite memainkan peranan yang penting. Melalui Courtsite, PSM telah mengautomasikan sepenuhnya proses tempahan, seterusnya memperkemaskan sistem tempahan dan mengurangkan kos operasi dengan ketara. Semua kemudahan PSM juga kini boleh diakses 24/7 hasil daripada usaha Courtsite.

“Melalui kerjasama bersama dengan Courtsite sejak April 2023, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mendapati platform ini boleh membawa kepada peningkatan kecekapan, kebolehcapaian dan memberikan faedah kepada peminat dan fasilitator sukan. Pengagregatan semua alatan  pengurusan yang diperlukan di bawah satu bumbung telah membuka jalan ke arah transformasi pendigitalan sukan secara amnya. Semua yang terlibat dalam pengurusan dan pengoperasian di PSM menyambut baik pelaksanaan yang dibuat oleh pihak Courtsite dan berharap penerapan ini akan berkembang lebih jauh ke seluruh negara,” kongsi Mohd Faidz Sanusi, Ketua Pegawai Eksekutif PSM.

Kesan jangka panjang kerjasama ini telah terbukti melalui peningkatan yang ketara dalam pertumbuhan hasil di semua kemudahan PSM, dan dengan penerapan usaha Courtsite, secara umumnya Kompleks Sukan Negara kini telah dibuka kepada orang ramai, seterusnya memungkinkan penekanan komitmen PSM dalam menyediakan kemudahan sukan bertaraf dunia kepada semua rakyat Malaysia.

“Courtsite telah memproses lebih 3,000,000 jam tempahan setakat ini, dan menyediakan perkhidmatan kepada lebih 200,000 pengguna di 90 kemudahan sukan di seluruh negara. Ini bukan sahaja menandakan pertumbuhan Courtsite sebagai penggiat teknologi sukan utama, malah turut menjadi petanda kukuh terhadap kepercayaan dan keyakinan yang diberikan pengguna serta rakan kongsi kepada kami, dan kami amat bersyukur. Secara khususnya, golongan milenial dan Gen Z yang lebih celik teknologi dan berfikiran ke hadapan, kini berada di kedudukan terbaik untuk memanfaatkan penggunaan Courtsite bagi membuat tempahan kemudahan sukan, termasuk kemudahan PSM, dan banyak lagi,” kata Samuel Siew, Ketua Pegawai Eksekutif Courtsite.

Matlamat Courtsite adalah selaras dengan hasrat negara untuk mengembangkan ekosistem sukan Malaysia. Malahan, dua tonggak utama Visi Sukan Negara 2030 (VSN2030) masing-masing menitik beratkan kebolehcapaian kemudahan sukan dan pendigitalan. Sememangnya, usaha Courtsite dalam memudahkan pencarian kemudahan sukan, penempahan serta meningkatkan kebolehcapaian dan tadbir urus sambil menyokong pendekatan dipacu data di seluruh platform mereka menjadikan Courtsite sebagaisalah satu pemacu utama dalam menjadikan wawasan ini satu realiti.

Perkhidmatan Courtsite direka untuk mengambil kira sebanyak mungkin masalah utama dalam pengurusan kemudahan. Sebagai contoh, platform tersebut menyediakan akses segera kepada ketersediaan slot untuk pengguna dan pengendali kemudahan, seterusnya membolehkan pelarasan dibuat secara telus oleh kedua-dua belah pihak. Selain itu, kapasiti terbina untuk menganalisis data dalam platform tersebut membolehkan pemilik kemudahan menyokong pembuatan keputusan perniagaan berdasarkan pecahan terperinci penjanaan hasil, tingkah laku pengguna, dan penggunaan kemudahan.

Setakat ini, Courtsite telah mendigitalkan pelbagai jenis kemudahan sukan. Dengan lebih 200,000 pengguna merentasi 9 buah negeri dan terus berkembang, mereka bekerjasama dengan badan berkanun seperti PSM dan badan pentadbir sukan bersama sekolah-sekolah kerajaan dan antarabangsa untuk menyelaraskan operasi dengan berkesan bagi semua pihak.

Sesungguhnya, matlamat utama Courtsite adalah untuk mengembang dan merevolusi ekosistem sukan secara menyeluruh melalui peranan mereka sebagai penggiat teknologi sukan. Era penggunaan kertas dan dakwat untuk merekod telah berlalu. Sebaliknya, Courtsite mengalu-alukan pemilik kemudahan sukan sama ada swasta, kerajaan, pendidikan, dan sebagainya untuk menjadi sebahagian daripada perubahan ekosistem sukan, yang menjanjikan lebih banyak inovasi dan peningkatan industri sukan pada masa akan datang bersama penerajuan Courtsite.

© 2023 BlackButterfly DesignArts