Merintis Perniagaan Global yang Lestari Sambil Membentuk Semula Etika Perniagaan: ReSkills Melancarkan myESG100

  • Di bawah slogan “Menjadikan Kelestarian Keutamaan Semua”, pelancaran myESG100 menegaskan semula dedikasi ReSkills untuk mewujudkan masa depan yang lebih cerah dan lestari yang memperkasakan individu dan komuniti untuk berkembang maju dalam dunia yang sentiasa berkembang.
Merintis Perniagaan Global yang Lestari Sambil Membentuk Semula Etika Perniagaan: ReSkills Melancarkan myESG100

Kuala Lumpur, 14 May 2024 — ReSkills, platform pembelajaran dalam talian global berasaskan langganan terkemuka di Malaysia sedang mengambil langkah besar dalam mengatur kepimpinan berteraskan kelestarian dengan pelancaran myESG100. Dengan permintaan yang semakin meningkat untuk mempertingkat amalan kelestarian di peringkat tempatan dan global, inisiatif ini menekankan pentingnya nilai-nilai alam sekitar, sosial, dan tadbir urus (ESG). Matlamat myESG100 yang dirangkum dalam slogan “Menjadikan Kelestarian Keutamaan Semua,” adalah untuk mentakrifkan semula dan merevolusikan amalan perniagaan yang bertanggungjawab melalui perbualan bulanan yang bertemakan kelestarian.

Diadakan di ReSkills Hub pada 14 Mei 2024, majlis pelancaran dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Tuan Ken Lim, Pengasas myESG100, diikuti dengan ucapan ringkas oleh Tuan Edison Choong, Ketua Unit ESG MATRADE. Majlis pelancaran tersebut turut dihadiri oleh Dato’ Ong Bee Leng, Dato’ Seri Dr. Raymond Liew, Puan Zoel Ng, Encik Nelson Liew, Encik Adrian Banie Lasimbang, Dr. Sham Razak, Tan Sri Datuk Danny Ooi, dan Encik Mohammad Fazril Mohd Saleh. Justeru itu, pelancaran ini juga menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) antara myESG100 dengan ESG Malaysia, Institut Penyelidikan ESG Nasional, BNC Malaysia, dan Yayasan Yeoh selaku pemain utama dalam bidang keusahawanan ESG dan pembangunan belia.

Merintis Perniagaan Global yang Lestari Sambil Membentuk Semula Etika Perniagaan: ReSkills Melancarkan myESG100
Gambar di atas:
Duta myESG100, dari kiri ke kanan: Cik Zoel Ng, Pengarah Komunikasi Korporat APPGMSDG & Akademi mySDG, Dr Sham Razak, Pengetua Shawshank Consulting, Tan Sri Datuk Danny Ooi, Pengasas Malaysia Book of Record, En. Edison Choong, Ketua Unit ESG di MATRADE, En Ken Lim, Pengasas myESG100, Dato Seri Dr Raymond Liew, Presiden McMillan Woods, Dato Ong Bee Leng, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang, En. Nelson Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Vanilla Crepe & Presiden BNC serta En. Adrian Banie Lasimbang, Pengasas TONIBUNG & Pengarah Eksekutif Right Energy Partnership

Dengan menyatukan mereka di bawah satu entiti, myESG100 bertujuan untuk membangun dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan ESG dalam dunia yang mencari penyelesaian lestari sambil berhubung dengan individu yang berkongsi pandangan, pemimpin industri, dan pakar dalam bidang kelestarian. Usaha ini termasuk membina peluang untuk perbincangan yang menarik seperti bengkel-bengkel serta sesi rangkaian yang bertujuan untuk meneroka penyelesaian inovatif kepada cabaran kelestarian yang mendesak.

Pada inti myESG100 tersematnya satu visi untuk memperkasakan komuniti melalui Kelestarian, Mobiliti, Kebolehcapaian, Kebolehperbaharuan dan Teknologi (S.M.A.R.T).Visi ini diwujudkan melalui lima tiang transformasi:

  • Produk: Dengan merangka pengalaman pembelajaran transformatif yang memberdayakan minda, mencetuskan inovasi, dan membentuk masa depan. Tiang Produk juga membentuk landasan bagi perubahan melalui pengenalan myESG100 yang menjadi peneraju dalam penyelesaian tenaga bersih, ketersambungan dan pendemokrasian akses kepada maklumat penting.
  • Komuniti: Menangani isu dari akarnya, myESG100 memupuk kesedaran ESG di pelbagai peringkat komuniti,, entiti awam dan swasta, individu, serta  serta syarikat korporat besar bersama-sama dalam usaha untuk mencapai kelestarian.
  • Rakan Kongsi: Seperti yang dibuktikan melalui pemeteraian MOU baru-baru ini, myESG100 menyasarkan untuk bekerjasama dengan rakan kongsi yang berfikiran sama untuk memperkasa impak program dan inisiatif berteraskan ESG bagi memupuk budaya kelestarian dan tanggungjawab.
  • Duta: Menghimpun sokongan dari pemimpin yang berpengaruh dalam pelbagai bidang misalnya, pemimpin komuniti hingga pemaju industri, pendokong alam sekitar hingga ikon budaya, myESG100 membawa doronganke arah penyelarasan ESG dalam kehidupan harian.
  • Majlis: Melalui pelbagai majlis yang meningkatkan kesedaran dan membawa inspirasi, myESG100 bertujuan untuk mempercepatkan penyatuan prinsip ESG ke dalam amalan perniagaan dan norma masyarakat.

Bermulanya dari memupuk penggunaan produk berasaskan ESG kepada perbualan yang meningkatkan kesedaran ESG di semua lapisan masyarakat, myESG100 berdiri teguh sebagai mercu tanda perubahan positif. Melalui kolaborasi bersama rakan kongsi dan tokoh berpengaruh, myESG100 memperluas landasan bagi masa depan di mana prinsip ESG diintegrasi dengan lancar ke dalam kehidupan seharian.


Merintis Perniagaan Global yang Lestari Sambil Membentuk Semula Etika Perniagaan: ReSkills Melancarkan myESG100
Gambar di atas: Ken Lim, pengasas myESG100 memberi ucapan semasa pelancaran rasmi myESG100

“Kesemua tunjang ini mesti bekerjasama jika kita mahu mencapai matlamat kita untuk menjadi sebuah negara pintar. Sebahagian daripada usaha tersebut termasuklah pemerkasaan holistik kepada semua komuniti. Misalnya, ia menawarkan pendidikan berkualiti dan ketersambungan untuk meningkatkan pelbagai aspek kehidupan mereka walaupun terdapat batasan dari aspek geografi,” kongsi Ken Lim, Pengasas myESG100. Beliau juga berkata, “Melalui penglibatan komuniti ini, kami dapat menyediakan lebih banyak sumber untuk memastikan kesamarataan akses untuk semua orang sama ada mereka mungkin tinggal di kawasan luar bandar atau bandar. Justeru itu, dengan memberikan tumpuan kami kepada kesemua tunjang ini, kami mampu mewujudkan usaha kelestarian untuk semua rakyat Malaysia, satu langkah pada satu masa.

Salah satu contoh utama bagi mencapai tujuan ini adalah melalui ReSkills S.M.A.R.T Hub. Dilancarkan pada 12 Disember 2023, prototaip S.M.A.R.T Hub merupakan simbol pembelajaran dan inovasi yang ditenagai oleh sumber hijau. Ia juga menegaskan komitmen kukuh entiti induk untuk mengurangkan jurang digital dan membawa transformasi kepada aspek pendidikan. Dengan memanfaatkan tenaga solar, hab ini juga menawarkan penyelesaian lestari yang memberdayakan komuniti luar bandar tanpa memberi kesan buruk kepada alam sekitar. Hal ini juga membolehkan pembelajaran berkualiti tinggi boleh diakses oleh semua tanpa mengira sebarang halangan geografi atau sosioekonomi.

Merintis Perniagaan Global yang Lestari Sambil Membentuk Semula Etika Perniagaan: ReSkills Melancarkan myESG100
Gambar di atas: Sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) rasmi bersama ESG Malaysia, Institut Penyelidikan ESG Kebangsaan, BNC Malaysia dan Yayasan Yeoh.
Dari kiri ke kanan: Alex Ng, Pengarah Komunikasi Strategik ESG Malaysia, Gilbert Pang, Naib Presiden Institut Penyelidikan ESG Nasional, Ken Lim, Pengasas myESG100, Sze Kok Hoong, Naib Presiden BNC Malaysia dan June Nga, Yayasan Yeoh

Kepentingan MOU bukan sahaja terletak pada pemeteraiannya tetapi pada janji yang terkandung seperti kolaborasi, inovasi, dan kemajuan menuju masa depan yang lestari. Melalui perkongsian strategik dan usaha bersepadu, myESG100, dan dalam konteks ini, ReSkills, berhasrat untuk membuka jalan bagi generasi akan datang bagi memastikan akses kepada peluang pendidikan berkualiti tinggi yang memperjuangkan prinsip kelestarian dan mendorong perubahan positif dalam skala global.

Untuk maklumat lanjut tentang myESG100, sila layari https://myesg100.org/

Merintis Perniagaan Global yang Lestari Sambil Membentuk Semula Etika Perniagaan: ReSkills Melancarkan myESG100 – RAMARAMA
© 2024 BlackButterfly DesignArts