Meraikan Wira Yang Tak Didendang Bersama Calpis Sempena Raya Ini

Calpis bekerjasama dengan Siti Nordiana untuk mempertemukan petugas baris hadapan dengan insan kesayangan mereka secara virtual pada musim lebaran ini.

29 Mei 2020, KUALA LUMPUR – Digelar sebagai wira dan wirawati yang tidak didendang, petugas baris hadapan di Malaysia tidak lekang mengerah bakti untuk membasmi penularan COVID-19 meskipun dirintangi oleh pelbagai cabaran. Sempena Hari Raya ini, Calpis – minuman susu kultur yang pertama di Jepun – telah merangka sebuah inisiatif yang murni menerusi kempennya, ‘Loves your Guts’ untuk menyatukan petugas baris hadapan dan keluarga mereka menggunakan platform virtual.

Musim lebaran biasanya dimeriahkan dengan rumah terbuka, aktiviti membeli-belah, sesi balik kampung dan persuaan antara ahli keluarga dan rakan taulan. Namun pada tahun ini, sinar Hari Raya kurang gemerlapnya di seluruh negara rentetan daripada amalan penjarakan sosial yang mula menjadi sebuah kelaziman. Untuk menyemai semangat kebaikan, Calpis menjadikan musim lebaran kali ini lebih bermakna buat petugas baris hadapan kita. Menerusi usaha sama dengan bekas duta jenamanya, selebriti tanah air Siti Nordiana yang mesra dengan panggilan Nana, Calpis telah merangka sebuah inisiatif untuk mempertemukan petugas baris hadapan dengan keluarga mereka.

Meraikan Wira Yang Tak Didendang Bersama Calpis Sempena Raya Ini
Meraikan Wira Yang Tak Didendang Bersama Calpis Sempena Raya Ini

Melalui pelbagai saluran sosial, Nana dan Calpis telah mengenal pasti petugas-petugas baris hadapan yang tidak dapat pulang ke pangkuan keluarga sejak sekian lama, demi tanggungjawab yang ingin ditunaikan meskipun negara dilatari oleh krisis COVID-19. Dengan memanfaatkan teknologi, Calpis telah merangka sesi persuaan virtual antara ahli keluarga dan petugas baris hadapan yang terpilih bersama Nana yang turut membuat penampilan dengan menyertai sesi berkenaan untuk menambah seri Hari Raya mereka. Para petugas baris hadapan ini dan ahli keluarga masing-masing juga telah dihadiahkan hamper Calpis yang bernilai RM150 sebagai tanda penghargaan atas usaha mereka dan untuk mengingatkan bahawa Calpis sentiasa berdiri bersama mereka.

“Bulan Ramadan serta musim perayaan seperti Hari Raya, menyuluh keperluan seseorang insan untuk berada di sisi keluarga. Sejak penularan wabak ini, para petugas baris hadapan telah mencurah keringat mereka demi kesejahteraan kita semua. Kebanyakan mereka tidak berpeluang untuk melihat ahli keluarga dan insan tersayang sejak berminggu-minggu lamanya. Untuk menunjukkan penghargaan kami kepada petugas baris hadapan yang berjiwa luhur ini, kami ingin mencipta sesuatu yang bermakna untuk mengukir senyuman di wajah mereka. Justeru, peluang untuk bersua dengan ahli keluarga dan Siti Nordiana pasti dapat menunaikan hasrat ini. Kami berharap para petugas baris hadapan yang terpilih menikmati kejutan yang kami telah rancang untuk mereka,” ujar Santharuban T. Sundaram, Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Perniagaan Alternatif di Etika Sdn Bhd.

Untuk memilih petugas-petugas baris hadapan bagi kempen ‘Loves Your Guts’, Calpis telah mencetuskan perbualan di media sosial, dengan meminta para pelanggan dan peminat untuk menyenaraikan wira dan wirawati tidak didendang yang berhak dihadiahkan dengan sesuatu yang istimewa sempena musim perayaan ini!

Permintaan berkenaan telah mendapat sambutan meluas daripada warga umum yang telah bertindak untuk mengetag petugas-petugas baris hadapan dari pelbagai latar belakang termasuk penunggang servis penghantaran, operator F&B dan sukarelawan am, malah senarai berkenaan masih tidak terputus dengan nama-nama baharu. Pada masa yang sama, Calpis telah menerajui inisiatif ini dengan mengaturkan sesi persuaan virtual, lantas menyerikan hari petugas baris hadapan dan keluarga mereka. Kempen berkenaan disimpulkan dengan sebuah video yang menggamit detik-detik sesi persuaan ini, bakal di muat naik di laman media sosial jenama Calpis – sebagai peringatan bahawa kehidupan kita masih dapat disinari dengan sikap positif dan kebaikan, walaupun ketika berhadapan dengan krisis.

Nantikan video kempen ‘Loves your Guts’ oleh Calpis yang merangkumkan detik-detik menyentuh hati bersama wira dan wirawati negara yang tidak didendang, keluarga mereka serta Siti Nordiana di laman Facebook Calpis Malaysia, yang akan dimuat naik pada minggu pertama bulan Jun.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Calpis, sila layari laman Facebook Calpis Malaysia di https://www.facebook.com/CalpisMalaysia/.

https://www.facebook.com/OfficialSitiNordiana/videos/vb.214275685738/628531424404544
© 2023 BlackButterfly DesignArts