Meraikan Sinar Hari Raya Aidilfitri Yang Terindah di IOI Malls

Dengan persembahan yang hebat, bengkel kanak-kanak, pemberian hadiah dan banyak lagi, semuanya berlangsung di IOI City Mall, IOI Mall Puchong dan IOI Mall Kulai 

Kuala Lumpur, 13 April 2023 – Sambutan Hari Raya Aidilfitri di IOI Malls tahun ini sudah pastinya berseri dan bersinar dengan pelbagai aktiviti, pemberian hadiah, persembahan serta hidangan percuma untuk seisi keluarga dari sekarang sehingga 1 Mei 2023! IOI Malls mengalu-alukan kedatangan anda untuk memeriahkan lagi musim perayaan dengan Eid Bersinar di IOI City Mall di Putrajaya dan IOI Mall di Kulai, serta Kilauan Raya di IOI Mall Puchong, untuk sambutan hari raya yang tiada seumpamanya!

“Kami berusaha sedaya upaya untuk menjadikan sambutan raya di ketiga-tiga IOI Malls yang paling meriah setakat ini. Kami telah menyediakan pelbagai aktiviti sambutan yang lengkap dengan elemen tradisional dan moden untuk menyerikan perayaan ini, kerana ini adalah satu perayaan yang penting di Malaysia dan kami mahu menjadikannya satu pengalaman yang  menyeronokkan dan menarik untuk dinikmati oleh semua,” kata Chris Chong, Ketua Peruncitan, IOI Properties Group Berhad.

IOI City Mall, Putrajaya

Di IOI City Mall di Putrajaya, para pengunjung bakal disajikan dengan pelbagai aktiviti hiburan yang diadakan pada setiap hujung minggu di LG East Court. Para pengunjung dialu-alukan untuk menari bersama di pelbagai persembahan tarian tradisional seperti Tarian Joget, Tarian Lilin, Tarian Kompang, Tarian Etnik Borneo, Tarian Kuda Kepang, Tarian Petani and Tarian Ceracap Inai.

Meraikan Sinar Hari Raya Aidilfitri Yang Terindah di IOI Malls

Ikuti rentak irama Raya Rhythms yang turut menampilkan pelbagai persembahan muzik seperti angklung, dikir rebana dan kompang nusantara. Selain itu, jangan ketinggalan untuk menyaksikan Raya Spectacular yang menampilkan persembahan wayang kulit dan silat tradisional, serta sesi pidato Active Talk.

Sementara itu, anak-anak kecil (dan mereka yang berjiwa muda) dijemput untuk menyerlahkan kreativiti mereka di hari raya ini di IOI City Mall dengan menyertai bengkel istimewa IOI Kids Club yang akan berlangsung pada hujung minggu di L2 East (di hadapan Tiny Button). Saksikan kebolehan mereka dalam menghasilkan seni kraftangan seperti melukis batik, seni tanah liat, membuat wau, menghias kuih raya, seni manik ajaib, membuat suncatcher, melukis beg kanvas dan seni gores.

Peragaan Fesyen Raya yang hangat bakal menjadi tumpuan di LG, East Court pada 15 April 2023, 12 tengah hari hingga 5.30 petang. Saksikan koleksi hari raya dan rekaan eksklusif oleh pereka dan selebriti tempatan seperti BOKITTA, LARNEY, FIZIWOO, SITI KHADIJAH, SOFEAROSE, dan JOVIAN – semuanya dalam satu tempat! Dengan diiringi persembahan dikir rebana dan kampung nusantara, persembahan ini sememangnya tidak harus dilepaskan.

Para pengunjung juga boleh mencuba nasib dengan Gashapon Bonanza – anda hanya perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM100 dalam satu resit untuk mendapat peluang memutar dan memenangi baucar dari kedai-kedai yang mengambil bahagian dengan serta-merta di kaunter di LG, East Court. Kurma percuma yang enak juga disediakan untuk para pengunjung secara percuma di kaunter maklumat yang terletak di West Court dan East Court!

Sekiranya anda merancang untuk berbuka puasa dengan keluarga dan rakan-rakan, kunjungilah ke IOI City Mall Putrajaya kerana di sini terdapat pelbagai pilihan restoran dan kafe yang terkenal seperti Chef Wan, Madam Kwan’s, Christine’s, Congkak, Din by Din Tai Fung dan Kenny Hills. Sebagai alternatif, mereka yang berada berhampiran pusat membeli-belah ini juga boleh memesan makanan melalui IOI SHOPZ dan menikmati penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM20 sahaja.

Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti di IOI City Mall Putrajaya, sila layari https://www.ioicitymall.com.my/.

IOI Mall Puchong

Di IOI Mall Puchong, para pengunjung juga bakal dihiburkan dengan persembahan Rhythms Raya yang meriah di Tingkat Bawah, North Court setiap hujung minggu yang menampilkan persembahan angklung, kuda kepang, sape, caklempong, ceracap inai, gamelan, tarian joget, tarian kompang, tarian lilin, tarian petani, seruling, silat, wayang kulit dan tarian tradisional hari raya.

Meraikan Sinar Hari Raya Aidilfitri Yang Terindah di IOI Malls

Pelbagai bengkel IOI Kids Club akan disediakan berhampiran kaunter maklumat di Tingkat Bawah, Carnival Court untuk para peserta mempelajari kemahiran baharu sempena hari raya, termasuk melukis beg kanvas, bermain congkak, membuat gasing, membuat rantai kunci manik hama, membuat onde-onde, membuat sachet aroma, menghias biskut, membuat seni pasir botol, dan membuat boneka wayang kulit.

Seperti di IOI City Mall, para pengunjung ke IOI Mall Puchong boleh mendapatkan kurma percuma di kaunter maklumat di Carnival Court, sumbangan Awesome Snacks. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web IOI Mall Puchong di https://www.ioimp.com.my/.

IOI Mall Kulai

Di selatan tanah air pula, para pengunjung ke IOI Mall Kulai juga akan disajikan dengan pelbagai aktiviti dan persembahan Aidilfitri di Centre Atrium termasuk persembahan kompang, zapin, kuda kepang dan ghazal, serta pameran seni inai. Bengkel IOI Kids Club juga akan disediakan khas buat anak-anak kecil seperti sesi membuat rantai kunci, kraf masjid dan membuat mahkota. Pada 22 dan 23 April, pemberian kuih raya percuma juga akan diadakan di kaunter maklumat pada pukul 5 petang.

Meraikan Sinar Hari Raya Aidilfitri Yang Terindah di IOI Malls

Sementara itu, sambutan IOI Mall Kulai bakal dilanjutkan ke ruang siber dengan peraduan dalam talian “Stop the Gift”. Untuk maklumat lanjut tentang IOI Mall Kulai sila layari https://www.ioimall.com.my/.

Untuk memeriahkan lagi sambutan hari raya ini, ketiga-tiga pusat beli-belah tersebut juga akan menyediakan pemberian hadiah istimewa seperti sampul duit raya, 1000 mata ganjaran Club IOI, bantal perayaan, periuk seramik dan set kotak makan tengah hari, khusus untuk ahli Club IOI. Dengan kerjasama Bank Standard Chartered, kempen masa terhad ini membolehkan ahli Club IOI untuk menebus hadiah premium apabila mereka berbelanja di mana-mana IOI Malls. Para pengunjung yang bukan ahli Club IOI juga layak untuk menyertai promosi apabila mereka mendaftar di kaunter maklumat di mana-mana IOI Mall.

Jadi, tunggu apa lagi? Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan sambutan hari raya yang tiada seumpamanya di IOI City Mall di Putrajaya, IOI Mall di Kulai, dan IOI Mall Puchong. Sambutan ini akan diadakan sehingga 1 Mei 2023. Jadi, pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyertai pelbagai acara, bengkel, pemberian hadiah dan persembahan yang menarik yang disediakan. Jadikan hari raya ini satu sambutan yang sukar dilupakan dengan mencipta kenangan abadi bersama orang tersayang di IOI Malls.

Pastikan anda memuat turun aplikasi CLUB IOI dan mendaftar sebagai ahli dalam IOI Kids Club sebelum menyertai mana-mana bengkel IOI Kids Club.

© 2023 BlackButterfly DesignArts