Meraikan kekuatan rakyat Malaysia dengan kempen Strong Me, Stronger Us

PETALING JAYA, 19 November 2020 – Dutch Lady baru-baru ini melancarkan kempen terbaru, “Strong Me, Stronger Us”, bagi memberikan mesej jelas mengenai kekuatan dan perpaduan kepada semua rakyat Malaysia. Kisah kempen  baru ini menekankan tentang keyakinan bahawa setiap individu mempunyai potensi untuk menjadi kuat, sama ada dari segi fizikal atau emosi.

Apa yang penting ialah, Dutch Lady sentiasa berusaha untuk meningkatkan tahap kesihatan, kesejahteraan dan keupayaan rakyat Malaysia untuk menjadi lebih baik dengan kebaikan susu yang padat dengan nutrisi. Apabila seseorang itu kuat, mereka boleh memberi inspirasi dan memperkasakan orang lain agar turut sama menjadi kuat.

Ketika negara berdepan dengan cabaran terbesar pandemik COVID-19, Dutch Lady berazam memberi inspirasi kepada masyarakat untuk mengambil bahagian dalam satu usaha yang sangat besar dengan mengiktiraf individu kuat menerusi kempen #DLStrongMeStrongerUs. Ini adalah sebahagian daripada usaha Dutch Lady untuk meningkatkan lagi perpaduan di kalangan masyarakat dengan menggalakkan rakyat Malaysia agar bersatu dan mencari kekuatan diri sendiri dan orang yang berada di sekeliling.

Sempena kempen “Strong Me, Stronger Us” ini, satu siri video akan dilancarkan bagi mengetengahkan kisah-kisah berinspirasi daripada individu yang kuat di Malaysia. Individu tersebut ialah:

  • Dr. Madhu, yang dikenali umum sebagai Doktor Teddy Bear, yang mengendalikan klinik bergerak selepas waktu bekerja bagi menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada komuniti yang kurang bernasib baik, dan
  • Dr Yasmin Rasyid, pengasas EcoKnights, sebuah organisasi yang menyasarkan untuk membantu masyarakat di dalam bidang pembangunan kelestarian. Kisah Dr Yasmin juga dapat memberi inspirasi dan memperkasakan para wanita.

Dutch Lady menggalakkan semua pengguna media sosial agar turut menyertai demi menjayakan kempen ini dengan mengenal pasti dan mencalonkan individu kuat yang pernah mereka temui atau kenali bagi menyatakan penghargaan kepada mereka dengan berkongsi kisah kemanusiaan yang berinspirasi, dan meletakkan tag #DLStrongMeStrongerUs pada kisah tersebut.

Pengarah Urusan Dutch Lady Milk Industries Berhad, Tarang Gupta berkata, “Sebagai sebuah jenama, Dutch Lady sentiasa berbangga kerana dapat memberi nutrisi dan membina keluarga yang kuat selama 57 tahun. Sambil kami memulakan usaha terbaru kami dengan mengadakan kempen media sosial #DLStrongMeStrongerUs yang bertujuan untuk menyatukan semua rakyat Malaysia.”

Kempen #DLStrongMeStrongerUs ini diperkenalkan pada bulan November bersempena pelancaran semula Susu Minuman dan Susu Tepung Keluarga Dutch Lady yang berwajah baru dan dengan penambahbaikan resipi yang memenuhi kriteria Pilihan Lebih Sihat Malaysia. Rangkaian terbaru ini menampilkan produk susu yang padat dengan protein, vitamin, nutrien penting dan lebih banyak kalsium, yang memastikan Dutch Lady dapat meneruskan misinya untuk menjadikan pengguna Malaysia kuat dan sihat.

Sebagaimana yang dinyatakan dengan jelas di dalam dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, misi utama Dutch Lady adalah sangat penting kerana:

  • 21.8% kanak-kanak di bawah umur 5 tahun mengalami masalah bantut dan kekurangan zat makanan, dan
  • 29.8% kanak-kanak berusia 5 hingga 17 tahun  mengalami masalah berat badan berlebihan dan obes (15% mengalami berat badan berlebihan, 14.8% adalah obes).

Kempen terbaru ini adalah berteraskan kepada “piramid songsang”. Tarang berkata mesej di sebalik kempen “Strong Me, Stronger Us” ini dapat dijelaskan oleh struktur berkenaan. “Piramid songsang adalah simbol rantaian kesan kekuatan, kerana apabila anda kuat, masyarakat di sekeliling anda juga akan menjadi lebih kuat. Begitu juga dengan produk kami yang dapat membantu seseorang itu menjadi lebih kuat, orang tersebut akan dapat menguatkan  diri sendiri malahan  masyarakat di sekeliling mereka,” kata beliau.

“Oleh itu, tidak kira sama ada ianya adalah kawan, ahli keluarga atau orang asing yang memerlukan, setiap seorang daripada kita berupaya untuk membantu dan menyokong di antara satu sama lain untuk menjadi lebih baik sebagai individu dan lebih kuat sebagai sebuah unit yang bersatu padu. Selain daripada itu, kempen “Strong Me, Stronger Us” membolehkan kita mengetengahkan beberapa individu kuat di Malaysia dan yang boleh memberikan inspirasi yang hebat. Tetapi apa yang lebih penting ialah ia dapat membantu rakyat Malaysia mengenali adiwira-adiwara perkasa yang ada di kalangan kita setiap hari,” jelas Tarang lagi.

Tarang mengakui bahawa ini adalah masa yang amat mencabar dan khasiat susu memainkan peranan yang penting dalam kehidupan pengguna Dutch Lady di Malaysia. “Kisah kempen“Strong Me, Stronger Us” baru kami secara tepat menunjukkan misi dan keupayaan kami dalam membantu rakyat Malaysia menerusi kebaikan susu, serta menjadi kuat dan maju bersama-sama,” ujar beliau.

Semenjak bulan Ogos, Susu Minuman dan Susu Tepung Keluarga Dutch Lady yang terbaru dan ditambah baik boleh didapati di semua pasar raya utama, dan juga platform e-Dagang.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai bagaimana untuk menyertai kempen #DLStrongMeStrongerUs, sila kunjungi laman Instagram dan Facebook Dutch lady di https://www.instagram.com/dutchladymy dan https://www.facebook.com/dutchladymalaysia untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rangkaian produk Dutch Lady yang telah diperbaharui, sila kunjungi laman sesawang www.dutchlady.com.my.

© 2023 BlackButterfly DesignArts