Sebagai pengimport yang sah, Jenny Bakery Malaysia oleh Pinz mempermudahkan akses rakyat Malaysia kepada biskut lazat ini
Biskut ini merangkumi varian Pure Butter Flower Cookies klasik dan Aroma Coffee Flower Cookies, Pure Chocolate Flower Cookies, Raisin Oat dan Shortbread
Bekas tin edisi terhad baharu yang bertemakan Krismas menyemarakkan lagi musim perayaan
Kuala Lumpur, 6 Januari 2022 – Mengidamkan pencuci mulut yang lazat di musim perayaan ini? Pengimport sah Jenny Bakery Malaysia, Pinz telah menyediakan sesuatu yang istimewa buat anda! Pelancaran kedai butik Jenny Bakery di Bangsar Shopping Centre telah meningkatkan lagi peluang rakyat Malaysia untuk mendapatkan biskut mentega yang terbaik dari Hong Kong ini.
Kini, penggemar biskut di sekitar Lembah Klang dapat menikmati kelazatan biskut yang cair di dalam mulut. Para pengunjung yang hadir ke kedai Jenny Bakery akan disambut oleh hiasan signatur kontemporari Jenny Bakery yang berwarna putih dengan rak-rak yang memaparkan hiasan anak patung beruang yang comel.
“Dengan membawa Jenny Bakery ke Malaysia, kami yakin kami telah membawa masuk jenama yang sungguh digemari ramai, sehingga mereka sanggup menempuh jarak jauh dan beratur berjam-jam untuk mendapatkannya. Kini, biskut yang lembut, lazat, dan cair dalam mulut ini sentiasa tersedia untuk dinikmati oleh semua rakyat Malaysia – tidak kiralah anda mengunjungi kedai kami atau membuat pesanan secara dalam talian. Kami amat teruja kerana dapat membawa kebahagiaan dengan setiap kepingan biskut Jenny Bakery yang menambah selera semua rakyat Malaysia,” kongsi Jovi Wong, Ketua Pegawai Eksekutif Pinz.
Hidangan lazat ini dibuat segar setiap hari di Hong Kong dengan menggunakan ramuan bermutu tinggi dan melalui beberapa proses utama yang dilaksanakan dengan tangan untuk mengekalkan rasa aslinya. Biskut berbentuk bunga signatur Jenny Bakery disusun dalam bentuk bulatan dan disimpan ketat dalam bekas tin kedap udara untuk menjamin kesegarannya. Biskut-biskut tersebut kemudian dihantar terus ke Malaysia bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati biskut Jenny Bakery yang tulen dan segar.
Antara jenis biskut yang ditawarkan oleh Jenny Bakery Malaysia termasuk Pure Butter Flower Cookies klasik dan Aroma Coffee Flower Cookies, Pure Chocolate Flower Cookies, Raisin Oat dan Shortbread. Tawaran lain termasuk Mix Nut Cookies, Macadamia Cocoa Crisp, Cranberries & Macadamia Chewy Nougat Candy, Exotic Pine Nut Coffee Crisp, Crazy Almond Flakes, dan Walnut & Dates Chewy Nougat Candy serta Mocha & Tea Cookies.
Biskut Jenny Bakery diperbuat tanpa bahan pengawet, dengan ramuan bebas GMO tanpa menggunakan bahan berasaskan babi, dan dijual dalam lingkungan RM48 hingga RM179 bergantung pada berat dan jenis biskut. Pembukaan Jenny Bakery diraikan dengan tawaran eksklusif berbentuk diskaun sehingga 25%, hanya eksklusif untuk pembelian di kedai butik Bangsar Shopping Centre.
Semua biskut Jenny Bakery dibungkus dalam tin yang amat comel dan menampilkan anak patung beruang dalam pelbagai gaya, aktiviti dan sebagainya. Reka bentuk pembungkusan tin biskut Jenny Bakery kerap diperbaharui dan kini menjadi lambang asli (disertai kod QR pengesahan yang unik) khususnya terhadap individu yang gemar mengumpul bekas tin yang kini menjadi trend di kalangan pembeli Jenny Bakery.
Pada musim perayaan ini, pelanggan boleh mendapatkan kotak timah edisi terhad istimewa Krismas yang menampilkan sepasang beruang berpakaian Krismas yang sedang menghiasi pokok Krismas. Kotak edisi terhad ini boleh diperolehi dengan setiap pembelian tin biskut signatur, sama ada koleksi klasik atau edisi khas.
“Sebagai pengimport biskut Jenny Bakery yang sah, kami ingin memastikan rakyat Malaysia dapat membeli produk Jenny Bakery yang tulen. Yang pasti, reka bentuk tinnya sangat comel dan berwarna-warni, menarik hati ramai pelanggan untuk datang mencuba biskut-biskut tersebut serta mengumpul bekasnya. Dengan tibanya musim perayaan Krismas, saya percaya biskut dan tin edisi terhad Krismas ini akan mendapat sambutan untuk menjadi pilihan hadiah kepada penggemar biskut,” tambah Jovi.
Jenny Bakery diasaskan pada tahun 2005 di Hong Kong oleh Auntie Jenny yang pada mulanya hanya membuat biskut mentega untuk rakan dan keluarganya sebagai hobi.
Berbekalkan sambutan yang memberangsangkan, beliau membuat keputusan untuk membuka kedai pertamanya di Stanley, Hong Kong dan membungkus biskutnya dalam tin bertemakan beruang teddy, melambangkan kegemarannya untuk mengumpul anak patung beruang. Pada tahun 2020, Jenny Bakery Malaysia oleh Pinz telah membawa biskut lazat ini ke pasaran Malaysia melalui pesanan dalam talian, yang kini juga boleh didapati di kedai butik pertama mereka di Bangsar Shopping Centre.
Untuk maklumat lanjut dan untuk memesan Biskut Jenny Bakery dalam talian, sila layari https://jennybakerymy.com/