Menunggang Dengan Penuh Semangat: Coolblog Dan Komuniti Bikers Memberi Inspirasi Dan Membantu Golongan Yang Memerlukan

Coolblog dan lebih 100 bikers bekerjasama dalam pengembaraan inspirasi untuk meraikan pelancaran siri minuman The Indulgence!

Kuala Lumpur, 15 Mei 2023 – Sempena pelancaran siri minuman terbaharu The Indulgence, Coolblog, jenama pencuci mulut dan minuman yang terkemuka telah berkerjasama dengan lebih 100 orang bikers. Mereka telah menggembara sejauh 143KM merentasi beberapa destinasi yang indah sekitar Semenanjung Malaysia sambil berbakti semula kepada golongan yang memerlukan。

Coolblog adalah sebuah syarikat tempatan yang berdedikasi untuk menghasilkan minuman pencuci mulut selama hampir dua dekad. Ia percaya bahawa hidup lebih bermakna dengan adanya minat yang mendalam dan bahawa seseorang mampu mempunyai gaya unik tersendiri untuk merasakan kegembiraan. Oleh sebab yang demikian, Coolblog telah bekerjasama dengan sekumpulan komuniti bikers yang turut berdedikasi dengan minat mereka untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia dalam menceburi aktiviti yang diminati dengan jiwa yang penuh semangat.

Siri terbaharu The Indulgence oleh Coolblog benar-benar mencerminkan dorongan jenama tersebut untuk menghasilkan minuman berkualiti. Dengan empat pilihan perisa yang pasti menambat selera, setiap minuman disempurnakan dengan campuran sos karamel masin, mousse keju berkrim, dan serbuk biskut Lotus Biscoff yang rangup. Dengan siri terbaharu yang melazatkan lagi memuaskan ini, anda pasti menemui pilihan kegemaran anda dengan empat jenis perisa yang terdiri daripada Cookies & Cream Indulgence, Triple Coffee Indulgence, Lattecino Indulgence, dan Choctiramisu Indulgence. Keenakan product The Indulgence turut memberikan rasa kemewahan dan keenakan perisa yang dapat dirasai dalam setiap ciptaan Coolblog.

Coolblog Dan Komuniti Bikers Memberi Inspirasi Dan Membantu Golongan Yang Memerlukan

Coolblog dan komuniti bikers juga telah berganding bahu untuk tujuan amal demi membantu kanak-kanak yang memerlukan dengan menggalakkan mereka untuk mengejar minat tersendiri dan membuat perubahan dalam komuniti masing-masing. Coolblog menyumbang RM100 kepada Teach For Malaysia, Yayasan Munarah dan Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Harapan bagi setiap bikers yang menyertai perjalanan dari R&R Awan Besar KESAS ke Aeon Bandaraya Melaka.

Tunku Ali Redhauddin, Pengerusi Coolblog Malaysia, menyatakan bahawa teras jenama tempatan itu adalah semangat mereka yang jauh melangkaui kejayaan dalam perniagaan.

“Kami bersyukur atas peluang yang diberikan untuk menyokong organisasi yang bertekad untuk meningkatkan kehidupan golongan yang kurang bernasib baik. Komitmen kami untuk menyumbang secara positif kepada masyarakat, digabungkan dengan semangat kami dalam segala usaha yang kami lakukan mendorong kami untuk terus membantu masyarakat untuk menyedari potensi mereka dan mengejar impian dalam hidup.”

Komitmen Coolblog kekal kukuh untuk memeriahkan kehidupan rakyat Malaysia dengan menawarkan produk berkualiti dengan harga yang berpatutan demi menaikkan semangat rakyat Malaysia. Coolblog juga berharap untuk terus memberi inspirasi kepada rakyat negara dalam perjalanan hidup masing-masing.

Siri terbaharu The Indulgence oleh Coolblog
Siri terbaharu The Indulgence oleh Coolblog

Untuk maklumat lanjut mengenai Coolblog dan siri The Indulgence, sila layari:

Laman Web: https://www.coolblog.com.my/ 

Facebook: Coolblog.my

Instagram: CoolblogMalaysia

TikTok: coolblogmalaysia

Twitter: CoolblogMY

© 2023 BlackButterfly DesignArts