Pameran gah yang menampilkan lebih 60 gambar memukau yang memfokuskan pada seni teknik penyamaran alam semula jadi
Pameran fotografi hidupan liar ‘Masters of Disguise’ akan diadakan di GMBB dari 2 Julai 2022 hingga 15 Januari 2023 dan kemasukan adalah percuma
Kuala Lumpur, 5 Julai 2022 – Ahli biologi dan jurugambar Chien C. Lee melancarkan pameran fotografi hidupan liar kedua di pusat beli-belah komuniti kreatif Malaysia, GMBB. Dinamakan “Masters of Disguise”, pameran fotografi hidupan liar itu mempaparkan gambar-gambar memukau yang memfokuskan pada seni teknik penyamaran alam semula jadi. Pameran pertama Chien, “Borneo’s Tree of Life” yang memberi impak, dianggap sebagai satu kejayaan yang memberangsangkan, memikat hati dan minda ribuan pengunjung semasa paparannya di GMBB.
Lim Ying Xian, kurator GMBB, berkata, “Adalah satu penghormatan bagi GMBB untuk mempamerkan kerja Chien selama 15 tahun menemui spesies flora dan fauna yang baharu dan juga yang pupus melalui pameran “Borneo’s Tree of Life”. Dan kami berbangga untuk sekali lagi menyokong karya bermakna jurugambar terkenal di peringkat antarabangsa ini yang telah bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk meningkatkan kesedaran tentang hutan hujan tropika kita dengan menanamkan rasa kagum dan penghargaan terhadap alam semula jadi. “Masters of Disguise” ialah pameran solo kelima Chien dalam tempoh 5 tahun yang lalu dan kali ini ia merupakan pameran pertama memfokuskan secara khusus pada alam penyamaran yang menakjubkan. Ia akan memaparkan beberapa pertemuan Chien yang paling diingati menjelajah hutan hujan tropika merentasi empat benua sejak 25 tahun lalu – dengan banyak spesies berasal dari Malaysia, yang dijumpai di Sabah dan Sarawak. Pameran ini akan dipamerkan di Darkroom Gallery, GMBB mulai 2 Julai 2022 hingga 15 Januari 2023. Kemasukan adalah percuma dan pelawat dialu-alukan untuk walk-in atau membuat tempahan awal bagi lawatan berpandu percuma pada hujung minggu.”
Menghuraikan tentang “Masters of Disguise”, Chien Lee berkata, “Daripada pelbagai jenis penyamaran, alam semula jadi adalah penyamar yang terbaik. Di planet ini, banyak organisma menggunakan teknik penyamaran untuk melindungi diri mereka daripada ancaman bagi meneruskan kehidupan. Adaptasi yang luar biasa ini merupakan kurniaan alam semula jadi yang cukup indah dan amatlah terperinci dan kadang kala boleh dikaitkan dengan alam sains fiksyen. Saya telah meneroka alam semula jadi yang unik ini dengan tujuan untuk mendokumentasikannya melalui gambar. Beberapa pertemuan yang paling diingati ialah yang telah membuatkan saya melihat dua kali dan kadang-kadang lebih, sebelum menyedari ia merupakan suatu penyamaran yang cukup menakjubkan. Ulang kali saya ditipu oleh penyamaran alam semula jadi dan ia merupakan satu penghormatan kerana ia menunjukan betapa hebatnya keindahan alam dan ini adalah satu salah caranya bagi seseorang dapat berinteraksi dengan alam semula jadi.”
Chien menambah, “Walaupun sesetengah spesis kelihatan memukau, keajaiban sebenar “Master of Disguise” adalah lebih mendalam bukan hanya sekadar apa yang dapat dilihat oleh mata kasar. Setiap kali kami cuba memahami lebih lanjut tentang penyamaran dan ketelitiannya secara tidak langsung kami mendapat pemahaman yang lebih mendalam berkait dengan peranan sensory perception, evolusi biologi dan hubung kait kehidupan .”
Pengunjung “Masters of Disguise” akan disambut dengan pengalaman interaktif yang baharu dan mengasyikkan dengan lebih daripada 60 gambar yang mempamerkan seni teknik penyamaran alam semula jadi. Karya-karya ini disertakan dengan kisah-kisah menarik di sebalik setiap foto, dengan bunyi dari hutan tropika yang dirakam oleh Chien sendiri beserta bauan kayu hutan oleh ahli komuniti GMBB iaitu minyak wangi OLFAC3 Perfumes dan ciri interaktif yang akan memberikan konteks lanjut mengenai pelbagai organisma yang menyamar. Chien Lee telah bekerja di California sebagai pendidik alam sekitar sebelum berpindah ke Sarawak pada tahun 1996, dan setelah jatuh hati dengan hutan tropika Borneo, beliau telah menetap di Kuching sejak itu. Terlibat sebagai jurugambar hidupan liar profesional sejak 2003, beliau kini mengembara ke seluruh Asia Tenggara untuk mendokumentasikan kepelbagaian biodiversiti yang menakjubkan dan terancam di rantau ini melalui imej dan menganggap fotografi sebagai cara terbaik untuk menyampaikan pemahaman dan penghargaan kepada alam semula jadi.
“Setelah bekerja dengan ramai artis dan pereka seni dari pelbagai disiplin dan latar belakang, kami sentiasa didorong oleh semangat mereka yang tidak berbelah bahagi untuk mencari rezeki yang bermakna daripada bakat mereka. Industri seni kreatif dan budaya di Malaysia sememangnya patut mendapat lebih banyak kesedaran daripada orang ramai. Dan melalui peruncitan artisan terpilih kami, bengkel dan acara yang kami anjurkan, GMBB berharap dapat merapatkan jurang antara kreatif tempatan, artis dan orang ramai. GMBB juga berfungsi sebagai ruang di mana sesiapa sahaja boleh berkumpul untuk berkongsi, mengalami, belajar dan mencari pengalaman. Pada dasarnya, kami bercita-cita untuk membawa masyarakat melibatkan diri lebih dan melakukan #MoreTogether”, tambah Lim.
Pameran fotografi hidupan liar “Masters of Disguise” akan diadakan di GMBB yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur dan kini dibuka kepada orang ramai setiap hari dari jam 11 pagi hingga 6 petang. Kemasukan adalah percuma.
Aktiviti lain yang sedang berlangsung di pusat beli-belah kreatif itu termasuk festival buku kanak-kanak yang berlangsung selama sebulan yang dipanggil Stories + Art = Picture Book. Terdapat juga beberapa pameran lain yang menampilkan kolektif seni, pameran seni solo, wayang kulit dan juga mengenai seni dan budaya orang asli. Tidak lupa juga kepada kelas rollerblading mingguan, kelas seni biasa dan kelas gendang Cina.
Untuk maklumat lanjut tentang GMBB dan pameran “Masters of Disguise” atau maklumat terbaru tentang kami, sila ikuti kami di Facebook di www.facebook.com/gmbbkl/ atau Instagram di www.instagram.com/gmbb.kl/