Meningkatkan Skim Insurans Untuk Semua Rakan Penghantaran foodpanda

Malaysia, 11 Jun, 2021 – Sebagai tanda komitmen yang berterusan terhadap kesihatan, keselamatan, dan kesejahteraan kesemua penghantarnya, hari ini foodpanda Malaysia bersama  PolicyStreet mengumumkan skim insurans baharu dan lebih baik yang menawarkan perlindungan berganda kepada rakan penghantaran sekiranya berlaku keadaan di luar jangkaan.

Bekerjasama sekali lagi dengan PolicyStreet, sebuah syarikat insurans teknologi terkemuka, skim insurans yang baharu diperkenalkan ini dikhususkan untuk membolehkan kesemua penghantar aktif dilindungi secara automatik dan ia adalah percuma. Kaedah bayar dahulu dan tuntut kemudian ini akan memberi perlindungan kepada penghantar sepanjang tempoh waktu bekerja mereka dan ini dinaik taraf daripada pelan perlindungan insurans sebelumnya.

Meningkatkan Skim Insurans Untuk Semua Rakan Penghantaran foodpanda

Sayantan Das, Pengarah Urusan, foodpanda, berkata, kesemua penghantar adalah tulang belakang syarikat dan mereka berhak mendapat perlindungan terbaik untuk semua pengorbanan yang mereka lakukan setiap hari dalam memberikan kegembiraan kepada masyarakat dan negara di saat mereka bergantung kepadanya.

“Foodpanda selalu mencari cara dan peluang baharu bagi memastikan kesihatan, keselamatan, dan kesejahteraan kesemua penghantar dijaga dengan baik. Penghantar-penghantar kami sentiasa berhadapan dengan keadaan cuaca dan jalan raya yang tidak dapat dijangkakan, oleh itu kami ingin mengingatkan mereka bahawa mereka adalah keutamaan kami dan kami komited untuk menyediakan mereka skim insurans terbaik agar mereka dapat bekerja dalam keadaan yang tenang,” katanya dan memberitahu syarikat sentiasa memberi penekanan kepada persekitaran yang selamat dan terjamin.

“Kami bersyukur dapat bekerjasama dengan PolicyStreet dan kami yakin proses dan prosedur yang boleh dipercayai sekiranya berlaku masalah ketika tuntutan dibuat. Kami bersama-sama memastikan keselamatan dan  perjalanan yang selamat untuk semua, ” tambah Sayantan.

Tuntutan sehingga RM100,000 boleh dibuat sekiranya berlaku kematian atau hilang keupayaan kekal. Selain itu, penghantar juga boleh menuntut sehingga RM2,500 untuk sebarang kos perubatan dan hospital sebanyak RM40 sehari selama 30 hari, maksimum.

Mengulas mengenai pelan insurans yang diberi penambahbaikan ini, Yen Ming, Ketua Pegawai Eksekutif PolicyStreet berkata, “Kami sangat gembira dan berbesar hati untuk menjadi rakan insurans rasmi untuk foodpanda Malaysia dan berharap dapat memberikan pelan insurans terbaharu ini kepada semua penunggang mereka . Kami berusaha untuk terus berinovasi dan mengatur polisi insurans yang memberikan perlindungan terbaik mutlak untuk foodpanda dan kesemua penghantarnya. “

Untuk memastikan proses tuntutan berjalan lancar, penghantar dinasihatkan memiliki semua dokumen yang berkaitan dan diperlukan untuk tuntutan insurans. Beberapa dokumen yang diperlukan termasuk rekod perubatan dan resit rasmi serta laporan polis dan salinan kad pengenalan penghantar untuk tujuan pengenalan diri.

Selain itu, penghantar foodpanda juga layak mendapat skim insurans khas untuk COVID-19. Tuntutan sehingga RM300 boleh dibuat bagi mereka yang perlu menjalani kuarantin dan hingga RM5,000 sekiranya berlaku kematian mengejut. Bersama-sama kita semua #RideSafePandas. Untuk maklumat lanjut mengenai skim insurans baharu ini atau prosedur tuntutan, sila kunjungi laman sesawang https://www.pandariders.my/skema-insurans-foodpanda

© 2023 BlackButterfly DesignArts