Pelbagai jenis daging premium pra masak sejuk beku yang sedia untuk dibakar dan dinikmati oleh seluruh lapisan masyarakat
Kuala Lumpur, 13 September 2021 – Perhatian penggemar-penggemar daging tanah air! Syarikat milik bumiputera Just Sear membawa sesuatu yang baru dalam pasaran daging premium tempatan dengan mengeluarkan produk pra masak berasaskan daging seperti stik, tomahawk, short ribs, briskets dan lain lain, dan sedia untuk dibakar pada harga yang berpatutan.
“Visi kami adalah untuk mengeluarkan produk makan premium berasaskan daging yang mudah dan cepat untuk disediakan, dan pada harga yang mampu milik supaya lebih ramai peminat daging dapat menikmatinya,” menurut Saheran, pengasas Just Sear.
“Daging stik premium seperti Tomahawk, Angus Short Ribs, Wagyu Australia, Wagyu Jepun A5, stik Dry Aged tidak sepatutnya eksklusif hanya untuk restoran-restoran mahal.” Tambah Saheran lagi, “Dengan memudahkan cara penyediaan, dan menjual produk kami pada harga yang setimpal dengan kualiti, kami berjaya meluaskan pasaran kami kepada mereka yang dahulunya tidak berani mencuba daging premium disebabkan harga ataupun takut kerana tidak pandai memasak daging premium.”
Bagaimana Just Sear dapat menjual daging premium pada harga yang berpatutan? “Pertama, kami membeli terus dari pengimport dan menjual terus kepada pelanggan di atas talian tanpa menggunakan ejen ataupun penjual semula (reseller). Dengan cara ini, kami dapat mengurangkan kos dan penjimatan ini kami kongsikan bersama pelanggan. Kedua, kami bekerjasama dengan pengimport dan pemilik ladang di Australia dan membuat kontrak membeli daging secara pukal. Dengan memberikan komitmen kepada pengimport dan pemilik ladang di Australia, kami mempunyai kelebihan untuk mendapat harga yang lebih rendah. Ketiga, kami memudahkan cara penyediaan supaya pelanggan tidak bergantung kepada chef di restoran untuk menyempurnakan masakan stik. Dengan mengikut cara penyediaan yang mudah dan cepat seperti yang kami syorkan, pelanggan boleh menikmati stik yang berkualiti sama seperti di restoran terkemuka tetapi pada harga yang jauh lebih murah.
“Berasaskan latar belakang kejuruteraan, kami banyak bereksperimentasi dengan teknologi kulinari, termasuklah teknologi dari Eropah, untuk menyempurnakan cara masakan daging pra masak. Kami juga banyak bereksperimentasi dengan pelbagai cara penyediaan daging, supaya pelanggan dapat memasak daging premium kami dengan mudah dan cepat. Pelanggan yang membeli daging premium kami cuma perlu nyahbekukan dan panggang daging tersebut selama 2 minit dengan menggunakan kuali, grill, ketuhar, air fryer ataupun pencucuh api (torch).”
Just Sear mula beroperasi pada bulan Ogos 2019 dari rumah dan kemudian berpindah ke Dapur Utama yang pertama pada bulan Mac 2020 di Pandan Indah. Kini Dapur Utama Just Sear bertempat di M Suites, Jalan Ampang yang sudah mula beroperasi sejak bulan September 2021.
Pada awal tahun ini, Just Sear telah melancarkan produk terbaru mereka, iaitu Wellington yang sedia untuk dibakar.
Apakah itu Wellington?
“Wellington pertama kali dibuat ketika menyambut kemenangan Duke of Wellington, Arthur Wellesley, dalam peperangan Waterloo pada tanggal 18 Jun, 1815. Karakter ikon seperti Duke of Wellington perlu diabadikan, makan juadah daging yang di salut dengan pastri ini dinamakan mengikut beliau.
Chef tersohor, Gordon Ramsay adalah penggemar tegar Wellington daging. Menurut beliau, Wellington daging adalah antara makanan yang paling diingini dan ia adalah hidangan popular di restoran beliau di serata dunia.” (sumber: www.gordonramsarrestaurants.com)
Menurut Saheran, “Saya adalah peminat setia rancangan Hell’s Kitchen oleh Gordon Ramsay, dan Wellington daging adalah menu terunggul yang dihidang di dalam rancangan tersebut. Saya memang kagum melihat reaksi mereka yang mencuba Wellington daging ini dan saya pasti ini adalah satu hidangan yang luar biasa.”
“Setelah merasa sendiri kehebatan Wellington daging ini di salah sebuah restoran Gordon Ramsay, saya berpendapat bahawa lebih ramai orang patut merasa makanan ikonik seperti ini. Gabungan daging yang empuk dan ‘juicy’ yang disapu dengan ‘mustard’, disaluti dengan ‘duxelle’ (cendawan yang dikisar dan dimasak sehingga kering), dibalut dengan hirisan daging, dan digabungkan dengan rasa dan tekstur pastri memberikan kombinasi yang unik dan tidak ada pada hidangan lain.”
Selain dari stik dan Wellington, Just Sear juga ada mengeluarkan produk makanan tradisional Malaysia berasaskan daging premium seperti Rendang Wagyu, Popiah Wagyu, Satay Wagyu dan Samosa Wagyu. “Kami sentiasa mencari dan mencuba pelbagai jenis produk daging premium atau eksotik untuk diperkenalkan kepada seluruh lapisan masyarakat di Malaysia”
Produk-produk Just Sear boleh didapati di sesawang https://www.justsear.com/ atau layari Instagram @Just.Sear untuk informasi terkini.