Menerokai ASEAN: DE-CIX dan Chief Telecom memeterai kerjasama strategik

  • Chief Telecom memperhebat rangkaian dalam talian di Singapura
  • Akses kepada ekosistem saling sambungan DE-CIX Asia Tenggara dan rangkai padan jarak jauh dengan DE-CIX Frankfurt
Menerokai ASEAN: DE-CIX dan Chief Telecom memeterai kerjasama strategik

Malaysia, 10 Julai 2024 – DE-CIX, pengendali Internet Exchange (IX) terkemuka dunia, dan Chief Telecom, pusat data terkemuka dan pengendali IX di Asia Timur, menandatangani Surat Hasrat untuk menjalinkan kerjasama strategik. Bermula Jun 2024, pelanggan Chief Telecom boleh menikmati manfaat daripada ekosistem neutral dan global DE-CIX yang menawarkan perkhidmatan rangkai padan (peering), teknologi awan dan perkhidmatan saling sambungan lain. Perjanjian itu membolehkan Chief Telecom menghubungkan pelanggannya ke Singapura untuk mengakses platform saling sambungan teragih (distributed interconnection platform) DE-CIX ASEAN dan menikmati keupayaan rangkai padan jarak jauh (remote peering) dengan DE-CIX Frankfurt, Internet Exchange di Eropah dan antara yang terbesar di dunia. Pelanggan Chief Telecom akan mendapat manfaat daripada perkhidmatan perniagaan DE-CIX, termasuk Perkhidmatan Microsoft Azure Peering Service (MAPS) DE-CIX untuk sambungan yang khusus dan selamat kepada teknologi awan Microsoft 365, sambungan teknologi awan kepada penyedia perkhidmatan awan utama atau sambungan awan ke awan melalui DE-CIX Cloud ROUTER untuk sambungan antara awan.

Kerjasama yang terjalin menjadi kerangka untuk syarikat dan masyarakat

Rangkaian yang saling terhubung membantu mengurangkan tempoh kependaman dan meningkatkan prestasi kandungan dan aplikasi digital. Justeru, pelanggan Chief Telecom akan dapat memanfaatkan kelebihan ini untuk menyokong hubungan ekonomi mereka dengan Singapura, Asia Selatan dan Asia Tenggara. “Kerjasama baharu ini menjadi gerbang masuk ke rantau ASEAN dan ia membolehkan rangkaian Chief Telecom untuk saling berhubung terus dengan rangkaian di Asia Tenggara,” kata Ketua Program Rakan Niaga Global DE-CIX, Mareike Jacobshagen. “Kami memacu pendigitalan di pelbagai wilayah di seluruh dunia bersama-sama dengan rakan kongsi seperti Chief Telecom dengan membentuk infrastruktur yang diperlukan oleh ekonomi dan masyarakat digital hari ini untuk berkembang makmur.”

Pengerusi Chief Telecom, Joseph Wu, optimis dengan kerjasama strategik yang terbentuk antara DE-CIX dan Chief Telecom. DE-CIX bukan sahaja menghubungkan ribuan pusat data di Eropah, Timur Tengah, Amerika Utara, Asia dan Afrika, tetapi, ia juga mengendalikan lebih daripada 50 Internet and Cloud Exchanges di seluruh dunia. Ia salah satu daripada pengendali Internet Exchange komersil utama di dunia. Chief Telecom dan DE-CIX akan memanfaatkan kekuatan bersama mereka untuk mempromosikan teknologi yang lebih komprehensif di Eropah dan Asia pada masa hadapan. Oleh itu, pelanggan dan peserta khidmat rangkai padan kedua-dua pihak akan mendapat manfaat daripada perkhidmatan Internet yang berkualiti tinggi.

Platform saling sambungan teragih DE-CIX ASEAN menghubungkan pasaran di Asia Tenggara dan menggalakkan jaringan data secara terus, kependaman yang lebih rendah dan akses kepada teknologi berasaskan awan di seluruh rantau ini. Ekosistem DE-CIX ASEAN kini merangkumi tujuh pasaran metro utama: Jakarta, Singapura, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Brunei dan Manila. Pelanggan di mana-mana IX ini boleh bertukar-tukar trafik Internet dengan rangkaian IX lain di rantau ini menerusi sambungan yang lancar, perkhidmatan saling sambungan berkualiti tinggi untuk keperluan perniagaan kecil dan besar, dan kaedah yang paling menjimatkan kos untuk merangkai padan di seluruh Tenggara Asia.

© 2024 BlackButterfly DesignArts