Malaysia, 8 April 2024 – Saudia, syarikat penerbangan nasional Kerajaan Arab Saudi, teruja untuk berada di barisan hadapan dalam pengalaman perjalanan transformasi yang menggabungkan nilai kemewahan yang tiada tandingan dengan harga mampu milik yang luar biasa. Sebagai syarikat penerbangan pilihan untuk pengembara arif yang menuju bukan sahaja ke Arab Saudi tetapi ke destinasi di seluruh dunia, Saudia meningkatkan strategi dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan unggul, kemudahan moden dan tawaran promosi eksklusif yang menetapkan piawaian baharu dalam industri penerbangan.
Keselesaan Kabin Bertaraf Dunia dan Hiburan Terkini
Tonggak utama dalam misi Saudia untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang adalah armada canggih milik mereka, yang menawarkan kabin mewah bagi semua peringkat kelas. Daripada keselesaan kabin Tetamu dan Kelas Perniagaan kepada kemewahan terulung Suite Kelas Pertama Saudia, para penumpang diselubungi dalam dunia keselesaan dan keanggunan dari saat mereka menaiki pesawat. Menampilkan tempat duduk “Pergerakan Bersendi” yang bersifat revolusi, Saudia menyampaikan visinya tentang keselesaan yang tiada tandingan untuk para penumpang yang dikasihi, sekali gus menawarkan ruang santai peribadi. Dengan lebih 40 saluran video atas permintaan, hiburan dalam penerbangan disesuaikan untuk memenuhi cita rasa yang pelbagai, menjamin hiburan untuk semua peringkat umur dan keutamaan.
Memenangi Anugerah Untuk Layanan Mesra dan Perkhidmatan Tersuai
Saudia meningkatkan pengalaman menjamu selera dalam penerbangan dengan layanan mesra dan perkhidmatan peribadi yang memenangi anugerah. Penumpang di Suite Kelas Pertama dan Kelas Perniagaan Saudia boleh menikmati hidangan gourmet pada masa lapang melalui perkhidmatan “Santapan Atas Permintaan” yang inovatif, memastikan setiap pengalaman menjamu selera seunik rasa hidangan. Perkhidmatan eksklusif “Chef OnBoard” mengubah makanan menjadi karya kulinari, serta disediakan dengan teliti dengan penuh kesempurnaan.
Ayuh ikut serta dalam perjalanan kulinari yang unik di Kelas Perniagaan Saudia, iaitu perjalanan rasa dimulakan dengan hidangan kopi dan kurma Arab tradisional, mengalu-alukan penumpang dengan layanan mesra orang Arab. Menu Kelas Perniagaan menawarkan aneka juadah pilihan, menggabungkan masakan Arab, Barat, berinspirasikan destinasi dan vegetarian ke dalam aneka menu yang bermula dengan hidangan pembuka selera dan sup yang memuaskan selera anda.
Setiap hidangan adalah bukti kecemerlangan masakan, yang dihasilkan oleh chef atas pesawat yang diperoleh daripada pertubuhan berprestij. Perkhidmatan “Santapan Atas Permintaan” melengkapi tawaran ini dengan membenarkan penumpang menyesuaikan pengalaman menjamu selera mereka mengikut citarasa dan masa mereka sendiri, menampilkan aneka juadah daripada menu set lengkap hingga snek yang menyelerakan, kesemuanya disediakan oleh chef yang berdedikasi.
Promosi Eksklusif untuk Pengembara Global
Menyedari kepentingan harga mampu milik tanpa menjejaskan nilai kemewahan, Saudia berbesar hati untuk memperkenalkan promosi eksklusif yang menjadikan perjalanan global lebih mudah diakses. Tawaran ini menekankan komitmen Saudia untuk menyampaikan nilai berserta pengalaman perjalanan premium ke destinasi di seluruh dunia.
Pemegang Kad Kredit SAB dijemput untuk merebut tawaran ansuran 0% Saudia bagi tempahan tiket dalam talian. Melalui SABNET, para pelanggan boleh mengikut serta dalam program ansuran AQSAT 48 jam selepas pembelian, memilih antara 3, 6, atau 12 bulan untuk ansuran bagi tiket bernilai SAR 1,000 atau lebih. Harap maklum bahawa Saudia tidak bertanggungjawab terhadap isu yang timbul daripada program AQSAT. Peluang ini dibuka sehingga 20 Julai 2024.
Selain itu, Pemegang Kad Kredit SNB boleh menikmati pelan ansuran 0% untuk tempahan dalam talian mereka dengan Saudia. Dengan menggunakan saluran digital SNB, pelanggan boleh mengakses pelan pembayaran pintar, membenarkan pembayaran ansuran selama 3 atau 6 bulan tanpa sebarang kos tersembunyi. Seperti tawaran SAB, Saudia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komplikasi yang berkaitan dengan pelan pembayaran pintar SNB. Pengembara perlu menempah sebelum 24 Oktober 2024, untuk mendapatkan tawaran eksklusif ini.
Saudia berada di barisan hadapan dalam mengubah pengalaman perjalanan dengan menyediakan gabungan unik kemewahan dan kemampuan yang memenuhi keperluan destinasi global. Dengan kemudahan canggih dan tawaran eksklusif, Saudia berbangga menjadi syarikat penerbangan pilihan untuk pelancong yang mengutamakan keselesaan, kemudahan dan nilai cemerlang semasa pengembaraan mereka ke seluruh dunia.
Naiki pesawat Saudia dan terokai dunia yang menggabungkan kemewahan dan kemampuan. Tempah perjalanan anda yang seterusnya dengan Saudia hari ini dan alami era baharu pengembaraan ke destinasi di seluruh dunia.