Melangkah Lebih 2 Juta Batu ke Arah Jantung Lebih Sihat

Kempen Tahunan NESTLÉ OMEGA PLUS sekali lagi menggerakkan rakyat Malaysia sempena Hari Jantung Sedunia

Kuala Lumpur, 23 Oktober – Baru-baru ini, Walk A Million Miles (WAMM) ke-4 anjuran NESTLÉ OMEGA PLUS telah menutup tirai dengan jayanya. Acara kali ini menyaksikan penyertaan terbesar dalam sejarah penganjurannya, dengan 30,000 rakyat Malaysia bersama-sama menyokong usaha untuk meningkatkan kesedaran tentang risiko berkaitan kolesterol tinggi, serta membudayakan kesihatan jantung. Tema tahun ini “Langkah Bersama, Jantung Dijaga”, berjaya menyatukan para peserta untuk mencapai 2,091,044 batu secara terkumpul pada bulan September, sempena dengan Hari Jantung Sedunia.

Kejayaan WAMM 2023 mencerminkan peningkatan kesedaran rakyat Malaysia terhadap soal kesihatan, dan kesungguhan mereka untuk membantu dalam penyumbangan derma sebanyak RM100,000 bagi menyokong usaha diterajui oleh Yayasan Jantung Malaysia (YJM) serta Yayasan Institut Jantung Negara (IJN) dalam mendidik dan menyokong rakyat Malaysia. Pada majlis penutupan untuk meraikan acara berjalan kaki itu dan menunaikan janji NESTLÉ, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, Juan Aranols, telah menyerahkan cek-cek kepada kedua-dua organisasi itu.

“NESTLÉ OMEGA PLUS telah sekian lama menjadi peneraju dalam kesihatan serta nutrisi, dan penyertaan secara besar-besaran dalam WAMM tahun ini membuktikan semakin ramai rakyat Malaysia peka akan risiko kolesterol tinggi, dan bagaimana ia boleh memberi kesan negatif kepada kehidupan. Sebagai penyokong kesihatan jantung melalui pemakanan baik dan gaya hidup aktif, kami sekali lagi berbangga kerana dapat membantu usaha-usaha YJM dan Yayasan IJN dari segi kewangan,” kata Juan Aranols.

Dalam empat edisi WAMM yang lalu, NESTLÉ OMEGA PLUS telah menyalurkan sokongan kepada YJM dan yayasan IJN, kerana kedua-dua organisasi itu sentiasa memerah keringat untuk mendidik rakyat Malaysia tentang risiko penyakit jantung, dan mengumpul dana bagi membantu pesakit jantung yang miskin, memerlukan dan berkelayakan.

Melangkah Lebih 2 Juta Batu ke Arah Jantung Lebih Sihat
Melangkah Lebih 2 Juta Batu ke Arah Jantung Lebih Sihat

“WAMM menggalakkan ramai rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup lebih sihat dan menjaga kesihatan jantung mereka dengan lebih baik,” kata YBhg Tan Sri Dato’ Kamaruzzaman bin Shariff, Naib Presiden of YJM. “Jumlah penghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) khususnya penyakit jantung, adalah membimbangkan. Meningkatkan kesedaran dan mengubah persepsi adalah satu proses berterusan yang diperlukan untuk membina Malaysia yang lebih sihat. Usaha NESTLÉ mempunyai impak besar dalam melengkapkan YJM, selari dengan dedikasi kami untuk mendidik orang ramai tentang penyakit jantung dan koronari,” tambahnya.

Pengerusi Yayasan IJN, Toh Puan Dato’ Seri Hajjah Dr. Aishah Ong, turut berkongsi sentimen sama. Kata beliau, dia berbesar hati untuk menyaksikan begitu ramai rakyat Malaysia yang prihatin telah sama-sama melangkah ke hadapan untuk meningkatkan kesedaran tentang kesihatan jantung.

“Komitmen NESTLÉ memang memberangsangkan. Ia telah menyatukan rakyat Malaysia untuk melangkah satu juta batu, dan membantu kami mengumpul dana bagi menyokong pesakit jantung yang memerlukan bantuan kewangan,” katanya. “Jadi, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada mereka atas inisiatif ini serta sokongan diberikan oleh rakyat Malaysia, dalam perjalanan bersama kita ke arah sebuah negara yang lebih sihat,” tambahnya.

Sempena sambutan Bulan Kesihatan Sedunia, NESTLÉ OMEGA PLUS telah menganjurkan pelbagai aktiviti awam di seluruh Malaysia sebagai tambahan kepada acara maya utama selama sebulan. Inisiatif WAMM tahun ini sekali lagi dihoskan pada platform aplikasi BookDoc, yang membolehkan peserta merekodkan jarak mereka secara progresif sepanjang bulan September, tidak kira di mana mereka berada. Aplikasi itu bukan sahaja membolehkan peserta menjejak kemajuan mereka, tetapi juga memaparkan ciri kolaboratif yang membolehkan mereka mencipta kumpulan sesama mereka, dan menjejaki kemajuan antara satu sama lain. Ini telah menyuntik ciri keseronokan dan kompetitif kepada acara berjalan kaki tersebut, sekali gus menggalakkan lebih penyertaan dan jarak terkumpul.

WAMM 2023 berjaya mencapai 2,091,044 batu secara kolektif, iaitu dua kali ganda sasaran 1 juta batu kempen, dan menyaksikan peningkatan lebih 14% dalam penyertaan berbanding tahun lalu dengan mencecah 30,000 peserta. NESTLÉ OMEGA PLUS berharap WAMM akan terus menggalakkan dan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat, kerana setiap langkah adalah penting dalam membina Malaysia yang lebih sihat.

© 2023 BlackButterfly DesignArts