MELANGKAH KE MASA HADAPAN YANG LEBIH CERAH: ABARO ‘SHOES FOR YOU. HOPES FOR THEM’ MENYUMBANG 200,000 PASANG KASUT SEKOLAH UNTUK PELAJAR KURANG BERNASIB BAIK

MELANGKAH KE MASA HADAPAN YANG LEBIH CERAH: 
ABARO ‘SHOES FOR YOU. HOPES FOR THEM’ MENYUMBANG 200,000 PASANG KASUT SEKOLAH UNTUK PELAJAR KURANG BERNASIB BAIK
  • Sebanyak 152 pelajar dari keluarga miskin bandar telah mendapat manfaat daripada kempen sumbangan kasut sekolah ABARO yang merupakan suatu usaha berterusan dan kini ABARO telah menyalurkan 200,000 pasang kasut sekolah secara keseluruhannya.
  • ABARO menyeru rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyertai usaha mereka dalam membantu pelajar kurang bernasib baik melalui kempen Kembali-ke-Sekolah ABARO.

Kuala Lumpur, 15 Disember 2023 – Tiada apa yang lebih menggembirakan dari melihat senyuman terukir di wajah para pelajar sekolah bukan? ‘Shoes For You. Hopes For Them.’ merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) jangka panjang ABARO yang bermula pada tahun 2016. Jenama kasut tempatan Malaysia ini percaya bahawa kanak-kanak tidak sewajarnya ke sekolah tanpa mengenakan sepasang kasut yang bersesuaian dan selesa. ABARO baru-baru ini menyumbang sejumlah 152 pasang kasut sekolah baru beserta stokin kepada pelajar B40 di Sekolah Kebangsaan Jalan Gurney (2) bersempena dengan sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia, yang kini telah mencapai jumlah keseluruhan 200,000 pasang kasut sekolah. Kasut sekolah ini akan membantu para pelajar melangkah ke tahun akademik akan datang dengan lebih yakin dan cemerlang.

MELANGKAH KE MASA HADAPAN YANG LEBIH CERAH: 
ABARO ‘SHOES FOR YOU. HOPES FOR THEM’ MENYUMBANG 200,000 PASANG KASUT SEKOLAH UNTUK PELAJAR KURANG BERNASIB BAIK

Kevin Soh, Ketua Pegawai Operasi ABARO berkata, “Pendidikan merupakan langkah pertama dan paling asas dalam pembangunan peribadi kanak-kanak. Ia membuka pelbagai peluang dalam kehidupan. Di ABARO, kami memperjuangkan kesaksamaan dan akses dalam pendidikan, malahan kami percaya bahawa memiliki sepasang kasut sekolah adalah keperluan asas yang sama pentingnya dengan akses pendidikan yang berkualiti. Menyumbang sepasang kasut sekolah kepada pelajar adalah pelaburan asas yang seharusnya kami lakukan bagi menjamin kesejahteraan generasi masa depan kita. Melalui pelbagai kerjasama strategik, ABARO telah menyumbangkan secara kolektif 200,000 pasang kasut sekolah kepada pelajar kurang bernasib baik sejak 2016.”

Mengulas mengenai kempen sumbangan di Sekolah Kebangsaan Jalan Gurney (2), Kevin Soh berkata, “Kami berbesar hati dapat menyumbang kepada pelajar dari keluarga B40 dengan memberikan mereka sepasang kasut sekolah untuk persediaan tahun akademik 2024. Sepasang kasut sekolah mungkin merupakan suatu hal yang kecil bagi kita semua, tetapi ia boleh mengubah kehidupan kanak-kanak yang kurang bernasib baik kerana kini mereka boleh ke sekolah dengan lebih yakin dan selesa. Kami cukup terharu dapat melihat kegembiraan yang terpancar di wajah mereka sewaktu mencuba sepasang kasut sekolah yang baru. Sebagai sebuah syarikat kasut, kami berbesar hati dan bersedia menjadi rakan yang mengiringi rutin harian mereka ke sekolah. Kami berharap dapat  menggembirakan dan seterusnya membantu semua pelajar sekolah Malaysia dalam menerokai dunia bagi menuju masa depan yang lebih cerah.”

MELANGKAH KE MASA HADAPAN YANG LEBIH CERAH: 
ABARO ‘SHOES FOR YOU. HOPES FOR THEM’ MENYUMBANG 200,000 PASANG KASUT SEKOLAH UNTUK PELAJAR KURANG BERNASIB BAIK

Menurut dapatan terkini, kumpulan B40 menyumbang kepada 40% isi rumah di seluruh negara mewakili 3.16 juta isi rumah di Malaysia.[1] Kumpulan keluarga ini berkemungkinan besar akan menghadapi kesukaran kewangan untuk perbelanjaan dan persiapan bagi musim persekolahan pada tahun hadapan. “Menyedari kadar kemiskinan bandar yang tinggi di sekolah kami, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) secara berterusan menganjurkan pelbagai aktiviti untuk mengumpul dana bagi membantu pelajar yang memerlukan. Kebanyakan pelajar ini hanya memiliki satu pasang kasut sekolah untuk tempoh setahun. Apabila dipakai setiap hari, kasut sekolah mereka cepat rosak dan haus. Malangnya mereka tidak mempunyai kasut ganti jika kasut yang dipakai basah atau rosak. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada ABARO kerana bermurah hati menyediakan keperluan asas iaitu kasut untuk ke sekolah buat pelajar-pelajar ini. Kasut sekolah ABARO ini bukan sekadar melindungi kaki mereka tetapi turut meningkatkan pengalaman harian mereka ke sekolah, seterusnya memberikan mereka semangat dalam perjalanan pendidikan mereka. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ABARO kerana memberikan kegembiraan kepada pelajar-pelajar dengan kasut sekolah ABARO,” kata Ts. Dr. Bazilah A. Talip, Presiden PIBG Sekolah Kebangsaan Jalan Gurney (2), Kuala Lumpur.

MELANGKAH KE MASA HADAPAN YANG LEBIH CERAH: 
ABARO ‘SHOES FOR YOU. HOPES FOR THEM’ MENYUMBANG 200,000 PASANG KASUT SEKOLAH UNTUK PELAJAR KURANG BERNASIB BAIK

“Kami telah bertemu dengan ramai pelajar miskin dari kampung-kampung kecil atau komuniti Orang Asli, tetapi ini adalah kali pertama saya menyaksikan bagaimana golongan miskin bandar juga sangat memerlukan bantuan namun sering kali diabaikan hanya kerana mereka tinggal di bandar,” tambah Kevin.

Dengan menyumbang kasut sekolah kepada pelajar, anda memberikan lebih dari hanya sekadar kasut; anda juga turut menggembirakan mereka yang cukup bersemangat dalam menerokai dunia. ABARO berharap menjadi pemangkin kepada impak perubahan dengan memberikan bantuan kepada sebanyak mungkin pelajar yang kurang bernasib baik melalui kempen Kembali ke Sekolah ABARO yang berlangsung dari 17 Disember 2023 hingga 17 Mac 2024. Bagi setiap pembelian kasut sekolah ABARO, RM1 akan disumbangkan ke dana untuk kasut dan bekalan sekolah bagi membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Selain itu, pengguna juga boleh menyertai Pertandingan Belanja & Menang untuk berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM20,000 secara keseluruhan. Tertakluk kepada terma dan syarat.

MELANGKAH KE MASA HADAPAN YANG LEBIH CERAH: 
ABARO ‘SHOES FOR YOU. HOPES FOR THEM’ MENYUMBANG 200,000 PASANG KASUT SEKOLAH UNTUK PELAJAR KURANG BERNASIB BAIK

Koleksi terkini kasut sekolah ABARO, termasuk ABARO DryTechTMyang cukup digemari ramai dan ABARO NameTechTM yang boleh dipersonalisasi, kini boleh dimiliki di semua kedai Mydin dan AEON, kedai rasmi dalam talian ABARO, Lazada, Shopee, dan TikTok. Untuk maklumat lanjut tentang kemas kini terkini ABARO dan promosi, sila ikuti https://www.facebook.com/abaroshoe atau lawati www.abaro.com.my.

© 2023 BlackButterfly DesignArts