Medicos Memperkenalkan M99, Rangkaian Pelindung Pernafasan Terbaru Yang Mementingkan Keselamatan Dan Cukup Bergaya

Kuala Lumpur, 17 Februari 2022 – Selaku perintis utama dan pengeluar pelitup muka perubatan yang diyakini di Malaysia, MEDICOS dengan rasminya melancarkan rangkaian pelindung pernafasan premium M99. Terbaru, rangkaian M99 ini hadir dengan tiga jenis iaitu PRO, NEO dan FLIP.

Rangkaian ini direka dengan 5 lapisan perlindungan yang unggul dan dilengkapi dengan teknologi HydroChargeTM. Ianya merupakan teknologi penapisan tercanggih oleh MEDICOS. Prestasi keselamatannya telah diuji dan diperakui oleh Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) Malaysia. Sijil perakuan ini selaras dengan DNA jenama MEDICOS untuk membantu jutaan pengguna menjalani kehidupan dan bekerja dengan lebih selamat. Hasil kerjasama dengan NIOSH, MEDICOS M99 telah menjalani dan memenuhi keperluan ujian makmal yang intensif, seperti ujian penembusan NaCl dan Minyak Parafin pada kadar alir 95 liter seminit. MEDICOS M99 berjaya mencapai tahap penapisan setinggi 99% dalam kedua-dua ujian tersebut, membuktikan keberkesanannya terhadap zarah bawaan udara seperti virus SARS-CoV-2.

Ketua Pegawai Eksekutif MEDICOS, William Wong berkata, “MEDICOS sentiasa berevolusi selaras dengan perubahan dunia dalam menghadapi normal baru. Sudah tertulis sekian lama melalui misi kami, keselamatan adalah elemen paling penting dan kami berusaha untuk membangunkan peralatan perlindungan diri yang paling selamat di pasaran. MEDICOS juga akan terus mempamerkan piawaian yang lebih tinggi dalam menghasilkan pelitup muka berkualiti.”

Medicos Memperkenalkan M99, Rangkaian Pelindung Pernafasan Terbaru Yang Mementingkan Keselamatan Dan Cukup Bergaya
M99 PRO model

Setiap satu daripada rangkaian M99 didatangkan dengan ciri-ciri unik dan tersendiri untuk memenuhi keperluan setiap individu di Malaysia. M99 PRO adalah satu-satunya pelindung pernafasan dengan gegelung telinga boleh laras, memberikan kemasan yang sempurna dan memastikan perlindungan yang selamat untuk pelbagai bentuk dan saiz wajah yang berbeza. Ia boleh didapati dalam lima warna – Black, White, Cool Grey, Midnight Blue, dan Dusty Rose.

Manakala M99 NEO pula didatangkan dengan gegelung telinga ultra lembut, membolehkan ia dipakai dengan selesa untuk jangka masa yang panjang. Rakyat Malaysia boleh memilih antara tujuh pilihan warna – Black, White, Hazel Brown, Olive Green, Caribbean Teal, Wanderlust Green dan Lavender Purple.

Sememangnya berbeza daripada yang lain, M99 FLIP menampilkan gabungan gaya dan ciri-ciri keselamatan terbaik, dan membawa tanda penghormatan kepada rakyat Malaysia yang gemar berfesyen. M99 FLIP yang bergaya mempunyai reka bentuk yang anggun dengan ciri-ciri yang mengikut garis kontur muka, menampilkan gayanya yang tersendiri berbanding pelitup muka dan pelindung pernafasan lain. M99 FLIP boleh didapati dalam empat warna yang kuat – Black, Sand Grey, Mocha Brown dan Fiery Berry.

“Selain daripada keselamatan dan kualiti, kami telah mengembangkan produk dengan menggabungkan gaya, keselesaan dan kebolehan pernafasan yang maksimum. Inilah masanya kita mentakrifkan semula perlindungan pernafasan generasi baharu dengan MEDICOS M99. Ia menampilkan teknologi tanpa kompromi, dengan rekaan fesyen terbaru dan fungsi perlindungan yang tiada tandingannya. Kami mahu rakyat Malaysia mendapat produk terbaik daripada kami, dan pengguna boleh mendapat ketenangan fikiran dan percaya bahawa kami memastikan mereka selamat serta dilindungi pada tahap tertinggi sambil memastikan keselesaan dan gaya yang optimum,” tambah Wong.

Di saat ini, terdapat peningkatan permintaan untuk pelindung pernafasan yang berkualiti, diuji dan terbukti, terutama sekali dengan gelombang Omicron yang melanda negara. Tidak dinafikan, MEDICOS M99 hadir untuk memastikan rakyat Malaysia dilindungi apabila berada di luar rumah. Rangkaian pelindung pernafasan MEDICOS M99 kini boleh didapati di semua farmasi utama di seluruh Malaysia dan di dalam platform e-dagang, dengan harga bermula dari RM25 untuk sekotak dengan 10 helai. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai MEDICOS dan rangkaian M99 terbaru, sila kunjungi:

© 2023 BlackButterfly DesignArts