MCVE 2024 Ketengah Rangka Kerja ESG Untuk Sektor Pengangkutan Jalan

  • Edisi keenam penganjuran acara Malaysia Commercial Vehicle Expo 2024 (9-11 Mei), menandakan bermulanya era baharu dalam aspek pengangkutan jalan yang memberi perhatian kepada ESG.
MCVE 2024 Ketengah Rangka Kerja ESG Untuk Sektor Pengangkutan Jalan

Kuala Lumpur, 9 Mei 2024 – Penganjuran acara Malaysia Commercial Vehicle Expo (MCVE) kali keenam yang sangat ditunggu-tunggu bermula hari ini, bertempat di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC). Dengan penyertaan daripada jenama tempatan dan antarabangsa, MCVE merupakan siri ekspo kenderaan komersial pertama dan terbesar di Malaysia yang memberi fokus kepada penyelesaian masa depan dalam industri kenderaan komersial. Ia juga menjadi pameran terbesar seumpamanya di Asia Tenggara. Pameran selama tiga hari itu dilancarkan oleh Menteri Pengangkutan, YB Loke Siew Fook.

MCVE 2024 Ketengah Rangka Kerja ESG Untuk Sektor Pengangkutan Jalan

Dengan berlatar belakangkan aspek digitalisasi, elektrifikasi dan adaptasi prinsip ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Tata Kelola), acara tersebut menyaksikan peningkatan jumlah pempamer berbanding tahun 2022 sewaktu pandemik. Perubahan pantas dalam sektor pengangkutan jalan menyaksikan banyak pempamer mengetengahkan produk serta perkhidmatan yang inovatif dan revolusionari. Penganjur MCVE 2024, Stefan Pertz berkata, “Kami sangat berbesar hati dengan sokongan menggalakkan yang diterima. Kami berjaya menarik minat lebih banyak jenama untuk mengambil bahagian dalam acara tempatan ini berbanding edisi terdahulu.”  

Menurut Pertz, adaptasi teknologi adalah penting buat semua jenama yang beroperasi dalam sektor pengangkutan jalan kerana wujudnya tekanan tambahan daripada para pelanggan yang mahukan perkhidmatan lebih baik.

Sebagai penaja utama, MAN Truck & Bus Malaysia jelas mengoptimumkan ruang yang disediakan oleh MCVE dengan melakukan debut jentera penyelesaian pengangkutan harian yang versatil, iaitu MAN TGE Van. Menjadi salah satu van paling laris di Eropah, MAN TGE Van dijangka dapat menarik minat segmen baharu pelanggan apabila dilancarkan nanti. Dikuasakan oleh enjin turbodiesel 2.0 liter yang menjimatkan minyak dan rendah emisi, MAN TGE sangat mudah untuk diubah suai.

Ia ditawarkan dalam bentuk Van Panel, Chassis Cab, Crew Cab, Combi Van atau Mini Bus. “MAN berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada MCVE sekali lagi. Pada tahun 2022, kami mencipta kenangan indah apabila mengujakan pengunjung dengan MAN Trucks berspesifikasi EURO V, termasuklah model utama MAN TGX. Kini, kami teruja untuk memperkenalkan rangkaian penuh kenderaan komersial rendah emisi MAN buat pertama kali di Malaysia dan MAN TGE melakukan debut pertamanya,” kata Pengarah Urusan MAN Malaysia, Andrew O’Brooks.

MCVE 2024 Ketengah Rangka Kerja ESG Untuk Sektor Pengangkutan Jalan

PETRONAS Lubricants International ialah Rakan Minyak Pelincir Rasmi MCVE pada tahun ini dan bakal mempamerkan Fluid Technology Solution dalam sektor komersial serta industri. Penyelesaian ini melibatkan produk-produk di bawah jenama PETRONAS Urania, PETRONAS Tutela, PETRONAS Iona dan PETRONAS Industrial Solutions. Produk tersebut menawarkan pelbagai manfaat yang signifikan seperti penjimatan bahan api, meningkatkan kecekapan dan meminimumkan tempoh tidak boleh beroperasi untuk seluruh fleet pelanggan. Turut hadir pada pameran PETRONAS itu termasuklah PETRONAS SmartPay yang merupakan penyelesaian pengurusan fleet daripada PETRONAS yang menyepadukan operasi serta menambah baik aspek kos yang lebih efisien. Semua ini dilaksanakan menerusi rangkaian stesen minyak petrol terbesar di seluruh negara.

Pakar penapisan dari Jerman, Hengst turut mengambil peluang untuk menggunakan sepenuhnya pameran ini sebagai kanvas bagi pelbagai aktivitinya. Meraikan ulang tahun ke-10, Hengst Asia Pacific meningkatkan kewujudannya dengan menjadikan Asian Trucker R&R sebagai ruang untuk semua deligasi menjalin rangkaian perhubungan. Bukan itu sahaja, Hengst juga akan mengiktiraf rakan-rakan perniagaan menerusi satu acara anugerah sebagai sebahagian daripada Asian Trucker Networking Night Powered by Hengst yang bakal diadakan pada Jumaat, 10 Mei 2024.

MCVE 2024 Ketengah Rangka Kerja ESG Untuk Sektor Pengangkutan Jalan

“Manusia membentuk pasaran. Jika kita mahu memahami pasaran dan pelanggan, kita perlu berada di dalam pasaran dan bukannya di atas pasaran. Ia memang memakan lebih banyak masa berbanding mana-mana analisis di atas kertas, tetapi ia mampu memberi data yang terbaik,” kata Pengarah Jualan Hengst Asia Pacific Pte Ltd, Frank Maergner.

Selain para penaja ini, Pertz turut menyatakan terdapat banyak jenama lain yang sangat dihormati dalam industri. “Syarikat-syarikat yang mengambil bahagian ini merupakan wakil penting dalam ekosistem. Mereka sangat diperlukan bagi memastikan operasi pengangkutan jalan dapat berjalan dengan efisien dan berjaya.” Beliau memberitahu CelcomDigi, Angka-Tan Motors, Allegiance Malaysia, YonMing, HAMMAR, ZF, HYVA dan Tenming adalah antara nama besar yang dinanti-nantikan oleh para pemain industri pada acara ini. Beberapa jenama telah menjadi sebahagian daripada MCVE sebagai peserta utama sejak tahun 2013. Sekali gus menjadi bukti kepada kualiti dan jangkauan yang ditawarkan oleh acara ini, jelas Pertz.

MCVE 2024 hadir dengan satu program sampingan yang terpaksa dibatalkan pada edisi 2022. Kata Pertz, “Pameran ini bukan sekadar mempamerkan produk, tetapi ia menjadi platform yang kami tawarkan untuk para industri bertukar-tukar pandangan, membentuk rangkaian hubungan dan memperoleh maklumat. Jadi, kami gembira kerana dapat membawakan kembali elemen-elemen yang kami pernah serapkan ke dalam pameran sebelum ini.”

Beliau turut menyatakan bahawa Asian Trucker Networking Night telah menjadi satu institusi yang diiktiraf oleh industri sebagai satu acara tahunan yang penting. Selain pameran, seminar dan pembentangan akan diadakan sepanjang tiga hari tersebut.

MCVE tahun ini menandakan satu permulaan baharu: elektrifikasi dalan industri pengangkutan kini menjadi semakin arus perdana. Perkembangan ini dapat dilihat menerusi sejumlah pameran yang diperkenalkan ke pasaran Malaysia buat pertama kalinya. Di sini, trak-trak elektrik dipamerkan kepada umum bakal dilancarkan secara rasmi. Kesungguhan dan semangat terhadap kenderaan itu juga cukup terjelas melepasi batasan ekspo ini. 

Penganjur MCVE 2024 berharap pendedahan ke atas teknologi-teknologi baharu di pameran ini akan mengujakan semua pihak yang terlibat. 

MCVE 2024 dibuka bermula 10.00am hingga 7.00pm selama tiga hari dan masuk adalah percuma. Sila layari laman web www.mcve.com.my untuk maklumat lanjut.

© 2024 BlackButterfly DesignArts