You are currently viewing MCIS Life, National Cancer Society Malaysia Mulakan Kerjasama Klinik Bergerak
(Dari kiri): Pengarah Urusan National Cancer Society,Dr Murallitharan M. menerima cek cura daripada Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan MCIS Life, Encik Prasheem Seebran untuk penajaan trak khas yang bernilai sekitar RM400,000.

MCIS Life, National Cancer Society Malaysia Mulakan Kerjasama Klinik Bergerak

Penanggung insurans hayat & NGO kanser menyediakan perkhidmatan vaksinasi Covid-19 dan saringan kanser  kepada rakyat Malaysia di luar bandar

Petaling Jaya, 4 Februari 2022: Sempena Hari Kanser Sedunia 2022, MCIS Insurance Berhad (MCIS Life) telah memulakan perkongsian komuniti yang unik dengan National Cancer Society Malaysia (NCSM) melalui penajaan trak khas yang bernilai sekitar RM400,000.

Trak yang dibina khusus untuk tujuan ini berukuran kira-kira 17 kaki panjang dan berat sekitar tiga tan yang digelar sebagai ‘Purple Truck’ dijangka akan mula beroperasi pada Mei 2022, sepanjang lokasi luar bandar di seluruh Semenanjung Malaysia.

Trak itu termasuk peralatan perubatan dan kakitangan yang terdiri daripada seorang doktor, dua jururawat dan lima sukarelawan, antara yang lain.

NCSM bersedia untuk menggunakan trak ini untuk memulakan pacuan vaksinasi Covid-19 yang menyasarkan warga emas serta orang ramai yang mempunyai batasan pergerakan yang sebahagian besarnya tinggal di luar Lembah Klang.

“Setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira kedudukan ekonomi, seharusnya menerima perkhidmatan penjagaan kesihatan yang wajib, terutamanya pada masa sekarang apabila akses kepada vaksinasi Covid-19 adalah kritikal bagi mereka yang tinggal di lokasi luar bandar serta mereka yang menghadapi cabaran mobiliti fizikal. Kami berbesar hati menyokong inisiatif ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan MCIS Life, Encik Prasheem Seebran.

Perkongsian strategik ini sejajar dengan janji jenama MCIS Life iaitu #PeopleHelpingPeople ketika Malaysia sedang beransur pulih daripada wabak ini dan telah berjaya membawa program vaksinasinya kepada sebahagian besar penduduk bandar.

“Kami teruja dengan kerjasama ini yang menjadi contoh bagaimana perkhidmatan penjagaan kesihatan penting boleh merangkumi rakyat dari semua lapisan masyarakat. Inisiatif ini juga membuka jalan untuk MCIS Life mempamerkan bagaimana ia boleh memainkan peranan yang lebih besar dalam menjaga kesejahteraan penduduk luar bandar,” kata Dr Murallitharan M., Pengarah Urusan, NCSM.

Trak itu akan lebih tertumpu kepada kawasan luar bandar dan lokasi yang mempunyai ahli komuniti yang kurang bernasib baik, kerana kadar penerimaan vaksin dalam kalangan kumpulan ini, terutamanya warga emas, masih boleh dipertingkatkan.

Dengan adanya trak ini, MCIS Life dan NCSM menyasarkan untuk meningkatkan penerimaan dan pengambilan vaksin oleh individu dalam golongan ini sama ada melalui kaunseling kelompok atau sesi pendidikan.

Ia juga akan menawarkan penilaian pra-vaksinasi, kaunseling dan pengambilan persetujuan, serta pemberian vaksinasi dan pemerhatian selepas vaksinasi untuk memantau sebarang Kejadian Advers Selepas Imunisasi (AEFI).

Di luar program vaksinasi, Purple Truck juga akan menjadi ‘Trak Kesedaran Pendidikan Kesihatan dan Saringan Kesihatan Kanser Mudah Alih’ untuk menyediakan pemeriksaan saringan komuniti, dan akan memberi tumpuan kepada tiga jenis kanser tertinggi di Malaysia – payudara, serviks dan kolorektal.

“NCSM, yang telah bekerja selama lebih 50 tahun dalam aspek kawalan kanser ini, percaya trak pemeriksaan kanser di luar Lembah Klang adalah penting, kerana ia akan membantu merapatkan jurang yang wujud antara individu dan juga akses kepada rawatan,” tambah Prasheem dan Dr Murallitharan, bersama-sama.

Dalam tempoh 5 tahun akan datang, Purple Truck bersama-sama pasukan bergerak dijangka mengembara merentasi pelbagai negeri di Malaysia, memberi khidmat kepada masyarakat yang kurang bernasib baik, luar bandar, terpencil dan Orang Asli, melalui satu siri sesi 20 minit yang disasarkan kepada masyarakat bertujuan mengajar mereka kemahiran khusus untuk meningkatkan kesihatan mereka dan mengurangkan risiko penyakit serta contoh ceramah poket yang merangkumi pengajaran pemeriksaan sendiri payudara (BSE), pemeriksaan diri testis (TSE) dan lain-lain.

Selain itu, penduduk komuniti juga akan diberikan pemeriksaan ketinggian, berat badan, BMI, tekanan darah dan pemeriksaan kesihatan am secara percuma.