Syarikat insurans hayat memperoleh pegangan dalam Merchantrade Asia Sdn Bhd, mengukuhkan kerjasama
Petaling Jaya, 22 November 2021 – MCIS Insurance Berhad (MCIS Life) telah mengambil 4.99% kepentingan dalam Merchantrade Asia Sdn Bhd, pemain e-wang terkemuka dan pengendali Perniagaan Perkhidmatan Wang terbesar negara, melalui pemerolehan saham biasa baharu dalam jumlah yang tidak didedahkan.
Kedua-dua syarikat itu memulakan pengaturan pengedaran pemasaran pada tahun 2019 di mana MCIS Life menyediakan pelan perlindungan insurans hayat untuk pelanggan Merchantrade yang merangkumi rakyat Malaysia serta pekerja asing.
Pada Ogos 2021, kedua-duanya bekerjasama lagi sekali untuk menyediakan produk yang disasarkan untuk komuniti yang kurang mampu seperti warganegara Malaysia yang layak untuk skim Perlindungan Tenang Voucher (PTV).
Kerjasama strategic ini telah tiba pada waktu yang tepat, memandangkan nilai insurans nyawa dan produk kewangan lain telah mendadak naik pada waktu pandemik ini. Gabungan kekuatan dan sinergi antara kedua-dua syarikat ini tersedia untuk membuka lebih lagi solusi insurans digital berinovasi dan dipersonalisasi untuk memenuhi keperluan perlindungan pelanggan dari semua lapisan masyarakat.
Pemerolehan strategik ini akan mempercepatkan perjalanan transformasi digital MCIS Life dan memanfaatkan keupayaan digital Merchantrade, mengakses rangkaian meluas lebih 1,000 titik sentuh fizikal di seluruh negara dan tiga juta pelanggan mereka.
MCIS Life CEO dan Pengarah Urusan En. Prasheem Seebran berkata Merchantrade merupakan syarikat fin-tech berkembang pesat yang sentiasa berada di barisan hadapan dalam pendigitalan dan memacu inovasi dalam perkhidmatan kewangan, sekaligus membolehkan syarikat itu mempergunakan kepakaran mereka dalam mengejar cita-cita syarikat untuk menjadi penanggung insurans hayat berfokus digital.
En. Ramasamy Veeran, Pengasas dan Pengarah Urusan Merchantrade berkata: “Memiliki jenama yang mantap seperti MCIS Life bersama kami selaras dengan matlamat kami untuk mengembangkan penawaran insurans kami, kerana ia membolehkan kami membangunkan produk dan perkhidmatan baru dengan lebih baik, dan menambah positif nilai kepada pelanggan dan komuniti di sekeliling kami kerana kami menjadikan masa depan lebih mudah dan lebih terjamin untuk generasi akan datang.”
“Membina daripada perniagaan teras kami dengan perkongsian dan kerjasama strategik, kami akan terus mempercepatkan pelancaran perkhidmatan kewangan yang inovatif dan mengukuhkan ekosistem komprehensif kami bagi teknologi saling berkaitan, seperti pengiriman wang global, pembayaran, solusi e-wallet, pertukaran mata wang asing, mikro- insurans, tele-kesihatan, pinjaman mikro, perkhidmatan telco dan banyak lagi. Semuanya dengan aspirasi untuk memberikan pelanggan pengalaman pertama digital yang boleh dipercayai dan meningkatkan akses kewangan merentasi semua lapisan masyarakat,” tambah Ramasamy.
“Menjalin perkongsian dengan Merchantrade ini memberi MCIS Life potensi peningkatan yang ketara. Ia membolehkan kami dikecualikan diri daripada model bankasurans tradisional yang sering mengenakan bayaran yang terlalu tinggi dan pada masa yang sama mengukuhkan kedudukan kami sebagai rakan kongsi insurans hayat tunggal dalam ekosistem Merchantrade,” jelas Prasheem.
Prasheem menambah bahawa strategi MCIS Life tertumpu pada meningkatkan pengalaman pelanggan melalui solusi produk inovatif dan penawaran perkhidmatan digital. Sinergi antara kedua-dua syarikat akan terus disokong oleh solusi teknologi Merchantrade serta penerokaannya ke ruang pembayaran.
“Kami berusaha untuk mencapai sasaran kami dengan melancarkan lebih banyak produk yang sesuai dengan pasaran sasaran Merchantrade dan pakatan strategik ini dijangka menyumbang lebih 25% daripada sumbangan perniagaan baharu bukan agensi MCIS Life menjelang 2025.”
Pemerolehan itu membolehkan berani melangkah ke hadapan, mengukuhkan lagi hubungan sedia ada antara kedua-dua syarikat sejak 2019 dan MCIS Life melihat nilai yang luar biasa dalam aplikasi e-dompet mudah alih Merchantrade dan di seluruh negara di titik sentuh darat yang membolehkan akses kepada komuniti yang kurang mendapat layanan.
“Pada masa ini MCIS Life ialah rakan kongsi insurans hayat eksklusif Merchantrade. Mengambil kira potensi syarikat dan pelbagai peluang untuk bekerjasama dan mencipta nilai untuk pelanggan sedia ada dan bakal pelanggan, pelaburan ini dijangka membawa nilai yang signifikan kepada kami,” jelas Prasheem.
Selaras dengan janji jenamanya – “People Helping People” – MCIS Life juga menyasarkan untuk melancarkan solusi yang lebih inklusif, mudah dan mampu milik kepada asas pelanggan Merchantrade yang kurang mendapat perkhidmatan seperti segmen B40 Malaysia dan pekerja asing. Ia juga akan mengembangkan penawarannya untuk merangkumi faedah pekerja dan produk yang bentuk khusus untuk pelanggan korporat, produk bermutu tinggi untuk pasaran kiriman wang dan produk dalam talian untuk mereka yang mahir teknologi.