McDonald’s Raikan Guru Hebat Malaysia dengan Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2020

Lebih 16,000 guru telah dicalonkan sejak anugerah ini diperkenalkan pada 2017

KUALA LUMPUR – 15 MEI 2020 – McDonald’s Malaysia mengumumkan 25 pemenang yang telah dicalonkan dari seluruh negara untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s tahunan. Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s diperkenalkan untuk menghargai dan mengiktiraf guru-guru yang telah melaksanakan tanggungjawab melebihi tugas hakiki mereka demi menghasilkan impak yang berpanjangan kepada para pelajar.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2017, seramai 82 orang guru telah menerima anugerah atas usaha mereka yang luar biasa dan lebih 16,000 pencalonan diterima oleh McDonald’s Malaysia daripada rakyat Malaysia di seluruh negara yang ingin memberi penghargaan kepada para guru. Perkembangan anugerah ini yang semakin meluas telah mendorong para pelajar menghebahkan lebih ramai guru cemerlang masing-masing.  Pada tahun ini, seramai 25 guru luar biasa diiktiraf kerana memupuk nilai moral yang mantap dan tidak pernah menyerah kalah dalam membina kecemerlangan pelajar, sekali gus menjadi tunjang kekuatan kepada pelajar dalam mengharungi pasang surut kehidupan.

“Membaca kisah-kisah luar biasa tahun ini tentang komitmen para guru, dedikasi tinggi dan rasa kasih yang mendalam kepada pelajar telah memperkukuh keyakinan kami bahawa para guru perlu diberi penghargaan terbaik atas segala usaha mereka. Melalui anugerah ini, McDonald’s Malaysia berhasrat untuk mewujudkan sebuah platform yang akan mengabadikan kisah-kisah guru luar biasa supaya usaha dan semangat mereka sebagai pendidik dijadikan teladan,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia.

Pada tahun ini McDonald’s menerima hampir 5,000 kisah dari seluruh negara tentang guru-guru yang telah melaksanakan tanggungjawab melebihi tugas hakiki mereka demi mendidik pelajar.. McDonald’s berbangga dengan dedikasi para guru dan Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s merupakan penghormatan kepada mereka terhadap komitmen tersebut.

“Sebagai guru, kami tidak mengharapkan balasan apabila membantu pelajar kerana itu sebahagian daripada tugas kami. Kejayaan pelajar merupakan kejayaan kami”, ujar Cikgu Selvamary a/p Lourdesamy dari Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 12, Selangor sejurus mengetahui beliau merupakan salah seorang pemenang tahun ini. Cik Selvamary dicalonkan oleh pelajar beliau yang sangat terharu dengan sikap penyayang dan keluhuran budinya. Beliau terkenal dengan nota yang sangat berkesan bagi setiap mata pelajaran Biologi.  Selain menjadikan mata pelajaran itu mudah difahami, Cik Selvamary bersedia meluangkan masa selama lima jam selepas waktu sekolah untuk mengadakan kelas tambahan. Beliau juga merupakan tunjang sokongan buat ramai pelajar dan sehingga hari ini mereka masih melawat beliau serta mengirimkan hadiah pada hari istimewa walaupun mereka telah menamatkan persekolahan.

Mr. Darrel can brave through any setbacks with the encouraging smiles and enthusiasm from his students.
Mr. Darrel can brave through any setbacks with the encouraging smiles and enthusiasm from his students.

Bagi En. Darrel Wong Lee Sze dari Sekolah Kebangsaan Limpaki, Sarawak pula sifatnya yang tidak pernah berputus asa amat disanjungi oleh semua. Beliau memberi setiap pelajar Tahun 6 peluang sama rata untuk belajar. Semangat beliau tidak pernah luntur walaupun berdepan dengan pelajar yang buta huruf serta ibubapa yang kurang memberikan sokongan. Cikgu Darrel telah mewujudkan saluran YouTube untuk memperkenalkan strategi pembelajaran abad ke-21 berbentuk ‘flipped learning’ dan baru-baru ini beliau melaksanakan program untuk menggalakkan ibu bapa membaca bersama anak-anak. “Terima kasih McDonald’s untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2020 ini! Saya gembira melihat usaha-usaha ini diiktiraf dan kemenangan ini sesungguhnya di luar jangkaan saya”, kata Cikgu Darrel.

En. Muiz utilizes fun online learning materials in his Mandarin class.
En. Muiz utilizes fun online learning materials in his Mandarin class.

Di sebuah perkampungan kecil di Gelang Patah, Johor terdapat beberapa peratus pelajar Melayu yang mampu bertutur bahasa Mandarin dengan baik kerana Encik Muiz, seorang guru di Sekolah Kebangsaan Kompleks Sultan Abu Bakar, Johor. Beliau tahu betapa pentingnya untuk pelajar meningkatkan ilmu dengan mempelajari bahasa Mandarin selaras dengan pembangunan yang pesat di sekeliling perkampungan itu. Beliau yang tidak pernah menerima pendidikan bahasa Cina secara formal mempelajarinya daripada seorang rakan kolej “Saya sama sekali tidak menjangka kisah saya mengajar bahasa Mandarin di sebuah perkampungan nelayan kecil akan meraih penghargaan McDonald’s. Muncul sebagai pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2020 merupakan suatu penghormatan buat diri saya”, kata Encik Muiz.

Students of En. Muiz undergoing a Mandarin oral practical session using a real life experience at the local fish market.
Students of En. Muiz undergoing a Mandarin oral practical session using a real life experience at the local fish market.

Setiap pemenang anugerah akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM5,000, trofi dan sijil penghargaan sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini. Pencalon pula akan menerima baucar bernilai RM200 sebagai tanda penghargaan untuk sumbangan cerita mereka. Pada tahun ini, sejajar dengan pematuhan kepada Perintah Kawalan Pergerakan, McDonald’s bekerjasama dengan kakitangan sekolah untuk membuat kejutan kepada guru pemenang anugerah dan pelajar mereka menerusi panggilan video. 

Ms. Ash captivates her students’ attention by bringing storybook characters to life – in this occasion, as Maleficent.
Ms. Ash captivates her students’ attention by bringing storybook characters to life – in this occasion, as Maleficent.

Di samping itu, sebagai tanda penghargaan para pendidik pada Hari Guru ini, McDonald’s Malaysia akan menawarkan tawaran eksklusif untuk Hari Guru. Dapatkan 2 latte ais saiz sederhana dan 2 Oreo McFlurrys dengan harga RM14.99, mulai 15 hingga 22 Mei 2020 yang boleh diperoleh menerusi aplikasi McDonald’s.

Mr. Leo of Sekolah Kebangsaan Ba Kelalan repurposes used plastic bottles into mailboxes for the school’s “English Corner”.
Mr. Leo of Sekolah Kebangsaan Ba Kelalan repurposes used plastic bottles into mailboxes for the school’s “English Corner”.

Lawati www.mcdonalds.com.my/en/anugerahguruinspirasi untuk membaca kesemua 25 kisah dan hayati pelbagai usaha wira-wira yang tidak didendang ini. Jangan lupa untuk memuat turun aplikasi McDonald’s anda bagi menikmati promosi istimewa di Google Play store atau Apple app store.

© 2023 BlackButterfly DesignArts