Maxim E-hailing Meraikan Sambutan Hari Malaysia Bersama Anak Yatim 

Maxim E-hailing Meraikan Sambutan Hari Malaysia Bersama Anak Yatim 

Johor Bahru, 16 September 2024 – Pada Hari Malaysia, wakil Maxim E-hailing Johor  melawat Rumah Anak Yatim Shafar untuk meraikan tarikh keramat ini dengan anak-anak yatim. Pasukan dari Maxim menyumbangkan barangan keperluan dan beberapa aktiviti untuk mengukir senyuman.

Pemandu dan pekerja Maxim meluangkan lebih kurang setengah hari bersama dengan anak yatim. Anak yatim yang menikmati kegembiraan sempena hari Malaysia harini sangat gembira. Lebih-lebih lagi apabila pihak Maxim menyediakan hadiah yang menarik untuk mereka. Sumbangan lain juga dikongsi bersama, dan ianya berdasarkan keperluan pihak pengurusan anak yatim tersebut seperti bekalan makanan, alat tulis, buku, dan peralatan eletronik.

Keterujaan dapat dilihat pada wajah kanak-kanak semasa aktiviti berlangsung. Papan ular gergasi menjadi tumpuan utama yang membawa kegembiraan, terutamanya apabila permainan antara anak yatim dan pengurusan Maxim. Bukan itu sahaja, malah wakil dari Maxim turut berkongsi ilmu tentang keselamatan jalan raya, mengajar tentang cara melintas jalan, mengenali papan tanda di jalan raya dan pelbagai lagi.

“Menjadi acara tahunan Maxim e-healing untuk menjaga anak yatim sambil memberi sedikit sumbangan kepada mereka. Ini adalah cara untuk berkongsi kasih sayang dan menyatakan kebaikan kita kepada mereka yang memerlukan. melihat senyuman mereka mencuit hati dan itulah matlamat kami dan mungkin pada masa akan datang program seperti ini dapat diteruskan lagi dan kami berharap agar ramai yang turut serta bersama kami.” kata Ketua Bahagian Maxim Johor Bahtu, Amirul Akmal.

Maxim E-hailing Meraikan Sambutan Hari Malaysia Bersama Anak Yatim 

Sementara itu, salah seorang wakil dari pengurusan rumah anak yatim menyatakan kegembiraan dapat menyokong Maxim dalam melaksanakan program positif untuk masyarakat.

Anak-anak adalah aset masa depan, kita perlu menjaga hak mereka seperti pendidikan dan memberi sokongan dari segi keperluan dan emosi. Saya menghargai inisiatif program dari Maxim hari ini, kerana ini akan membantu mengembangkan pengetahuan mereka dan pada masa yang sama membawa senyuman. Program ini sangat hebat, kerana semua orang menikmatinya terutama sejak ia dijalankan pada Hari Malaysia,” kata Cik Tasha ketua Rumah Anak Yatim Shafar.

Tambahan pula, Maxim E-hailing turut mengadakan perarakan dengan bendera Malaysia yang mereka perolehi secara percuma daripada pengurusan. Ia menaikkan semangat patriotik, pada masa yang sama mencipta detik-detik yang tidak dapat dilupakan untuk Maxim dan pemandu rakan kongsi.

Aktiviti ini telah menjadi tradisi untuk syarikat itu berguna untuk masyarakat dan mereka yang memerlukan.

© 2024 BlackButterfly DesignArts