Maxim E-hailing Membantu Perkembangan Infrastruktur Bandar Di Malaysia

Maxim E-hailing Membantu Perkembangan Infrastruktur Bandar Di Malaysia

Maxim E-hailing mengambil berat mengenai penduduk dengan mendermakan bangku di beberapa kawasan awam. Ini merupakan Kerjasama berterusan bersama organisasi dan majlis perbandaran untuk memberikan khidmat kepada penduduk dengan menyediakan kemudahan yang lebih baik. Penyediaan bangku ini merupakan penyeselaian bagi menampung keperluan untuk yang memerlukan. Program ini bertujuan untuk menyediakan tempat untuk untuk penduduk berehat dan bersantai. Ia terletak di kawasan penduduk ramai seperti universiti, stesen bas, pusat membeli belah, kawasan menunggu, stesen kereta api, sekolah, tempat beriadah dan pusat sukan. 

Kemudahan ini adalah keperluan daripada sesetengah golongan seperti orang tua, wanita hamil, kanak-kanak, orang kurang upaya,dan keluarga yang mempunyai anak kecil. Mereka selalu menggunakan bangku untuk duduk semasa menunggu atau rehat setelah penat berjalan, dan bersantai.

Wakil dari pihak Maxim E-hailing, menyatakan bahawa bangku yang disediakan akan meningkatkan keselesaan pengunjung dan mengurangkan suasana sesak di kawasan awam. Buat masa ini, jumlah kesulurahan bagi bangku ialah 374 dan terletak di Kedah, Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan, Kuala Terengganu, Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Maxim E-hailing Membantu Perkembangan Infrastruktur Bandar Di Malaysia

“Saya berasa amat berterima kasih atas peluang kerjasama dengan Maxim, yang menyediakan bangku berhampiran pintu masuk universiti di mana biasanya pelajar atau pengunjung menunggu pengangkutan mereka. Kami juga mengusahakan lebih banyak bangku di setiap asrama, yang boleh digunakan oleh pelajar untuk berehat” kata pengurusan dari universiti tempatan itu.

“Maxim menyediakan 5 bangku di hadapan gelanggang futsal dan badminton, ini sangat berguna untuk setiap pengunjung pusat sukan itu. Selalunya mereka menggunakannya untuk bersantai sebelum, dan selepas perlawanan,sebagai tempat duduk  penyokong, dan juga semasa persiapan sebelum permainan bermula” kata wakil dari pusat sukan itu.

“Kami menyediakan bangku percuma di beberapa lokasi seluruh Malaysia, di mana kami bekerjasama dengan organisasi dan juga kerajaan untuk menambah baik kemudahan. Menyediakan tempat duduk boleh meningkatkan pengalaman keseluruhan untuk pelanggan dan pelawat ke lokasi, menjadikannya lebih mudah bagi mereka untuk menggunakan perkhidmatan kami sambil mewujudkan suasana yang mesra. Memandangkan ini mampu juga membantu pertumbuhan infrastruktur setiap bandar, kami menyasarkan beberapa lokasi seperti taman permainan, sekolah, universiti, kawasan pengangkutan awam dan banyak lagi.” Kata Mohd Hazwan Musley, pengarah Maxim Malaysia.

Info

Maxim telah dilancarkan di Malaysia pada tahun 2019. Tempahan pertama telah dijayakan di Kuantan. Kini perkhidmatan tersebut beroperasi di semua negeri di Malaysia.

Sejak tahun 2019, syarikat ini telah membangunkan teknologi berinovatif untuk menempah pengangkutan untuk penghantaran dan perkhidmatan lain, menjadikannya lebih moden, mudah diakses dan selamat. Perkhidmatan ini telah mencipta sistem  berinovatif untuk mendaftar bilangan pelanggan tanpa had bagi memproses berjuta-juta tempahan pada setiap hari. Aplikasi Maxim adalah untuk pengguna manakala Taxsee Driver untuk Rakan-pemandu, Aplikasi ini merupakan salah satu aplikasi yang teratas.

Aplikasi ini tersedia di beberapa platform: Google Play Store, App Store, Huawei AppGallery, GetApps, Oppo App Market, Vivo App Store and Galaxy Store.

Misi perkhidmatan ini adalah untuk sentiasa meningkatkan interaksi pengguna dan membantu orang ramai bergerak ke arah matlamat mereka!

Shafiqah Shajari
Pakar Perhubungan Awam
Maxim E-hailing Malaysia

© 2024 BlackButterfly DesignArts