Marrybrown® Mengubah Definisi Ayam Rangup Pedas Dengan ‘Ayam Epik’ Yang Lazat

Kelazatan ayam rangup ‘konfem pedas’, diperap dengan adunan rempah tempatan yang enak –  pasti membangkitkan selera anda!

Marrybrown® Mengubah Definisi Ayam Rangup Pedas Dengan ‘Ayam Epik’ Yang Lazat

Malaysia, 7 November 2024 – Marrybrown®, Restoran Perkhidmatan Pantas Halal (QSR) tempatan yang terbesar di Malaysia, menyajikan Ayam Epik untuk cita rasa rakyat Malaysia. Ayam Epik, iaitu ayam rangup pedas diilhamkan dari hidangan mamak yang digemari dan diperap dengan adunan rempah ratus beraroma asli, antaranya lada, serbuk kari, jintan manis, ketumbar, bawang merah, bawang putih dan banyak lagi. Setiap suapan menyajikan kemewahan dan keaslian rasa tempatan yang lazat!

Daniel Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown®, berkata, “Marrybrown® berbangga menjadi jenama Malaysia dan kami memahami kenikmatan hidangan tempatan yang dekat di hati kita. Walaupun kami sentiasa berusaha dan terus berinovasi dalam membawakan pengalaman berbeza untuk pelanggan, namun Ayam Epik membawa kami mengamit nostalgia kepada aneka hidangan tempatan yang digemari oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang dan umur. Ia menunjukkan komitmen kami untuk memenuhi cita rasa pelanggan kami.”

Diilhamkan oleh restoran mamak, yang menjadi tempat tumpuan masyarakat untuk menikmati makanan pedas berempah, Ayam Epik membawakan anda resipi ayam rangup pedas yang disukai rakyat Malaysia. Ayam rangup istimewa ini menawarkan kerangupan salutan dalam setiap gigitan dengan gabungan aroma bijirin dan rempah ratus segar yang membangkitkan selera. Tersedia untuk masa yang terhad, penggemar ayam boleh menikmati keunikan rasa Ayam Epik Marrybrown® dalam pelbagai pilihan lazat, bermula 11 November ini.

Antara pilihan istimewa:

Marrybrown® Mengubah Definisi Ayam Rangup Pedas Dengan ‘Ayam Epik’ Yang Lazat

Nikmati rasa pedas berempah dengan pilihan kombo 2-pc Ayam Epik harga dariRM17.50, sajian dua ketul ayam berempah yang lazat dihidangkan bersama kentang lenyek berkrim pilihan anda, dengan Fuze teh lemon ais yang menyegarkan. Membawa ‘konfem pedas’ ke tahap seterusnya!

Marrybrown® Mengubah Definisi Ayam Rangup Pedas Dengan ‘Ayam Epik’ Yang Lazat

Mahukan pengalaman yang lebih menarik? Rasai keseimbangan perisa daripada sepinggan kombo Nasi Kari Ayam Epik harga dariRM15.90 – hidangan nasi gebu beraroma yang dimasak dalam kari yang diperkaya dengan rasa jintan manis, ketumbar, bawang merah dan bawang putih, bersama papadam rangup, acar, telur rebus dan seketul Ayam Epik.  Hidangan lengkap yang memuaskan selera ini pasti dapat memenuhi rasa lapar anda!

Marrybrown® Mengubah Definisi Ayam Rangup Pedas Dengan ‘Ayam Epik’ Yang Lazat

Sukar membuat pilihan antara ayam rangup dan burger ayam? Jangan risau kerana anda boleh memiliki kedua-duanya dengan Ayam Epik Box Meal harga dari RM19.90, set yang dilengkapi dengan seketul ayam rangup, burger ayam, kentang lenyek panas, dan Fuze teh lemon ais. Inilah kombo lengkap istimewa bagi mereka yang mahukan kesemuanya!

Ayam Epik turut dihidangkan dalam set 3 ketul, 5 ketul dan 8 ketul, harga dariRM22.90, RM35.50 dan RM56.80 masing-masing.

“Memandangkan penghujung tahun semakin hampir, Ayam Epik menyediakan peluang terbaik untuk rakan taulan dan keluarga berkumpul bersama, sambil menikmati hidangan yang benar-benar mencerminkan cita rasa rakyat Malaysia. Ayam rangup sememangnya menjadi kegemaran orang muda, menjadikannya salah satu pilihan makanan segera paling popular di sini, dan kami yakin pelancaran menu baharu ini pasti akan memikat selera penggemar ayam di seluruh negara. Matlamat kami supaya setiap kunjungan ke Marrybrown® menjadi detik yang bermakna, kerana di sinilah tempatnya untuk rakyat Malaysia daripada semua lapisan masyarakat boleh berkumpul bersama,” kata Daniel Chan.

Marrybrown® kini menyantuni berjuta-juta pelanggan di lebih 600 restoran di 16 negara dengan objektif memberikan standard kualiti, perkhidmatan, kebersihan dan nilai pada tahap tertinggi untuk pengalaman menjamu selera yang sempurna.

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown®, Aplikasi MB, promosi, dan khidmat penghantaran, sila layari:

Laman web: https://marrybrown.com/
Aplikasi MB: https://mbapp.marrybrown.com/
Facebook: Marrybrown Malaysia
Instagram: Marrybrownmy
TikTok: Marrybrownmy
Bebenang: Marrybrownmy
YouTube: Marrybrown TV

Marrybrown® Mengubah Definisi Ayam Rangup Pedas Dengan ‘Ayam Epik’ Yang Lazat – RAMARAMA
© 2024 BlackButterfly DesignArts