Marrybrown Mengagihkan 20,000 Bubur Lambuk Sempena Bulan Ramadan

MARRYBROWN MENGAGIHKAN 20,000 BUBUR LAMBUK SEMPENA BULAN RAMADAN

Malaysia, 25 Mac 2024 – Sempena dengan bulan Ramadan, Marrybrown®️ , selaku rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas (QSR) Halal tempatan terbesar, mengimarahkan lagi sambutan bulan yang mulia ini dengan mengedarkan 20,000 bubur lambuk di seluruh Malaysia. Sebagai inisiatif kemasyarakatan daripada Persatuan Kebajikan Marrybrown, Program MB Kasih Ramadan ini bertujuan untuk menghulurkan bantuan kepada komuniti yang memerlukan sebagai usaha untuk mengeratkan lagi hubungan dengan masyarakat setempat.

Program pengagihan bubur lambuk ini bermula sejak awal Ramadan dan lokasi persinggahan pertama adalah di Masjid Wilayah, yang dihadiri oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Program ini telah mula dijalankan di negeri-negeri lain dan ia dijadualkan untuk berterusan hingga 2 April 2024.

Daniel Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown, menyatakan komitmen jenama tersebut terhadap kebajikan masyarakat dengan berkata, “Sebagai jenama tempatan yang mengutamakan citarasa dan budaya Malaysia, tradisi memasak dan mengagihkan bubur lambuk merupakan warisan yang penting buat kami. Kami memandang program ini sebagai peluang untuk meningkatkan pengalaman Ramadan bersama warga tempatan dengan menerapkan nilai kebersamaan dan berkongsi rezeki dengan komuniti.”

Setiap hidangan bubur lambuk membuktikan dedikasi Marrybrown untuk menyantuni masyarakat dengan berkongsi nikmat dan kebahagiaan di bulan Ramadan. Marrybrown kekal teguh dalam misinya untuk bekerjasama dengan pelbagai organisasi bagi menyampaikan hasrat yang positif kepada komuniti dalam mengukuhkan ikatan kemasyarakatan.

MARRYBROWN MENGAGIHKAN 20,000 BUBUR LAMBUK SEMPENA BULAN RAMADAN

Marrybrown®️  kini melayani berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan menyediakan standard kualiti, servis, kebersihan dan nilai tertinggi untuk pengalaman makan yang sempurna.

Warga Malaysia boleh merujuk pada senarai lokasi pengagihan bubur lambuk MB untuk setiap negeri di sini.

Untuk maklumat lanjut tentang Marrybrown, Apl MB, promosi, dan perkhidmatan penghantaran, sila layari:

Laman Web: https://marrybrown.com/
Apl MB: https://mbapp.marrybrown.com/
Facebook: Marrybrown Malaysia
Instagram: Marrybrownmy
TikTok: Marrybrownmy
Threads: Marrybrownmy
YouTube: Marrybrown TV

© 2023 BlackButterfly DesignArts