Marrybrown Membawa Rakyat Malaysia Ke Destinasi Yam-My Thailand!

Nikmati keenakan rasa Thailand dengan Marrybrown Tom Yam Chicken yang pedas dan masam!

Malaysia, 28 Oktober 2021Sawadee! “Around the World Marrybrown” yang kini tiba di Land of Smiles, Thailand! Dikenali sebagai salah satu destinasi yang paling digemari rakyat Malaysia dengan hidangannya yang menyelerakan, Marrybrown memperkenalkan hidangan pedas, masam dan YAM-my terbaharu mereka, Marrybrown Tom Yam Chicken. Sementara menunggu sempadan negara dibuka semula, Marrybrown sudah bersiap sedia untuk pengembaraan seterusnya dengan nikmat keenakan hidangan YAM-my yang terbaharu ini!

Sejak penubuhannya, Marrybrown sentiasa memberikan ‘something different‘ kepada pelanggan mereka. Bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-40 tahun, rangkaian restoran perkhidmatan pantas Halal pertama terbesar di Malaysia telah membawa penggemarnya mengembara ke seluruh dunia bermula dari Korea, Itali dan kali ini ke Thailand dengan hidangan Tom Yam Chicken yang pasti menyelerakan!

Tidak kira tua atau muda, Thailand merupakan destinasi percutian yang disukai ramai kerana budaya  membeli-belahnya yang memuaskan dan makanan “Street food” yang lazat.  Oleh itu, kami membawakan hidangan istimewa dengan gabungan rasa pedas dan masam yang diadaptasi dari negara Thailand iaitu “Tom Yam Chicken”, kata Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.

Dapatkan 5 ketul Tom Yam Chicken yang dihidangkan di dalam ‘bucket’, bermula harga dari RM31.50. Terdapat juga Tom Yam Chicken Burger Combo dengan harga dari RM14.90, set yang dilengkapi dengan kentang goreng dan Nestlé Pink Lemonade eksklusif di Marrybrown.  Untuk mendapatkan hidangan lengkap, Tom Yam Big Box adalah pilihan tepat, bermula harga dari RM 25.80.   Setiap pembelian hidangan kombo, anda boleh menukar kentang goreng asli ke Tom Yam Fries dengan harga dari RM1.00 atau pesanan secara à la carte, bermula harga dari RM5.00.

Sokongan dari penggemar yang “Sememangnya Best adalah pemangkin semangat bagi kami untuk terus berusaha menyajikan hidangan istimewa di masa akan datang.   Nantikan kejutan hidangan dengan pilihan destinasi pengembaraan yang seterusnya dari Marrybrown!” kata Dato’ Joshua.

Marrybrown kini melayani berjuta-juta pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard yang tertinggi dalam kualiti, servis, dan kebersihan untuk pengalaman pemakanan yang sempurna.

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, hidangan Around the World, dan promosi and perkhidmatan penghantaran, sila layari:

Facebook: MarrybrownMalaysia

Instagram: Marrybrownmy

YouTube: MarrybrownTV

Delivery: https://marrybrown.com/mb-delivery/

© 2024 BlackButterfly DesignArts