Melano CC memperkenalkan Pencuci Muka Enzim Jenis Tiub Pertama di Pasaran
Jenama pemutih esen No. 1 di Jepun, Melano CC telah memperkenalkan Vitamin C Brightening Enzyme Face Wash, penyelesaian yang berkesan untuk membersihkan liang pori sambil mengekalkan kelembapan semula jadi kulit. Ia adalah pencuci muka enzim jenis tiub pertama yang dihasilkan untuk membantu mengekalkan kulit licin berseri. Dengan campuran Vitamin C dan enzim protease, pencuci muka ini mengurangkan bintik hitam, dan sel kulit mati dengan lembut serta menanggalkan kekotoran untuk menghidupkan semula kulit kusam. Pencuci berkrim ini kaya dengan buih untuk membuka pori-pori yang tersumbat dan menjadikan kulit licin dan bersih.
Enzim adalah bahan pengelupasan berkesan yang membantu memecahkan protein keratin di dalam lapisan paling atas kulit untuk membuang sel-sel kulit mati dengan lembut menghasilkan kulit kelihatan licin dan sihat. Ia juga boleh membantu dalam mengurangkan jeragat dan pigmentasi.
Melano CC Vitamin C Brightening Enzyme Face Wash, sesuai untuk kegunaan harian kerana ia mengandungi bahan yang tidak merengsa seperti:
Enzim mengandungi bakteria aktif, Melano CC menggunakan teknologi unik untuk mengurangkan kandungan airnya bagi menghalang enzim hidup daripada dinyahaktifkan semasa masih dalam tiub. Berbeza dengan pencuci muka enzim jenis serbuk di pasaran yang mengambil masa untuk berbuih selepas dicampur dengan air, pencuci muka enzim Melano CC jenis tiub dapat berbuih dengan lebih mudah dan pantas. Ia senang digunakan dan buihnya padat dan licin.
Arahan untuk menggunakannya:
Rangkaian produk Melano CC termasuk losen, esen, pelembap & topeng muka, dan Vitamin C Brightening Enzyme Face Wash terkini, iaitu pencuci muka enzim jenis tiub pertama di pasaran.
Buih pembersih ini perlahan-lahan melarut dan membersihkan bintik hitam, sebum berlebihan, kotoran, dan kekotoran dari permukaan kulit, mendedahkan kulit yang lebih segar dan kelihatan lebih licin dengan kecerahan yang dipertingkatkan. Ia juga berbau wangian Yuzu yang menyegarkan menjadikan kulit cantik dan segar.
Berharga RM39.90, Melano CC Vitamin C Brightening Enzyme Face Wash boleh didapati di cawangan Watsons di seluruh negara dan juga di kedai dalam talian rasminya. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk, log masuk ke www.facebook.com/MelanoCCMY.