Malaysian Genomics Resource Centre Berhad Catat Peningkatan Besar Perolehan Sebanyak RM7.63 Juta

Kumpulan kembali meraih keuntungan atas pengedaran raatan immunoterapi

Penjawatan semula Noor Azri bin Dato’ Sri Noor Azerai sebagai Pengarah Eksekutif

Petaling Jaya, 16 Februari 2022 – Malaysian Genomics Resource Centre Berhad (“MGRC” atau “Kumpulan”), pakar peneraju genom dan biofarmaseutikal, hari ini mengumumkan syarikat mencatat perolehan sebanyak RM7.63 juta bagi suku kedua berakhir 31 Disember 2021 (“2Q FY2022”), suatu peningkatan besar sebanyak RM7.49 juta berbanding perolehan sebanyak RM7.49 juta berbanding hanya RM0.14 juta bagi tempoh suku yang sama tahun sebelumnya.

Pertambahan di dalam perolehan adalah hasil sumbangan dari divisyen biofarmaseutikal Kumpulan, yang menyumbang 78% daripada keseluruhan perolehan dan kebanyakannya hasil pengedaran immuniterapi dan terapi sel serta pengedaran dan pentadbiran vaksin COVID-19.

MGRC mencatatkan keuntungan selepas cukai (“PAT”) sebanyak RM1.01 juta bagi 2Q FY2022 berbanding kerugian sebanyak RM1.55 juta pada suku tahunan sama tahun sebelum ini, suatu pusingan kembali ke keuntungan didorong oleh margin lebih tnggi daripada pengedaran immunoterapi dan terapi sel.

Bagi tempoh enam bulan pertama berakhir 31 Disember 2021 (“1H FY2022”), Kumpulan mencatat perolehan sebanyak RM16.94 juta, suatu pertambahan sebanyak RM16.72 juta berbanding RM0.22 juta bagi tempoh sama tahun kewangan sebelum ini. Bagi PAT pula, MGRC meraih RM1.25 juta bagi 1H FY2022 berbanding rugi sebanyak RM2.39 juta bagi tempoh sama tahun sebelum ini.

Dato’ Alvin Nesakumar, Pengarah Eksekutif MGRC, berkata, “Kemajuan besar di dalam perolehan adalah disebabkan aliran perolehan baharu berikutan langkah kami mempelbagaikan produk terutama ke sektor biofarmaseutikal pada akhir 2020 manakala kembalinya kami kepada keuntungan didorong oleh kejayaan meningkatkan margin lebih tinggi pengedaran immunoterapi dan terapi sel. Prestasi kewangan kami bagi suku tahunan dalam kajian berjalan dengan positif dan kami yakin ia adalah cukup kukuh untuk kami mengatur semula status saham penyenaraian kami.’’

Kumpulan turut mengumumkan penjawatan semula jawatan Encik Noor Azri bin Dato’ Sri Noor Azerai (“Azri Azerai”) sebagai Pengarah Eksekutif daripada Pengarah Bebas sebelum ini. Penjawatan semula beliau berkuatkuasa 16 Februari 2022.  Azri Azerai pada masa ini merupakan Pengarah Eksekutif Bintai Kinden Corporation Berhad (“Bintai Kinden”), dan Pengarah Bebas bukan-Eksekutif di Serba Dinamik Holdings Berhad dan NWP Holdings Berhad.

“Kami mengalu-alukan Azri Azerai sebagai pengarah eksekutif kami dengan beliau berkongsi wawasan yang sama untuk masa hadapan MGRC sebagai syarikat peneraju perkhidmatan penjagaan kesihatan berketepatan dan diperibadikan di rantau ini. Beliau memiliki pengalaman di dalam membantu memulihkan prestasi kewangan Bintai Kinden kembali kepada keuntungan sejurus pelantikannya ke Lembaga Pengarah syarikat pada Julai 2021, susulan penjawatan semulanya sebagai Timbalan CEO dalam tempoh setahun.’’

Alvin menambah, “Dengan ekonomi terus memulih, kami melihat peluang-peluang penting bagi perkongsian dan kolaborasi komersial inovatif di dalam bidang genom dan biofarmaseutikal. Kami berharap untuk mengumumkan inisiatif-inisiatif baharu ini dalam bulan-bulan mendatang.’’

© 2023 BlackButterfly DesignArts