Malaysia yang pertama melancarkan Cadbury Dairy Milk Chipsmore!

KUALA LUMPUR, 17 Jun 2020 – Sama seperti biskut dan susu, mentega dan kaya, ada sesetengah benda di dunia ini sememangnya tidak boleh dipisahkan. Menyedari hakikat ini, Mondelez International (Malaysia) teruja melancarkan produk terbaru Cadbury Dairy Milk Chipsmore! yang memberikan pengalaman luar biasa dari segi tekstur yang serba unik kepada para peminat coklat. Konfeksi terbaru jenama berkenaan bakal memberi kegemberiaan kepada para penggemar coklat dan biskut dengan menggabungkan kedua-dua ciri terbaik snek pilihan ramai iaitu rasa coklat yang lembut dan biskut cip coklat yang chunky.

Dengan penggabungan ini, Cadbury Dairy Milk mengajak semua peminat coklat untuk menikmati kombinasi terbaharu ini yang sememangnya lebih istimewa dengan caranya yang tersendiri. Setiap kunyahan Cadbury Dairy Milk Chipsmore! ini mencipta satu pengalaman yang sempurna di dalam mulut anda. Semasa menikmatinya, anda akan terasa kelembutan coklatnya yang lembut  sebelum disambut oleh kerangupan kepingan biskut cip coklat yang cair di dalam mulut anda, dengan memberikan rasa coklat yang sememangnya anda kenali dengan setiap kunyahan. 

Cadbury Dairy Milk Chipsmore

Dengan pengenalan produk ini, menunjukkan komitmen Cadbury Dairy Milk untuk terus berinovasi dalam melahirkan produk yang dekat di hati pengguna. Pada ada masa yang sama ianya juga selari dengan tujuan Mondelēz dalam menghasilkan snek yang tepat,  untuk detik yang istimewa, dihasilkan dengan cara yang betul untuk pengguna. Cadbury sebelum ini juga telah memperkenalkan beberapa perisa menarik yang lain bagi memikat para peminat Cadbury Dairy Milk di Malaysia termasuklah Cadbury Dairy Milk Marvellous Creations, Cadbury Dairy Milk Oreo dan Cadbury Dairy Milk Bubbly.

“Tidak dinafikan lagi bahawa coklat Cadbury Dairy Milk itu sendiri sememangnya sudah  hebat, namun kami di Mondelez Malaysia sentiasa melakukan pembaharuan dan berinovasi bagi menyediakan lebih banyak pilihan snek enak kepada pengguna kami. Produk seperti Cadbury Dairy Milk Chipsmore! meraikan penyatuan rasa dan tekstur yang unik, dicipta khusus untuk memberikan pengalaman yang lebih baik bersama kepada para peminat coklat.” kongsi Pengurus Kategori Coklat Mondelez International, Malaysia, Singapura dan Thailand, Rahul Mathur.

Menerusi penghasilan Cadbury Dairy Milk Chipsmore! ini, pembuat coklat tersebut berharap untuk menggalakkan rakyat Malaysia mencipta dan berkongsi detik indah yang lebih baik bersama. Sama ada berkelah di taman atau menonton wayang, pengalaman seperti ini sememangnya lebih menyeronokkan jika dilakukan bersama-sama dengan rakan-rakan dan mereka yang tersayang.

Cadbury Dairy Milk Chipsmore! terbaru ini boleh didapati di semua pasar raya utama di seluruh negara pada harga runcit yang disyorkan:

  • RM 3.30 untuk 40g
  • RM 5.90 untuk 90g
  • RM 8.90 untuk 165g

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Cadbury Malaysia, sila kunjungi laman Facebook kami di https://www.facebook.com/CadburyMalaysia.

Cadbury Dairy Milk Chipsmore
© 2023 BlackButterfly DesignArts