BAT Digital Business Solutions Diiktiraf bagi Pembangunan Bakat Unggul
Kuala Lumpur, 30 April 2024 – Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab strategik Digital Business Solutions bagi British American Tobacco (BAT), menyokong operasi global terutamanya di rantau Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika (APMEA). BAT Digital Business Solutions di Kuala Lumpur (BAT DBS KL) meraikan ulang tahun yang ke-25, menandakan pencapaian penting dalam proses transformasinya, dengan tumpuan untuk memupuk inovasi, kecekapan dan pengasahan bakat.
Sejak penubuhannya pada tahun 1999, BAT DBS KL telah mengalami transformasi unggul yang menyaksikan perubahan daripada pusat perkhidmatan teknologi bersama kepada pusat penyelesaian pelbagai kebolehan yang dinamik. Kini mempunyai lebih daripada 20 kapabiliti, ia menjadi asas kepada operasi global BAT, menjana lebih daripada enam kali ganda hasil eksport yang dicatatkan pada permulaannya. Sempena ulang tahun yang ke-25 pada tahun 2024, hab tersebut berbangga dengan perkembangan yang berterusan dan komitmen yang teguh untuk memacu transformasi digital BAT ke arah membina A Better Tomorrow™.
Perayaan ulang tahun ke-25 bagi transformasi progresif BAT DBS KL diadakan di Malaysia pada hari Jumaat, 26 April. Menurut Emmanuel Vaubourg, Pengurus Besar bagi IDT Kuala Lumpur dan Ketua Perkhidmatan Teknologi Global – BAT, penyelesaian inovatif entiti tersebut memainkan peranan penting dalam memacu kemajuan. Sejak penubuhannya, BAT DBS KL telah menjadi hab penyelesaian penting untuk menerajui transformasi digital BAT dalam membangunkan A Better Tomorrow™, menerusi keupayaannya yang pelbagai untuk membina perniagaan berbilang kategori yang lebih kuat, ringkas dan pantas.
Shahid Afzal, Pengurus Besar GBS Malaysia dan Ketua Kewangan Global – BAT berkata, dengan memanfaatkan kepakaran teknologi canggih dan peluasan penawaran perkhidmatan, syarikat ini menyokong persekitaran perniagaan BAT yang dinamik dengan berkesan. Di samping itu, sumbangan BAT DBS KL kepada ekonomi Malaysia telah pun melangkaui RM1.6 bilion sepanjang lima tahun yang lalu, meneguhkan lagi peranan Pusat ini dalam menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pendigitalan di negara ini.
BAT DBS KL menggunakan teknologi dan data untuk memperkemas proses dan memacu inovasi dalam BAT. Dengan tumpuan kepada automasi dan analisis data, kami memperkukuh pasukan kami dengan pandangan berdasarkan data untuk memberikan penyelesaian digital yang meluas. Hab yang menyokong operasi global ini meliputi lebih 63,000 pengguna akhir di seluruh dunia, di samping lebih daripada 1,500 aplikasi serantau dan global.
Pada tahun 2005, BAT DBS KL memperkenalkan perkhidmatan kewangan komprehensif yang meningkatkan kecekapan dan memiawai proses bagi rantau APMEA. Kini, ia masih memberi sokongan proses berbilang fungsi kepada lebih 100 negara dan pasaran di seluruh dunia menerusi penggunaan automasi, analisis dan kecemerlangan proses bagi fungsi Kewangan, Sumber Manusia, Perolehan, dan lain – lain.
Menerusi pelaburan dalam modal insan di Malaysia, BAT DBS KL telah mewujudkan peluang pekerjaan dan mengutamakan pembangunan kemahiran, yang menyaksikan pertambahan lebih 30% dari segi pengembangan kakitangan sejak 2019. Hab ini mempunyai pasukan yang terdiri daripada lebih 850 individu dari 30 negara yang mencerminkan kepelbagaian di Malaysia. Kekuatan organisasi ini terbina daripada kepelbagaian, yang membantu memupuk kreativiti, inovasi dan perspektif global dalam segala usaha yang dilaksanakan.
Kecemerlangan perkhidmatan dan pembangunan bakat yang cemerlang di BAT DBS KL telah secara konsisten diiktiraf melalui pelbagai anugerah berprestij sejak penubuhannya . Antara anugerah yang diterima termasuklah anugerah Syarikat Terbaik untuk Bekerja di Malaysia oleh HR Asia sepanjang tujuh tahun berturut-turut dan Majikan Terbaik di Malaysia, Anugerah Pilihan Graduan oleh Talentbank. Selain itu, BAT DBS KL juga mendapat pengiktirafan Shared Services & Outsourcing Network (SSON) Impact Awards Asia selama tiga tahun berturut-turut dalam pelbagai kategori, termasuklah Customer Centricity dan Diversity & Inclusion.
BAT DBS KL BERI SUMBANGAN KEPADA YANG MEMERLUKAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE- 25 DI MALAYSIA
Sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-25, BAT DBS KL mengukuhkan lagi komitmennya ke arah A Better Tomorrow™ melalui nilai terasnya iaitu Stronger Together dan Do The Right Thing.
Dengan mengutamakan pertumbuhan bersama dan perangkuman kepelbagaian, BAT DBS KL berkerjasama dengan Food Aid Foundation menghulurkan bantuan kepada individu gelandangan dan golongan kurang bernasib baik dengan menyumbang 5000 pek jagaan yang mengandungi bekalan makanan penting melalui aktiviti KL Hub Cares syarikat tersebut. Inisiatif ini menyediakan bekalan makanan asas untuk golongan yang memerlukan, menonjolkan komitmen BAT DBS KL untuk membawakan impak positif kepada masyarakat, sejajar dengan matlamat globalnya untuk membina A Better Tomorrow™.