Malaysia Menduduki Tangga No.1 dalam Kebocoran Nombor Telefon Bimbit

73% nombor telefon bimbit di Malaysia bocor
Lebih 400 juta panggilan ‘scam’ telefon dan mesej berleluasa diserata dunia

Kuala Lumpur, 6 April 2023 – Gogolook, jenama terkemuka dalam TrustTech yang meningkatkan keselamatan global dengan teknologi anti-penipuan dan perkhidmatan pengurusan risiko mendedahkan bahawa 73% atau bersamaan dengan lebih 21 juta orang di Malaysia di dapati nombor telefon bimbit mereka telah dibocorkan atau dijual kepada sindiket penipuan atas talian.

Malaysia Menduduki Tangga No.1 dalam Kebocoran Nombor Telefon Bimbit
Up to 73% of cell phone numbers in Malaysia are leaked

Malaysia menduduki tempat pertama dalam kebocoran nombor telefon bimbit berdasarkan Gogolook 2022 Annual Fraud Report” yang meneliti kebocoran maklumat sulit dan operasi huluan dalam rantaian industri sindikit penipuan atas talian dibeberapa negara – Taiwan, Jepun, Thailand, Korea dan Malaysia. Laporan ini diterbitkan dengan kerjasama Constella Intelligence, penyedia perkhidmatan pelindungan risiko digital antarabangsa dalam usaha untuk meningkatkan pengetahuan anti-penipuan kepada orang awam.

Selain nombor telefon bimbit, laporan itu juga menyatakan antara kebocoran maklumat sulit utama adalah kata laluan log masuk dan nama bagi Malaysia, Taiwan, dan Thailand, diikuti dengan alamat, negara, tarikh lahir dan kebocoran e-mel. Bahayanya pencerobohan data peribadi untuk kata laluan log masuk boleh menyebabkan akaun perbankan dalam talian atau rangkaian media sosial dicuri. Apabila sindikit penipuan atas talian mendapat akses kepada nama, nombor telefon dan juga rekod pembayaran dan beli-belah, mereka dengan mudah boleh memulakan serangan panggilan telefon dan mesej. Jika nama dan alamat dibocorkan, orang ramai mungkin akan menerima “bungkusan yang tidak diminta dengan pembayaran sewaktu diterima”.

Malaysia Menduduki Tangga No.1 dalam Kebocoran Nombor Telefon Bimbit
Private Information Leakage Frequency Ranking

Maklumat sulit yang bocor selalunya merupakan langkah pertama yang membawa kepada kes penipuan. Menurut Whoscall, yang dikuasakan oleh Gogolook, aplikasi ID pemanggil yang telah dimuat turun sebanyak 100 juta kali dengan pangkalan data terbesar di Asia Timur dan Asia Tenggara, telah mengenal pasti lebih 405.4 juta panggilan telefon dan mesej penipuan sindikit atas talian berlaku di seluruh dunia pada tahun 2022. Laporan juga menunjukkan bahawa sindikit penipuan atas talian mengutamakan mesej teks kerana kadar penembusan yang tinggi serta kos yang rendah menyumbang kepada 76% daripada mesej digunakan sebagai ‘langkah pertama’ dalam kes penipuan. Penemuan data ini diperkukuhkan lagi dengan sebanyak 95% serangan penipuan di Jepun dan 80% serangan penipuan di Taiwan, Korea dan Malaysia menggunakan mesej dan bukannya panggilan telefon.

Malaysia Menduduki Tangga No.1 dalam Kebocoran Nombor Telefon Bimbit
Scams Still Rampant Worldwide, and Messaging is Higher Proportionally Than Ever

Menurut Fortune Business Insight, Industri Anti-Penipuan akan berkembang kepada AS$129.2 bilion dalam skala pasaran menjelang tahun 2029 atau CAGR sebanyak 22.8%. Kes penipuan telah meningkat di semua negara dengan pantas selama lebih dua tahun, tanpa sebarang tanda-tanda penurunan malah akan terus meningkat. Kes penipuan juga telah diadaptasi untuk mengikut cara setempat dengan format unik, hotsposts dan akan mengikuti hal ehwal semasa kawasan setempat yang menjadikannya agak sukar untuk ditangani tetapi tidak mustahil.

Untuk memerangi penipuan dengan berkesan, Malaysia menggunakan sistem pelaporan baharu melalui Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC) di mana orang ramai boleh melaporkan kes penipuan dengan mendail talian hotline 997. Terbaru, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah bekerjasama dengan Whoscall untuk meningkatkan pangkalan data nombor penipuan. Kerjasama itu melibatkan perkongsian pangkalan data nombor penipuan daripada portal CCID PDRM kepada sistem data Whoscall menjadikannya aplikasi ID pemanggil yang paling terkini dan boleh dipercayai untuk rakyat Malaysia melindungi diri mereka daripada jenayah penipuan atau scam.

Malaysia Menduduki Tangga No.1 dalam Kebocoran Nombor Telefon Bimbit
Common Scams and Government Responses

Orang ramai juga perlu peka dengan modus operandi sindikit penipuan atas talian dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, di Malaysia, jenis penipuan yang muncul ialah meminta untuk menerima kod pengesahan OTP. Kadangkala, sukar untuk membezakan penipuan tetapi dengan teknologi terkini, anda boleh memuat turun Whoscall sebagai barisan pertahanan pertama anda terhadap sindikit penipuan atas talian kerana ia akan menyaring semua mesej dan panggilan masuk melalui pangkalan data proprietarinya dengan lebih 1.6 bilion entri nombor telefon dalam masa nyata secara global.

Ambil langkah bijak dengan memuat turun aplikasi Whoscall sekarang secara PERCUMA, https://whoscall.onelink.me/MQQa/PDRMAntiScam . Dapatkan laporan penuh “Gogolook 2022 Annual Fraud Report” di https://files.gogolook.com/fraud-report-en-2022.pdf dan untuk maklumat terkini sila ikuti https://www.facebook.com/whoscall.malaysia/.

© 2023 BlackButterfly DesignArts