MALAM AMAL BERSAMA KANAK-KANAK PUSAT JAGAAN SHEKINAH

MALAM AMAL BERSAMA KANAK-KANAK PUSAT JAGAAN SHEKINAH

IJM Land menyampaikan keceriaan perayaan kepada kanak-kanak yang memerlukan dengan menganjurkan malam amal di Kelab S2

Seremban, 20 Disember 2023 – IJM Land, pemaju hartanah terkemuka, meneruskan komitmen untuk memenuhi tanggungjawab sosial mereka dengan menganjurkan Angel Tree Charity Night di Kelab S2 baru-baru ini. Acara tahunan ini diadakan untuk membawakan kegembiraan kepada anak-anak yatim Pusat Jagaan Shekinah sempena musim perayaan hujung tahun.

Program Angel Tree Charity Night, tradisi yang bermula pada tahun 2016, membuktikan dedikasi IJM Land dalam usaha mereka untuk memberi kembali kepada masyarakat Seremban. Setakat ini, IJM Land telah mendatangkan kesan positif kepada kehidupan lebih 150 kanak-kanak dan program ini kekal sebagai sebahagian yang penting dalam inisiatif amal tahunan IJM Land.

Encik Chai Kian Soon, Pengurus Besar Kanan IJM Land Berhad menyatakan dedikasi syarikat terhadap tanggungjawab sosial dan keutamaan mereka untuk memberi kembali kepada masyarakat. Komitmen IJM Land untuk mempertingkatkan kehidupan masyarakat telah membuahkan kerjasama rapat mereka dengan pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk mendatangkan perubahan yang bermakna bagi mereka yang kurang bernasib baik.

MALAM AMAL BERSAMA KANAK-KANAK PUSAT JAGAAN SHEKINAH

“Sambil kita meraikan musim perayaan ini, ia merupakan tanggungjawab kita untuk berkongsi kegembiraan dengan mereka yang kurang bernasib baik dan program Angel Tree Charity Night merupakan salah satu inisiatif kami untuk mengukirkan senyuman pada wajah-wajah mereka yang memerlukan,” kata Encik Chai.

Untuk meraikan semangat Krismas, acara amal tersebut memenuhi senarai hajat anak-anak yatim sambil mencipta kenangan yang tidak akan dilupakan menerusi pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. IJM Seremban 2 telah mengaturkan sesi makan malam, sesi permainan dan persembahan Krismas yang mempesonakan.  Ahli Kelab S2 turut dijemput untuk menyumbang dan meyertai sesi penyampaian hadiah bagi memenuhi hasrat kanak-kanak.

MALAM AMAL BERSAMA KANAK-KANAK PUSAT JAGAAN SHEKINAH

“Program Angel Tree Charity Night merupakan sambutan untuk meraikan perasaan belas kasihan, komuniti, dan permulaan baharu. Ia benar-benar menggembirakan untuk melihat bagaimana program ini dapat meninggalkan kesan yang positif kepada kanak-kanak sejak ia mula dianjurkan beberapa tahun yang lalu. Kami di IJM Land bertekad untuk meneruskan tradisi ini demi mewujudkan perubahan yang berkekalan dalam komuniti,” kata Encik Chai.

Ketika kita menyambut ketibaan tahun yang baharu, marilah kita berganding bahu untuk mendatangkan perubahan dan meraikan musim perayaan ini dengan penuh kemesraan, kebaikan, dan kegembiraan.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif di atas, sila layari http://seremban2.ijmland.com/.

© 2023 BlackButterfly DesignArts