‘Make it Grey’ dengan New Balance dalam sambutan Grey Day 2022

Sebagai penghormatan kepada warisan kelabu ikonik, New Balance meraikan Grey Day 2022 di The Grey Box, GMBB dari 13 sehingga 15 Mei
Grey Day 2022 menyaksikan pelancaran pakaian baharu dan rekaan kasut bespoke daripada model-model kegemaran ramai – 327, 57/40 dan XC-72 dalam pelbagai tona kelabu

Kuala Lumpur, 14 Mei 2022 – Kelabu merupakan warna yang sinonim dengan warisan New Balance dan di bulan Mei ini, New Balance memperkenalkan tiga rekaan bespoke bagi model 327, 57/40 dan XC-72 dalam pelbagai tona kelabu dan juga pakaian Essentials yang baharu. Grey Day disambut pada tarikh 14 Mei sebagai penghormatan kepada warna ikonik ini yang telah menjadi simbol utama bagi New Balance dan di Malaysia, New Balance meraikan Grey Day 2022 dengan sebuah pameran pop-up di The Grey Box, GMBB dari 13 sehingga 15 Mei.

Sepanjang satu abad, hanya satu warna yang berkekalan dalam inovasi dan legasi jenama ini. Oleh itu, adalah wajib dalam sambutan tahunan Grey Day untuk melancarkan rekaan baharu berdasarkan bayangan klasik dalam pelbagai tona kelabu legenda New Balance bagi mengangkat keunggulan warna kelabu dan sumbangannya terhadap warisan New Balance. Cogan kata tahun ini – ‘Make it Grey’ meraikan individu-individu yang berani untuk berdikari dan mendorong kejayaan mereka melalui interpretasi warna kelabu dengan cara mereka tersendiri.

“Warna kelabu pada hakikatnya adalah warna yang ringkas tetapi juga amat kompleks kerana ia boleh merungkaikan pelbagai kisah bergantung kepada warnayang digunakan atas kasut. Mata manusia boleh membezakan ratusan jenis warna kelabu, menjadikannya warna versatil yang kita sentiasa gunakan.” kata Paul Kaseumsouk, Pengurus Projek Kanan kepada produk-produk Grey Day 2022.

“Cogan kata kami, Make it Grey, merupakan tema kepada Grey Day 2022. Kelabu menggambarkan keseimbangan, kelabu adalah neutral, kelabu itu menimbulkan rasa tenang. Kelabu boleh menjadi apa juga yang anda ingin jadikan, Make it Grey with New Balance,” tambah beliau.

New Balance Malaysia menyambut ketibaan Grey Day 2022 dengan kerjasama yang mengujakan bersama artis grafiti antarabangsa, Cloakwork, untuk menghasilkan instalasi seni bespoke. “Mendapatkan inspirasi daripada ‘Make it Grey’, saya berbangga dapat menyertai New Balance dan menunjukkan makna warna kelabu mengikut pandangan saya. Sebagai seorang artis grafiti, saya banyak meluangkan masa tanpa disedari oleh sesiapa dan apabila saya menghadapi dinding konkrit kelabu, saya akan membayangkan kemungkinan yang tidak berkesudahan atas kanvas dan inilah sebabnya kelabu untuk saya bermaksud  ‘perlawanan’. Penghasilan karya seni ini merupakan satu peringatan kepada saya dan juga penonton untuk memperlahankan gerak-geri mereka, menghela nafas dan menikmati hidup.” kata Cloakwork.

Butiran Pameran Pop-Up Grey Day 2022:

Lokasi: The Grey Box, GMBB, No. 2, Jalan Robertson, Bukit Bintang, 50150 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Tarikh & masa:

  • Sabtu 14 Mei (11 pagi – 8 malam)
  • Ahad 15 Mei (11 pagi – 8 malam)

Aktiviti:

  • Pameran produk New Balance ‘Make it Grey’
  • Instalasi seni oleh Cloakwork
  • Bengkel membuat logo Mini-New Balance dengan teknik tufting oleh bytuftme
  • Bengkel tekstil cetakan silkscreen oleh CraftatNo7, dengan hasil seni yang direka khas oleh Cloakwork
  • Makanan dan minuman ringan oleh hétam™
  • Kiosk foto oleh Tagbooth

Kasut-kasut The Grey Day 2022 daripada koleksi 327, 57/40 and XC-72 boleh didapati di semua kedai New Balance dan http://www.newbalance.com.my dengan harga runcit yang disyorkan RM499.00 bagi 327, RM539.00 bagi XC-72 dan RM579.00 bagi 57/40.

Lelaran baru kasut-kasut rekaan 327, XC-72 dan 57/40 dibuat menggunakan 50% bahan mentah yang dipilih mengikut piawaian daun hijau New Balance[1], menjadikannya kasut kelabu yang paling ‘hijau’ setakat ini.

New Balance juga melancarkan pakaian baharu untuk koleksi Grey Day 2022 yang boleh didapati secara dalam talian dan juga di kedai dengan harga runcit yang disyorkan bermula dari RM129.00 ke atas.

Hashtags: #MakeitGrey #NBGreyDay #NewBalanceMY

Instagram: @newbalance @newbalancelifestyle

Facebook: @newbalancemalaysia

'Make it Grey' with New Balance in celebration of Grey Day 2022

[1]  Tentang piawaian daun hijau New Balance *Untuk mengiringi sebarang sebutan piawaian daun hijau New Balance

Piawaian daun hijau New Balance menunjukkan penggunaan bahan pilihan alam sekitar merentas produk kasut dan pakaiannya. Untuk pakaian yang memenuhi piawaian daun hijau New Balance, sekurang-kurangnya 50% daripada bahan dalam pakaian diperoleh dengan mengutamakan alam sekitar. Untuk kasut yang memenuhi piawaian daun hijau New Balance, sekurang-kurangnya 50% daripada bahan di bahagian atasnya (upper) diperoleh dengan mengutamakan alam sekitar, dan sekurang-kurangnya satu bahan di tapak tengah (midsole)/tapak luar (outsole) menggunakan kira-kira 3% kandungan berasaskan bio atau 5% kandungan kitar semula. New Balance menganggap suatu bahan sebagai mengutamakan alam sekitar berdasarkan ciri-ciri fizikalnya (contohnya, poliester kitar semula) atau berdasarkan amalan penyumberannya yang lebih mampan (contohnya, kulit yang diperoleh daripada penyamak bertaraf LWG Gold).

574 ini memenuhi piawaian daun hijau New Balance dengan bahagian atas (upper) yang diperbuat daripada 50% atau lebih kandungan kitar semula dan kulit yang menyokong pembuatan yang lebih bertanggung jawab melalui Leather Working Group. Bahan tapak luar (outsole) mengandungi 5% kandungan kitar semula. Ketahui lebih lanjut tentang piawaian daun hijau New Balance di newbalance.com/env

© 2023 BlackButterfly DesignArts