Makanan Tambahan Kesihatan Tersendiri daripada Keputusan Saringan Genetik Ditawarkan di airasia Super App

Malaysian Genomics, airasia Super App, Speedoc dan Unique Remedy Bekerjasama Tawarkan Penyelesaian Kesihatan kepada 51 juta Pengguna airasia Super App

PETALING JAYA, 6 APRIL 2022Malaysian Genomics Resource Centre Berhad (“Malaysian Genomics” atau “Kumpulan”; Bursa: MGRC, 0155), sebuah syarikat genomik dan biofarmaseutikal, mengumumkan pelancaran penyelesaian saringan genetik dan makanan tambahan tersendiri di platform digital pengembaraan dan gaya hidup utama di rantau ini, airasia Super App.

Selain daripada airasia Super App, gabungan unik ini turut meliputi Speedoc, sebuah platform klinik maya dan penyelesaian penjagaan kesihatan yang akan menyediakan nasihat bagi keputusan ujian oleh doktor mereka, manakala rakan kongsi MGRC Unique Remedy, iaitu pakar farmasi yang akan menyediakan makanan tambahan kesihatan tersendiri.

Kesemua penyelesaian saringan genetik termasuklah ujian saringan genetik Dtect Wellness yang melengkapkan makanan tambahan tersendiri berdasarkan keputusan ujian setiap orang. Ujian Dtect Wellness menganalisis DNA setiap orang untuk mengenal pasti petanda genetik yang berperanan penting dalam mempengaruhi nutrisi, kesihatan dan kesejahteraan. Berdasarkan kepada keputusan ujian, makanan tambahan yang dirasakan penting bagi kesihatan seseorang itu akan dikenal pasti, dan makanan tambahan kesihatan tersendiri akan dihasilkan.

En. Sasha Nordin, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Genomics, berkata, “Kami gembira dengan kerjasama untuk membawa rangkaian penyelesaian saringan genetik kami kepada orang ramai. Inilah kali pertama Malaysian Genomics menawarkan saringan genetik bersama-sama dengan penyelesaian makanan tambahan kesihatan. Ujian saringan genetik boleh memberi maklumat dan membayangkan risiko kepada banyak jenis penyakit dan keadaan yang memberi kesan kepada kesihatan. Pengetahuan daripada saringan genetik adalah penting kerana seseorang boleh membuat perubahan kepada gaya hidup dan pemakanan mereka untuk menjalani hidup yang lebih sihat. Makanan tambahan kesihatan tersendiri adalah antara satu daripada langkah yang boleh dilakukan dengan cepat.”

Encik Noor Azri bin Dato’ Sri Noor Azerai (“Azri Azerai”), Pengarah Eksekutif Malaysian Genomics, berkata, “Kerjasama ini akan menjadi permulaan kepada siri produk dan perkhidmatan menarik yang akan kami tawarkan untuk mengembangkan rangkaian penyelesaian berkaitan penjagaan kesihatan Malaysian Genomics yang memenuhi keperluan dan kumpulan yang berbeza apabila ramai orang menjadi lebih prihatin tentang kesihatan mereka dan ingin mengetahui lebih lanjut serta mengambil langkah bagaimana mereka boleh memperbaiki atau meningkatkan kesihatan mereka.”

En. Vincent Gooi, Ketua airasia health, airasia Super App, berkata, “Pasukan Allstars dan semua pengguna super app adalah keutamaan kami, dan kami amat teruja untuk mengalu-alukan tambahan program saringan genetik Malaysian Genomic ke platform kesihatan airasia. Adalah penting bagi kita untuk menyedari dan mempelajari bagaimana untuk menjaga diri kita sendiri sebelum kita menjaga orang lain. Keputusan ujian komprehensif daripada Dtect Wellness memberi maklumat berguna malahan memberi maklumat lanjut tentang pengurusan berat, respon terhadap nutrisi dan makanan tambahan dan kemungkinan berlaku kecederaan berkaitan aktiviti fizikal.”

Selain daripada Dtect Wellness, ujian lain boleh ditambah kepada penyelesaian itu termasuklah Dtect Onco yang menyaring risiko kanser keturunan, Dtect Cardio & Metabolic yang menyaring penyakit kardiovaskular dan metabolik dan, Dtect PGx yang menyaring risiko kesan buruk dan respon kepada ubat-ubatan yang dipreskripsi.

Penyelesaian ujian saringan genetik ini boleh dibeli di AirAsia’s The Asean Super App.

© 2023 BlackButterfly DesignArts