Ramadan kini tiba, dan umat Islam di seluruh dunia sedang berpuasa selama sebulan – bangun sebelum subuh untuk bersahur bagi menikmati hidangan pertama mereka pada hari itu, yang mana ia juga merupakan hidangan terakhir sehingga matahari terbenam apabila mereka berbuka puasa. Makan dengan betul semasa Bulan Suci adalah kunci untuk mengekalkan kecergasan dan tenaga untuk melakukan aktiviti harian kita semasa berpuasa.
Kami berbual dengan tukang masak dan Pakar makanan Timur Tengah Rouba Shahin tentang beberapa bahan makanan super kegemarannya untuk dimasukkan ke dalam hidangan sahur dan berbuka puasa. Bukan sahaja snek super ini mengekalkan tahap tenaga anda secara keseluruhan, ia juga mempunyai pelbagai manfaat kesihatan!
Pastikan anda menyemak beberapa resipi lazat beliau menggunakan bahan-bahan utama ini pada aplikasi Muslim Pro!
1. Kurma
Kita mulakan senarai makanan super dengan makanan yang tidak asing lagi dan menjadi ikon pada musim puasa – kurma! Disebut di dalam Qur’an lebih daripada 20 kali, kurma sangat dikenali dan merupakan buah yang sedap untuk dijadikan juadah berbuka puasa.
Sementara pepatah “sebiji epal sehari menjauhkan anda daripada doktor” adalah pepatah yang terkenal di Barat, setara dengan pepatah Muslim ialah “tujuh biji kurma sehari menjauhkan anda daripada doktor”. Nabi (SAW) menetapkan makan tujuh kurma pada waktu pagi sebagai perlindungan terhadap racun dan sihir – tetapi diketepikan faedah mistik, banyak kajian juga telah mengatakan kurma sebagai makanan super!
Dengan kandungan gula semulajadi dan penuh dengan serat, tidak boleh dipersoalkan lagi mengapa kurma menjadi makanan ruji Ramadan. Kurma juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral penting seperti kalium (satu kurma mengandungi lebih banyak kalium daripada sebiji pisang!), kalsium, magnesium, besi dan fluorin serta pelbagai vitamin dan mineral yang lain. Kurma bukan sahaja memiliki kelazatan yang tersendiri, tetapi anda juga boleh menikmatinya dalam salad, pencuci mulut atau smoothie – sedap!
2. Habbatus Sauda (Jintan Hitam)
Habbatus Sauda, atau jintan hitam mempunyai banyak manfaat yang membantu menguatkan sistem imun badan, dan sering digunakan sebagai ubatan semula jadi dalam menyembuhkan pelbagai penyakit. Habbatus Sauda telah dikaji secara meluas dan disebut-sebut kerana sifat antioksidannya yang kuat, khususnya thymoquinone, yang menghapuskan radikal bebas (molekul tidak stabil) dalam badan anda yang boleh membawa kepada keadaan kesihatan yang tidak baik.
Dalam masakan, is digunakan sebagai campuran rempah dan perasa untuk menaikkan aroma hidangan. Jintan Hitam mempunyai bauan yang harum seperti harum bawang goreng yang sesuai di dalam sup, hidangan kentang berempah, hidangan ikan dan sayur-sayuran – pelbagai kemungkinan untuk semua hidangan!
3. Buah tin
Ini juga merupakan salah satu buah yang terkenal di Timur Tengah! Buah tin boleh dimakan segar atau yang telah dikeringkan, dipanggang atau yang telah disejukkan, dan ia sangat enak dihidangkan bersama salad atau pencuci mulut.
Buah ini telah terkenal berabad lamanya, sama seperti kurma. Mereka juga disebut dalam Al-Quran, terkenal kerana memberi manfaat dalam kesihatan, memandangkan ia kaya dengan sumber kalsium, zat besi, magnesium, vitamin B6 dan kalium. Buah tin bukan sahaja rendah lemak, tetapi juga tinggi serat untuk membantu proses penghadaman. Pengambilan buah tin telah terbukti menyokong bakteria sihat dalam usus, membantu untuk mengurangkan sembelit dan kembung perut.
4. Buah Delima
Buah Delima – juga dikenali oleh umat Islam sebagai buah Jannah (syurga) – disebut dalam Al-Quran sebanyak tiga kali dan disebutkan dalam hadis sebagai baik untuk sistem pencernaan dan kesihatan rohani. Buah yang mempunyai rasa manis dan sedikit rasa masam menyegarkan lelangit, dan kaya dengan antioksidan, vitamin, mineral dan asid folik.
Butiran buahnya seperti bentuk permata ini dijadikan sebagai hiasan yang mencantikkan untuk beberapa hidangan Timur Tengah, seperti dips, salad dan hidangan utama. Selain itu, ia juga boleh dinikmati begitu sahaja atau dengan sedikit yogurt!
5. Anggur
Anggur merupakan salah satu buah – buahan sunnah yang disebut di dalam Al – Quran sebanyak enam kali, dan ia merupakan salah satu buah – buahan yang terdapat di dalam Syurga. Ibn al-Qayyim dalam karya agungnya “The Prophetic Medicine” berkata anggur adalah makanan yang baik untuk mencegah penambahan berat badan, serta menjadi sumber khasiat yang sangat baik. Anggur kaya dengan vitamin C dan kalium, dengan banyak antioksidan (20 kali ganda kuasa antioksidan daripada vitamin E, dan 50 kali ganda lebih besar daripada vitamin C)!
Buah ini memiliki kehebatannya yang tersendiri, dan ia enak dinikmati bersama salad buah segar!
7. Madu Semulajadi
Siapa sangka dengan menjadi sihat kehidupan menjadi sangat indah? Satu lagi buah sunnah yang menakjubkan dan pilihan superfood ketujuh kami ialah madu!
Jika anda pernah mendengar petualama untuk mencampurkan madu ke dalam air suam bagi meredakan sakit tekak, ternyata ada merit saintifik untuk remidi ini! Madu penuh dengan sifat anti-bakteria dan anti-radang yang membantu meneutralkan bakteria berbahaya.
Selain daripada meminum air madu (disyorkan dengan perahan limau), kami juga menyukai madu yang disiram atas buah tin panggang, disapu pada roti bakar, atau sebagai topping pada Yoghurt Yunani dan granola yang lazat!
6. Kiwi
Setakat ini setiap senarai makanan sunnah yang dinyatakan adalah makanan kesukaan di Timur Tengah, tetapi di sini kami menyampaikan superfood yang tidak mungkin dapat dinikmati oleh nenek moyang Timur Tengah kami.
Mudah ditemui di bahagian buah – buahan pasar raya anda, buah – buahan kecil kabur ini boleh berada di samping buah-buahan terkenal yang lain kerana kaya dengan sumber serat, vitamin C dan K, dan khasiatnya mengatasi pisang, epal, strawberi dan juga oren.
Kiwi juga dikatakan sebagai buah – buahan yang mampu memperbaiki tidur dan meningkatkan mood dengan lebih baik.Lantaran itu,bagaimana anda tidak merasa lebih baik setelah memakan makanan yang sihat dan sedap?
8. Minyak Zaitun
Ramai orang sering mengadu tentang kulit kusam dan jerawat pada bulan Ramadan kerana kekurangan air (memakai topeng muka juga tidak dapat membantu!). Walaupun minum air yang mencukupi semasa waktu bukan bulan puasa adalah penting, pengambilan buah zaitun dan minyak zaitun ke dalam diet anda juga akan berfungsi dengan baik. Bukan sahaja kaya dengan antioksidan, serat dan vitamin E, minyak zaitun juga mempunyai pelbagai kelebihan dan boleh disiram pada hampir semua makanan untuk kelihatan segar dan berkilauan pada hidangan anda untuk menjadikannya ia lebih menyelerakan!