MAHKOTA MEDICAL CENTRE MENJADI HOSPITAL PERTAMA DI MALAYSIA YANG MENERIMA AKREDITASI CCPC ANTARABANGSA UNTUK KANSER PAYUDARA

Akreditasi itu Mengesahkan Pelaburan RM250 Juta oleh Mahkota dalam Penjagaan Kesihatan

Melaka, 28 Oktober 2023 – Mahkota Medical Centre (Mahkota) dengan bangganya menjadi hospital pertama di Malaysia yang menerima Pensijilan Program Penjagaan Klinikal untuk Kanser Payudara (Clinical Care Programme Certification (CCPC) for Breast Cancer) daripada Joint Commission International (JCI), sebuah badan akreditasi antarabangsa yang terkemuka dalam industri untuk kualiti dan keselamatan pesakit. Akreditasi itu menunjukkan komitmen dan kesungguhan Mahkota sebagai finalis Program Flagship Medical Tourism Hospital (program Flagship) untuk meningkatkan tahap kecemerlangan dalam menyampaikan perkhidmatan dan pengalaman pesakit hujung ke hujung yang luar biasa.

Chin Wei Jia, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, HMI Group, syarikat induk Mahkota Medical Centre, berkata, “Kami telah melabur RM250 juta bagi menghasilkan pendekatan baharu dan berinovasi untuk menyampaikan perkhidmatan penjagaan kesihatan bertaraf dunia menerusi pembangunan strategik Pusat Kecemerlangan (“Centres of Excellence”), yang pakar dalam bidang kritikal seperti kanser. Akreditasi CCPC, digabungkan dengan status kami sebagai finalis yang disenarai pendek dalam Program Flagship, menandakan detik yang membanggakan untuk Mahkota dan Kumpulan, menjadi bukti kukuh komitmen kami ke arah kecemerlangan perubatan.

“Dengan penyertaan kami dalam barisan finalis yang disenarai pendek, kami yakin dengan kapasiti kami untuk memainkan peranan penting dalam memacu Mahkota ke arah merealisasikan aspirasi pelancongan penjagaan kesihatan dan perubatan Malaysia,” tambah Chin.

MAHKOTA MEDICAL CENTRE MENJADI HOSPITAL PERTAMA DI MALAYSIA YANG MENERIMA AKREDITASI CCPC ANTARABANGSA UNTUK KANSER PAYUDARA

Program Flagship Medical Tourism Hospital ini merupakan inisiatif pertama seumpamanya, yang diterajui oleh Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC) yang bertujuan untuk meningkatkan status ikon pelancongan kesihatan terkenal di peringkat global, serta menaikkan profil penjagaan kesihatan global Malaysia dalam memberikan pengalaman rawatan pesakit yang luar biasa. Finalis yang telah disenarai pendek dijangka akan menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan terbaik, mengekalkan standard penjagaan pesakit yang tinggi, dan mematuhi standard antarabangsa, menyumbang kepada industri pelancongan perubatan negara dan pengiktirafan global.

Oleh itu, program Flagship ini telah menetapkan sasaran yang jelas untuk para finalis, termasuk komitmen finalis terhadap pelaburan penjagaan kesihatan dalam bidang seperti pembangunan dan peningkatan infrastruktur, pendigitalan penjagaan kesihatan, kelestarian, penambahbaikan kelengkapan penjagaan kesihatan, dan banyak lagi.

Akreditasi CCPC disampaikan secara rasmi semasa kunjungan Menteri Kesihatan Malaysia diwakili oleh YBhg Datuk Dr. Hajah Nor Fariza Ngah- Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan bahagian Penyelidikan dan Sokongan Teknikal, yang memuji Mahkota atas kemajuan yang ditunjukkan ke arah mencapai matlamat yang digariskan dalam bidang kecemerlangan perubatan, yang merupakan salah satu daripada tiga (3) tonggak utama program Flagship, iaitu Kecemerlangan Perubatan, Kecemerlangan Perkhidmatan, dan Penjenamaan Antarabangsa.

“Saya yakin bahawa akreditasi Kanser Payudara CCPC yang dicapai oleh Mahkota Medical Centre akan membawa kita lebih hampir ke arah mencapai sistem penjagaan kesihatan yang lebih berdaya tahan untuk negara, terutamanya dalam bidang onkologi, dan menjadikan Malaysia sebagai jenama penjagaan kesihatan global yang dipercayai. Akreditasi ini menjadi bukti kepada komitmen Malaysia ke arah menaikkan tahap kecemerlangan dalam menyampaikan perkhidmatan hujung ke hujung yang luar biasa kepada pesakit tempatan dan antarabangsa, selaras dengan aspirasi Kertas Putih Kesihatan (Health White Paper), untuk memantapkan lagi sistem penjagaan kesihatan kita dan menjadikannya kalis masa depan terhadap cabaran yang akan datang,” kata Datuk Dr. Hajah Nor Fariza.

Teo Chin Yee, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Mahkota Medical Centre, menyatakan bahawa Akreditasi Kanser Payudara CCPC yang diterima oleh Mahkota mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai hospital rujukan terkemuka di rantau ini. “Kami berada di atas landasan yang betul untuk memecah rekod pra-pandemik kami menjelang 2024, setelah berjaya memberikan perkhidmatan kepada hampir 100,000 pesakit asing pada 2019.”

Teo seterusnya menjelaskan mengenai penekanan terhadap pendekatan yang berteraskan pesakit untuk penjagaan kanser, “Tumpuan kami adalah untuk memastikan keadaan pesakit menjadi bertambah baik (“better patient outcomes”), dan berusaha untuk mencapai matlamat ini dengan merangka pelan penjagaan individu yang khusus. Ini melibatkan kerjasama pasukan perkhidmatan penjagaan yang memenuhi keperluan dan matlamat khusus setiap pesakit, menyediakan sumber yang mudah diakses dan sokongan untuk perjalanan penjagaan kanser yang serba lancar.” 

Salah satu daripada ciri unik penjagaan kanser di Mahkota ialah penekanan terhadap penjagaan antara disiplin yang berteraskan pesakit. Pasukan yang terdiri daripada pelbagai disiplin, termasuk pakar onkologi, pakar bedah, pakar radiologi, jururawat, dan pakar penjagaan kesihatan, bekerjasama untuk menyediakan penjagaan yang berasaskan bukti dan diperibadikan. “Kami bekerja sebagai satu pasukan yang berjalan dengan lancar merentasi pelbagai disiplin bagi memastikan pesakit kami menerima penjagaan yang paling komprehensif yang mungkin,” tegas Teo.

Satu lagi ciri penjagaan kanser di Mahkota ialah program “perjalanan mengharungi kanser” (“cancer navigation journey”) yang inovatif, di mana ia menggabungkan dengan lancar peranan Jururawat Navigator (“Nurse Navigator”) yang tidak ternilai. Profesional khas ini menyokong dan memperkasakan pesakit di sepanjang perjalanan rawatan mereka, membantu mereka memahami pilihan dan mengakses sumber yang diperlukan.

Mahkota komited untuk menangani jurang penjagaan kanser di kalangan komuniti di mana ia berkhidmat. Program penjagaan pencegahan hospital itu untuk individu yang mempunyai sejarah kanser dalam kalangan ahli keluarga adalah usaha berterusan yang membantu orang ramai mengurangkan risiko mereka untuk menghidap kanser. Ia menyediakan pendidikan, sokongan dan sumber untuk membantu orang ramai membuat perubahan gaya hidup sihat dan mendapatkan pemeriksaan kesihatan yang kerap.

Akreditasi CCPC itu telah disampaikan oleh Nick Liew, Pengurus Antarabangsa JCI Rantau Asia Pasifik, dan diterima oleh Teo dan Dr. Hayani Abdul Wahid, Pakar Onkologi Klinikal & Ketua Program CCPC bagi pihak Mahkota.

© 2024 BlackButterfly DesignArts