MAGGI bersama FAF, MAB menyambut ketibaan bulan Ramadan dengan amalan berkongsi

Mengagihkan120,000 mangkuk Bubur Lambuk di 200 lokasi seluruh Malaysia  

Saban tahun, MAGGI akan mengagihkan Bubur Lambuk, suatu juadah nostalgia yang berkhasiat, lazat dan popular di kalangan rakyat Malaysia. Sempena menyambut ketibaan bulan Ramadan yang mulia, MAGGI meluaskan lagi usaha pengagihan Bubur Lambuk pada tahun ini, meliputi lebih 200 buah lokasi di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

MAGGI, dengan usaha sama Food Aid Foundation (FAF) dan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) akan mengagihkan lebih 120,000 sajian Bubur Lambuk MAGGI yang berkhasiat kepada keluarga kumpulan B40, rumah anak yatim, rumah kebajikan dan pertubuhan amal sepanjang bulan Ramadan. Menerusi kerjasama dengan FAF dan MAB, sumbangan Bubur Lambuk pada tahun ini turut melibatkan golongan gelandangan, golongan kurang upaya serta para petugas kesihatan dan petugas barisan hadapan yang telah memainkan peranan penting dalam melindungi masyarakat sepanjang pandemik COVID-19.

Bercakap semasa pelancaran inisiatif Bubur Lambuk MAGGI baru-baru ini, En. Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, “Selaras dengan hasrat Syarikat untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat, Nestlé komited untuk menyokong individu yang memerlukan menerusi pelbagai program CSR termasuk inisiatif pengagihan Bubur Lambuk ini, yang menjadi simbol amalan berkongsi sepanjang bulan Ramadan.”

Sementara itu, Puan Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI, Nestlé (Malaysia) Berhad pula berkata, “Bubur Lambuk adalah hidangan yang lahir daripada semangat saling membantu dan bersedekah sempena bulan Ramadan. Hidangan yang berkhasiat ini sudah pasti akan membawa kegembiraan kepada mereka yang menikmatinya serta mengeratkan silaturahim sewaktu berbuka puasa bersama. Berpegang pada janji jenama kami, Anda dan MAGGI Sajikan Kelainan (You and MAGGI Cook the Difference), kami komited untuk berkongsi kegembiraan dan hidangan berkhasiat yang membawa saat-saat bermakna kepada rakyat Malaysia. Kami juga amat berbesar hati kerana dapat meneruskan tradisi ini pada Ramadan tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang.”

Amalan berbuat kebaikan dan berkongsi rezeki pada bulan Ramadan adalah selaras dengan perkongsian rahmat dan sumber pendapatan – ibarat hidangan Bubur Lambuk MAGGI – dimasak dengan MAGGI CukupRasa dan bahan-bahan segar lain yang disediakan dan diagihkan secara eksklusif oleh Cef MAGGI.

Dr Dalphine Ong, Ketua Pegawai Eksekutif Food Aid Foundation dan En. George Thomas, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia menzahirkan penghargaan kepada MAGGI atas usahasama CSR ini, bagi pengagihanBubur Lambuk MAGGI kepada masyarakat, khususnya kepada mereka yang terjejas akibat pandemik sepanjang dua tahun yang lalu, di samping menyemarakkan semangat kemasyarakatan dan memupuk sikap saling membantu dalam masyarakat.

Nestléturut menjalin kerjasama dengan Jasmine Food Corporation, Sazarice, ALIF, BHPetrogas dan Kara Malaysia dalam penyediaan Bubur Lambuk MAGGI, sebuah hidangan tradisi sewaktu berbuka puasa yang enak dan berkhasiat.

Dapatkan resipi Bubur Lambuk MAGGI melalui laman web MAGGI https://www.maggi.my/en/maggi-happenings/beraya-sambil-berkongsi/ 

© 2023 BlackButterfly DesignArts