lululemon umum Super Brand Opening kedai flagship LazMallrasmi di Lazada

lululemon lancar kerjasama e-dagang pertama di Asia bersama Lazada
Merealisasikan aspirasi lululemon untuk menubuhkan platform jualan yang lebih meluas berpandukan strategi pertumbuhan Power of Three x2

lululemon hari ini melancarkan kedai jenamanya, eksklusif di Lazada, peneraju platform e-dagang di Asia Tenggara. Kedai flagship rasmi di LazMall, saluran jualan Lazada menawarkan pengalaman membeli-belah yang istimewa, sekaligus menandakan kerjasama e-dagang pertama buat lululemon di Asia dan memperkukuhkan lagi aspirasi jenama ini dalam mencipta sebuah platform jualan yang lebih meluas berpandukan strategi pertumbuhan Power of Three x2.

Menerusi strategi pertumbuhan Power of Three x2 lululemon, jenama ini akan memberikan tumpuan bagi mewujudkan dan memperkukuhkan hubungan serta sentuhan tempatan di samping memperkenalkan jenama ini kepada lebih banyak komuniti di seluruh dunia sama ada menerusi capaian fizikal mahupun digital. Kerjasama lululemon bersama Lazada membolehkan lebih ramai pelanggan di rantau ini untuk mendapatkan akses terus kepada inovasi produk lululemon, dan membolehkan jenama ini untuk terus memacu pertumbuhan digitalnya. Kerjasama ini juga merupakan sebahagian daripada matlamat lululemon untuk memperluaskan capaian serta memberikan inspirasi kepada lebih banyak komuniti digital menerusi platform jualan yang lebih besar.

“Ruangan digital serta pengalaman pelanggan merupakan antara komponen penting dalam perniagaan kami. Kami amat teruja untuk memperluaskan capaian kami kepada sasaran pelanggan yang baharu menerusi kerjasama bersama Lazada,” Gareth Pope, Naib Presiden Kanan, Asia Pasifik. “Kami turut menyambut baik peluang untuk berhubung bersama pelanggan di Asia Tenggara menerusi Lazada dan akan terus menerokai lebih banyak cara bagi berhubung bersama pelanggan kami menerusi pelbagai inisiatif seperti penstriman langsung secara interaktif di platform e-dagang ini. Kerjasama e-dagang pertama di Asia ini menandakan langkah utama dalam pelaksanaan strategi pertumbuhan Power of Three x2 secara meluas di Asia.”

“Kami berbesar hati untuk menjadi rakan kongsi pilihan lululemon dalam usaha mereka mengembangkan mereka jejak digital di Asia Tenggara. Gaya hidup turut kembali normal pada tahun baharu ini, aspek kesejahteraan tetap merupakan antara tumpuan utama bagi mereka yang ingin memperkaya kehidupan menerusi pengalaman dan aktiviti yang lebih bermakna. Permintaan pelanggan untuk rangkaian pakaian atletik akan tetap meningkat, selari dengan peningkatan aktiviti membeli-belah dalam talian yang kian berkembang sejak beberapa tahun yang lalu. Lazada akan terus komited untuk bekerjasama bersama rakan-rakan jenama kami bagi memberikan pelanggan pengalaman jenama yang yang bergaya, tulen yang disukai pengguna melalui LazMall.” kata Pierre Beckers, Naib Presiden Eksekutif, Akaun Strategik Serantau, Kumpulan Lazada.

Sempena tahun baharu ini, lululemon melancarkan kempen baharu – PROGRESS. YOUR WAY, bagi menggalakkan orang ramai untuk terus menjadikan tahun 2023 sebagai tahun yang terbaik buat diri mereka – sama ada dengan memulakan komitmen untuk kekal cerdas, membuat pilihan yang lebih sihat atau pun berazam untuk menjadi lebih aktif. Sempena Super Brand Opening rasmi Lazmall pada 12 Januari di Malaysia, para pelanggan berpeluang untuk menikmati potongan harga terhad bagi rangkaian produk yoga, latihan (train) dan larian (run) lululemon di Lazada.

Bagi menggalakkan pelanggan untuk menyertai komuniti lululemon dan mendapatkan kemas kini jenama terkini, lululemon bakal menawarkan diskaun sebanyak 10% bagi pembelian pertama kepada pelanggan yang mengikuti kedai flagship LazMall jenamanya di platform Lazada Malaysia dan Singapura.

Dalam usaha bagi membantu pengguna Lazada untuk lebih memahami falsafah inovasi “Science of Feel” lululemon, pakar jenama lululemon atau “Educators” akan menganjurkan sesi penstriman langsung LazLive di platform Lazada Malaysia dan Singapura pada jam 1:00 tengah hari, 11 Januari bagi berkongsi maklumat mengenai fabrik, perincian, kesesuaian serta fungsi produk lululemon yang boleh didapati di platform e-dagang tersebut.

Sila layari laman sesawang Lazada dan lululemon bagi mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai kerjasama lululemon bersama Lazada.

© 2023 BlackButterfly DesignArts