Lotus’s Menawarkan Pelanggan Pengalaman Membeli-Belah yang Penuh dengan Ganjaran sepanjang Ramadan dan Raya.

Lotus’s Menawarkan Pelanggan Pengalaman Membeli-Belah yang Penuh dengan Ganjaran sepanjang Ramadan dan Raya.

Ampang, 29 Februari 2024 – Pelanggan Lotus’s Stores Malaysia Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) berpeluang untuk menyambut Ramadan dan juga Raya dengan penjimatan hebat sehingga 50 peratus untuk 3,600 jenis keperluan seperti makanan, minuman, bahan-bahan segar, pakaian, peralatan dapur dan memasak, bahan masakan, produk pencuci, serta kelengkapan untuk rumah terbuka di bawah tema Sama-Sama Riang Berganda.

Promosi, ganjaran dan aktiviti Sama-Sama Riang Berganda dapat dinikmati oleh pelanggan bermula dari 29 Februari sehingga 24 April 2024. Sebanyak 22 cawangan Lotus’s akan mengadakan bazaar dalam stor peruncit itu yang diperkenalkan sebagai Raya World. Ianya  mempamerkan pelbagai pilihan makanan dan minuman dari 25 jenama terkenal. Sempena tahun persekolahan baru yang akan berselari bersama bulan Ramadan pula, rangkaian Back to School Lotus’syang terdiri daripada pakaian sukan, pakaian seragam sekolah rendah dan menengah dan alat tulis boleh didapati di 44 cawangan Lotus’s di serata negeri.

Lotus’s Menawarkan Pelanggan Pengalaman Membeli-Belah yang Penuh dengan Ganjaran sepanjang Ramadan dan Raya.

Buat julung kalinya, rangkaian Lotus’s Ramadan dan Hari Raya juga merangkumi 18 jenis kurma seperti Safawi, Al-Madinah, Rabbie, Premium Lulu, Khenaizi, Dabbas, Mazafati, Medjool, Kurma Diraja Ajwa Aliyah dan Mariami, yang telah diimport daripada negara-negara seperti Palestin, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Iran, Arab Saudi, Mesir, dan Turnisia.

“Hari Raya merupakan salah satu perayaan terbesar di seluruh Malaysia dan kemeriahannya boleh dirasai semasa bulan puasa lagi. Ini kerana orang ramai akan bergegas untuk membeli-belah barangan keperluan seisi rumah bagi persiapan untuk perayaan raya yang bakal tiba. Disebabkan ramai yang semakin bimbang dengan kadar peningkatan kos sara hidup, kami ingin menawarkan harga barangan yang terbaik serta pelbagai rangkaian produk kepada pelanggan yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat” kata Azliza Azmel, Pengarah Khidmat Korporat Malaysia.

Lotus’s turut menawarkan harga runtuh untuk barangan segar seperti RM1 untuk seekor ikan Kembung atau Cencaru serta RM4 untuk seekor Bawal Hitam. Para pelanggan juga dapat menikmati diskaun tambahan sebanyak 28 peratus untuk 200 rangkaian produk jenama Lotus’s.

“Bagi mereka yang inginkan lebih penjimatan, kami juga menyediakan Jualan RAHMAH Raya yang menawarkan diskaun sebanyak 40 peratus untuk peralatan dapur, alat tulis terpilih dan pakaian raya di 60 cawangan Lotus’s. Bukan itu sahaja, kami juga menawarkan rangkaian RAHMAH bagi pakaian seragam sekolah rendah dengan harga RM11.90 hingga RM22.90 di 44 cawangan kami. Kesemua 61 Medan Selera Lotus’s akan terus menawarkan Menu RAHMAH yang bernilai RM5.”

Ahli My Lotus’s turut berpeluang menikmati lebih penjimatan dengan baucar kategori sepanjang tahun dan pengurangan mata tebusan, di mana ahli My Lotus’s boleh menebus baucar RM5 dengan hanya 500 mata ganjaran My Lotus’s. Manakala, pendaftaran ahli baharu akan menikmati empat baucar kategori dan 2-kali ganda mata ganjaran My Lotus’s tanpa perbelanjaan minima dalam tempoh dua minggu yang pertama.

Bukan setakat terhad kepada pasarayanya sahaja, Lotus’s juga akan menganjurkan program dan aktiviti-aktiviti menyeronokkan dengan penampilan watak animasi kegemaran rakyat Malaysia BoBoiBoy di 11 buah cawangan terpilih pusat beli-belah Lotus’s. Aktiviti-aktiviti yang pelanggan harus nantikan adalah seperti sesi Meet & Greet, permainan digital, bengkel seni dan kraf, dan pelbagai pertandingan. Barangan berjenama animasi tersebut, Boboiboy, juga boleh didapati di kawasan promosi dan di dalam stor Lotus’s

Lotus’s Menawarkan Pelanggan Pengalaman Membeli-Belah yang Penuh dengan Ganjaran sepanjang Ramadan dan Raya.

Sepanjang tempoh promosi Sama-Sama Riang Berganda, pelanggan yang membeli-belah di Lotus’s Ampang, Lotus’s Mergong, Lotus’s Melaka dan Lotus’s Kota Bharu boleh menyertai dan merasai keseronokan aktiviti-aktiviti yang akan diadakan, serta berpeluang untuk memenangi barangan berjenama Lotus’s dan baucar tunai yang bernilai sehingga RM50.

© 2023 BlackButterfly DesignArts